TUGASAN ROS
BAHAGIAN PERTAMA
BAHAGIAN PERTAMA
3.5.1 BAHAGIAN PERTAMA (SUASANA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN)
3.5.1.1 AKTIVITI 1: KUMPUL DATA
Sekolah Menengah Kebangsaaan Jitra merupakan sekolah kluster yang terletak di kawasan bandar. Sekolah ini mempunyai jumlah bilangan pelajar seramai 823. Selain itu, jumlah guru yang terdapat di sekolah ini adalah seramai orang 82 guru. Bilangan kelas di sekolah ini adalah sebanyak 30 buah kelas. Purata jumlah pelajar bagi setiap kelas adalah di antara 25 hingga 35 orang pelajar.
3.5.1.2 AKTIVITI 2: PELAN DUA BILIK DARJAH
Dua gambar rajah di atas merupakan pelan lantai bagi dua buah kelas iaitu 2 Amethyst dan 2 Emerald yang dilawati. Berdasarkan kepada pemerhatian, alat hasil pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua kelas akan diletakkan di papan kenyataan belakang kelas. Ini kerana bagi memudahkan pelajar untuk melihat dan mengulangkaji apa yang dipelajari sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar boleh menggunakan lembaran kerja yang disediakan di satu sudut di belakang kelas. Bagi kelas 2 Amethyst, bahan-bahan yang berkaitan dengan pelajaran akan ditampal di belakang kelas seperti peta minda dan infografik.
Perbezaan antara kedua-dua kelas dapat dilihat dengan jelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kelas 2 Amethyst, murid lebih banyak melaksanakan pembentangan serta tugasan secara berkumpulan. Pendekatan ini digunakan untuk menarik minat murid agar lebih fokus sepanjang proses Pengajaran dan Pembelajara disamping menggalakkan mereka berkomunikasi dengan rakan secara berkesan. Sementara itu, di kelas 2 Pearl, murid lebih menumpukan kepada aktiviti soal jawab bersama guru. Kaedah ini membantu mereka mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik seperti Teori Kognitivisme.
AKTIVITI 3: PERATURAN DAN DISIPLIN SEKOLAH
Cara yang digunakan supaya murid tahu tentang peraturan sekolah ialah melalui buku peraturan sekolah. Setiap murid akan diberi buku tersebut untuk dibaca dan dijadikan panduan semasa berada di sekolah. Selain itu, guru-guru juga sentiasa memberi peringatan tentang peraturan yang perlu dipatuhi. Peringatan ini biasanya diberikan semasa perhimpunan, dalam kelas atau ketika berlaku sesuatu kesalahan. Dengan cara ini, murid lebih mudah ingat dan sedar tentang peraturan yang ada di sekolah.
Bagi mengatasi masalah disiplin murid, pihak sekolah akan mengedarkan senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada semua guru kelas untuk ditampal serta bilik-bilik khas. Guru mata pelajaran atau guru kelas pula perlu merekodkan setiap kesalahan murid dalam buku kawalan kelas. Rekod ini akan dikumpulkan oleh Guru Disiplin dan dibawa ke mesyuarat disiplin jika ada keperluan. Selain itu, nama murid yang hadir penuh akan disenaraikan dan ditampal di papan kenyataan dua kali setahun sebagai galakan. Untuk Sijil Sifar Ponteng, kelas yang berjaya mengekalkan sifar ponteng akan diberikan sijil setiap bulan. Jika ada murid yang tidak hadir, ketidakhadiran itu mesti disertakan dengan alasan yang kukuh. Murid yang berjaya mengekalkan sifar ponteng sepanjang tahun pula akan menerima sijil dan anugerah khas pada akhir tahun.