TUGASAN ROS
BAHAGIAN KETIGA
BAHAGIAN KETIGA
3.5.3.1 KURIKULUM
Setiap guru mempunyai jadual waktu mengajar masing-masing, manakala setiap kelas tingkatan pula mempunyai jadual waktu yang telah ditetapkan. Waktu PdP berjalan dari jam 8.00 pagi sehingga 1.30 petang dan pada jam 2.00 petang murid dibenarkan pulang. Murid dan guru perlu melibatkan diri dalam perhimpunan yang dimulakan dengan bacaan surah pilihan pada setiap pagi. Selain itu, setiap pagi juga Penolong Kanan 1 akan menghantar jadual waktu relief dalam kumpulan Telegram rasmi SMK Jitra. Jadual tersebut mengandungi senarai nama guru yang tidak hadir, kelas tingkatan yang terlibat, masa pengajaran, subjek yang diajar, serta nama guru yang menggantikan. Antara mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Sains Tulen, Sains Komputer, Seni, Pendidikan Islam, Akaun, dan Bahasa Tamil.
PENCAPAIAN SEKOLAH DALAM KURIKULUM:
PROGRAM KECEMERLANGAN: MAJLIS ANUGERAH GEMILANG SMK JITRA
Majlis Anugerah Gemilang Kali Ke-20 SMK Jitra telah berlangsung pada 23 Ogos 2025 bertempat di Dewan Ibnu Sina. Majlis ini dianjurkan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum serta sahsiah.
LAPORAN RINGKAS PROGRAM GENIUS AKADEMIK & AKADEMIK SMK JITRA 2025
Sepanjang bulan September 2025, Panitia Akademik SMK Jitra telah melaksanakan beberapa program kecemerlangan akademik di bawah inisiatif Genius Akademik dan Perkampungan Ilmu X-Plus. Program ini bertujuan memberi pendedahan, bimbingan tambahan serta strategi pembelajaran yang berkesan kepada murid dalam menghadapi peperiksaan SPM.
Antara program yang dijalankan ialah:
Genius Akademik Sains (5 PD)
Tarikh: 26 September 2025
Masa: 8.30 pagi– 11.30 pagi
PIC: Norhayati bt Abu Bakar
Genius Akademik Addmath (5 DM & 5 OP)
Tarikh: 27 September 2025
PIC: Aida Syafrina bt Shahidan
Genius Akademik Sains (4 Topaz)
Tarikh: 27 September 2025
Masa: 8.30 pagi – 10.30 pagi
Kehadiran: 20/34 murid
PIC: Norhayati bt Abu Bakar
Perkampungan Ilmu X-Plus (Slot Fizik – Strategi Fizik A SPM)
Tarikh: 25 September 2025
Masa: 2.00 – 4.30 petang
Tempat: Hotel Bustani
Penceramah: Cg Norulaini, Cg Hasibah, Cg Norizan, Cg Aminuddin
Bijak Sifir Tingkatan 1 Opal
Tarikh: 29 September 2025
Masa: 11.35 pagi – 11.50 pagi
PIC: Cg Hafidzah
Genius Akademik Sains (5 PD)
Tarikh: 29 September 2025
Masa: 2.30 petang – 4.00 petang
Kehadiran: 22/27 murid
PIC: Norhayati bt Abu Bakar
Keseluruhannya, program ini mendapat sambutan baik daripada murid dengan kehadiran yang memuaskan. Aktiviti seperti bengkel, latihan, perbincangan kumpulan serta pendedahan strategi peperiksaan dilihat mampu meningkatkan penguasaan murid dalam subjek Sains, Matematik Tambahan, Fizik dan Matematik.
3.5.3.2 AKTIVITI KOKURIKULUM
CARTA ORGANISASI MAJLIS KOKURIKULUM SEKOLAH
PENCAPAIAN SEKOLAH DALAM KOKURIKULUM
Pada tahun 2025, SMK Jitra telah mencapai pelbagai kejayaan cemerlang dalam bidang kokurikulum di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan. Antara pencapaian utama adalah:
Pertandingan Koir Generasi Madani Peringkat Negeri Kedah (FERAS 2025)
Tempat Kedua
Tarikh: 17 Jun 2025
Pertandingan Tarian Ta’seem Peringkat Daerah Kubang Pasu 2025 (Kategori Tari Pencak)
Tempat Ketiga
Tarikh: 18 Jun 2025
Anugerah Tokoh NILAM Kebangsaan 2025
Johan dan beberapa kategori pencapaian lain
Tarikh: 19 Jun 2025
Tempat: Vivatel Hotel, Kuala Lumpur
Kejohanan Catur MSSD Kubang Pasu 2025
Penyertaan aktif dan meraih kejayaan di beberapa kategori
Tarikh: 7–9 April 2025
Tempat: Dewan Inasis TM, UUM
Kejohanan Pingpong MSSD Kubang Pasu 2025
Penyertaan dan pencapaian di peringkat daerah
Tarikh: 14–16 April 2025
Tempat: SM Sains Kubang Pasu
Kejohanan Catur MSSK 2025
Pencapaian di peringkat negeri dengan beberapa murid mendapat tempat terbaik dalam kategori individu
Tarikh: 24–26 April 2025
Tempat: SMK Syed Ahmad, Kedah
Karnival STEM Daerah Kubang Pasu 2025 (Bridge Building)
Tempat Pertama
Tarikh: 6 Mei 2025
Tempat: SK Jitra 2
Keseluruhannya, SMK Jitra telah menunjukkan prestasi gemilang dalam bidang kokurikulum melalui penglibatan murid dalam pelbagai pertandingan. Pencapaian ini membuktikan komitmen guru pembimbing dan murid dalam mengharumkan nama sekolah di pelbagai peringkat.