TUGASAN ROS
BAHAGIAN KEDUA
BAHAGIAN KEDUA
3.5.2 BAHAGIAN KEDUA (KEMAHIRAN MENGAJAR DAN PENGURUSAN)
3.5.2.1 AKTIVITI 4: PEMERHATIAN PENGAJARAN
PEMERHATIAN KELAS 1 OPAL MATAPELAJARAN BAHASA MELAYU
Murid memberi tumpuan dengan mendengar penjelasan guru, mencatat isi penting dan memberikan respon apabila ditanya. Terdapat sebilangan murid yang kurang fokus terutama apabila aktiviti berlangsung lama. Murid terlibat secara aktif apabila diminta berbincang dalam kumpulan. Mereka berkongsi pendapat dan bekerjasama menyiapkan tugasan. Ada murid yang hanya menjadi pemerhati tanpa banyak menyumbang idea. Guru memberi penekanan isi penting dengan mengulangi poin utama, menulis kata kunci di papan putih sebelum memberi tugasan kepada murid. Arahan diberikan dengan jelas kerana guru menyatakan langkah tugasan satu persatu dan mudah difahami. murid yang tidak melakukan tugasan, guru menegur murid dengan cara berhemah. Guru memberi panduan jelas dengan menunjukkan contoh tugasan serta menetapkan tempoh masa bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan. Guru menutup pengajaran dengan membuat rumusan, bertanya soalan ringkas sebagai ulang kaji, dan memberi tugasan rumah kepada murid.
PEMERHATIAN KELAS 2 EMERALD MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
Murid memberikan tumpuan semasa guru menyampaikan penerangan berkaitan topik pembelajaran. Guru turut melibatkan murid dalam perbincangan melalui soal jawab secara ringkas bagi mengukuhkan kefahaman mereka terhadap isi pelajaran yang sedang dilaksanakan. Penekanan dalam pengajaran diberikan oleh guru dengan cara mengulangi penerangan, memberikan contoh yang sesuai serta menekankan isi penting. Selain itu, arahan yang disampaikan adalah jelas dan teratur, dan sekiranya murid kurang memahami, guru akan mengulang arahan tersebut dengan suara yang lebih jelas. Guru juga mengendalikan masalah disiplin dengan menasihati murid serta mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya terdapat murid yang tidak menyiapkan tugasan. Semasa aktiviti dijalankan, guru memberikan arahan yang jelas, menyediakan masa yang mencukupi, serta membimbing murid dalam melaksanakan tugasan secara berkumpulan. Akhir sekali, guru menamatkan pembelajaran dengan membuat rumusan ringkas sebagai peneguhan isi pelajaran sebelum kelas berakhir.
3.5.2.2 AKTIVITI 5: KEMAHIRAN MENGAJAR DAN STRATEGI PENGAJARAN
Sukatan Pelajaran: Guru merujuk sukatan pelajaran KSSM Tingkatan 2 sebagai panduan utama dalam PdP.
• Buku Rancangan Pengajaran: Guru menyediakan RPH harian yang lengkap dan mengikut format.
• Penyampaian & Pengelolaan: Guru menyusun isi pelajaran dengan jelas, menggunakan contoh mudah dan sesuai tahap murid.
• Keperibadian Guru: Guru menunjukkan sikap profesional, berdisiplin, berakhlak baik dan menjadi contoh teladan kepada murid.
• Kemahiran Abad ke-21: Guru mengamalkan kemahiran komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis dan kreativiti dalam aktiviti kelas.
• Penggunaan Soalan: Guru menggunakan soalan aras rendah hingga tinggi bagi tugasan berkumpulan yang diberikan kepada murid.
• Penerangan: Guru memberi penerangan yang jelas mudah difahami.
• Pergerakan Penyampaian: Guru bergerak aktif di dalam kelas bagi memantau murid.
• Penggunaan Alat: Guru menggunakan bahan bantu mengajar seperti potongan kertas warna dan papan putih.
• Penggunaan Suara: Guru menggunakan intonasi suara yang sesuai jelas dan menarik.
• Eye Contact & Bahasa Badan: Guru mengekalkan renungan mata dengan murid untuk menarik fokus murid.
Guru menggunakan bahasa badan untuk menguatkan penyampaian dalam sesi pembelajaran.
• Respons kepada Murid: Guru memberi maklum balas positif terhadap jawapan murid.
3.5.2.3 AKTIVITI 6
Berdasarkan pemerhatian kedua-dua sesi pengajaran menunjukkan kekuatan dari aspek penglibatan murid serta pengurusan guru yang teratur. Murid secara umum memberi tumpuan semasa penerangan guru dan terlibat dalam perbincangan sama ada secara berkumpulan mahupun melalui soal jawab ringkas. Guru dalam kedua-dua kelas memberi penekanan isi penting dengan mengulangi penerangan, menggunakan contoh yang sesuai serta menulis kata kunci atau memberikan panduan yang jelas. Dari segi persamaan, guru dalam kedua-dua situasi memberikan arahan yang jelas, mudah difahami, menggunakan intonasi suara yang menarik, serta menutup pengajaran dengan rumusan dan tugasan. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan yang boleh diperhatikan. Dalam kelas Bahasa Melayu, sebahagian murid kurang fokus apabila aktiviti berlangsung lama dan ada murid yang hanya menjadi pemerhati dalam kerja kumpulan, manakala dalam kelas Pendidikan Islam, kelemahan lebih tertumpu kepada masalah disiplin dan tugasan murid yang tidak disiapkan. Dari segi kelainan, guru Bahasa Melayu menggunakan bahan bantu seperti papan putih dan latihan mencatat, manakala guru Pendidikan Islam lebih banyak menekankan soal jawab serta penerangan. Daripada kedua-dua situasi ini, dapat dipelajari bahawa guru perlu sentiasa menyesuaikan strategi PdP dengan keperluan murid, mengawal tempoh masa aktiviti supaya tidak terlalu panjang, memberi bimbingan yang adil kepada semua murid, serta menyeimbangkan penggunaan kaedah syarahan, aktiviti kumpulan dan soalan aras berbeza bagi memastikan penglibatan murid secara menyeluruh.