CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN
CARTA ORGANISASI KURIKULUM
PANDUAN TUGAS PENGURUSAN & PENTADBIRAN
OBJEKTIF BIDANG PENGURUSAN & PENTADBIRAN
Memastikan sistem pengurusan sekolah berada pada tahap kualiti yang tinggi.
Memastikan sumber kewangan yang teratur dan sentiasa dikemaskini.
Melahirkan sumber manusia yang lebih berkualiti.
Menghasilkan budaya kerja yang cemerlang.
Memberikan perkhidmatan yang efisyen dan memenuhi Piagam Pelanggan
PENTADBIRAN
Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung dalam segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakiyangan bukan guru di sekolah sebagaimana berikut:
1.1 Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan semua kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya.
1.2 Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi bagi semua kakitangan di bawah jagaannya.
1.3 Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan, persaraan, penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan.
1.4 Memastikan pelaksanaan dan langkah-langkah pengambilan perkhidmatan dan kursus dalam jawatan.
1.5 Mengambil langkah-langkah tertentu yang berhubung kait dengan soal percutian kakitangan di sekolahnya.
1.6 Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan tugas kakitangan sekolahnya.
1.7 Menyediakan senarai tugas dan tanggungjawab guru dan kakitangan sokongan.
1.8 Menyimpan dan menyelenggara rekod-rekod peribadi guru dan kakitangan bukan guru.
1.9 Menyediakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, Berkala, Laporan Sulit Khas dan Laporan Nilaian Prestasi Khas bagi semua kakitangan di bawahnya.
1.10 Meluluskan permohonan penggunaan bangunan dan kemudahan yang ada di sekolah mengikut syarat-syarat yang dibenarkan oleh pihak yang berkuasa.
1.11 Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang teratur dan sempurna.
1.12 Merancang dan memastikan pelaksanaan takwim sekolah yang telah disusun dan ditetapkan itu berjalan dengan lancar.
1.13 Menjadi pengerusi Lembaga Tatatertib Sekolah.
1.14 Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala keputusan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.
1.15 Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di peringkat sekolah yang melibatkan guru dan kakitangan.
1.16 Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan kerajaan yang lain.