TUGASAN ROS
BAHAGIAN KEEMPAT
BAHAGIAN KEEMPAT
Semasa lawatan di sekolah, saya mendapati terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya termasuklah bilik darjah yang selesa, perpustakaan yang lengkap dengan buku rujukan, makmal komputer serta makmal sains yang dilengkapi dengan alatan asas untuk matapelajaran sains. Semua kemudahan ini membantu guru menyampaikan isi pelajaran dengan lebih berkesan di samping memberi peluang kepada murid untuk belajar secara praktikal.
Selain itu, kemudahan seperti dewan serbaguna seperti Dewan Ibnu Sina, Dewan Sri Jitra 1, Dewan Sri Jitra 2 serta padang sekolah juga memberi ruang kepada murid melaksanakan aktiviti kokurikulum dan program sekolah. Peralatan seperti projektor, papan putih interaktif dan sistem pembesar suara turut memudahkan guru menyampaikan ilmu dengan lebih menarik dan jelas. Dengan adanya kemudahan ini, suasana pembelajaran menjadi lebih kondusif dan mampu meningkatkan minat murid untuk belajar.
Namun begitu, terdapat beberapa kemudahan yang boleh ditambah baik. Contohnya, bilangan komputer di makmal masih terhad dan tidak mencukupi untuk menampung semua murid. Selain itu, sekolah juga boleh menyediakan ruang khas pembelajaran abad ke-21 yang lebih interaktif, lengkap dengan peralatan digital. Kemudahan internet yang lebih stabil juga sangat penting untuk menyokong pembelajaran digital masa kini. Secara keseluruhannya, kemudahan yang disediakan di sekolah telah banyak membantu proses pengajaran dan pembelajaran.