DASAR PENGURUSAN KELAS
E-KEHADIRAN MURID
Aplikasi eKehadiran Murid dibangunkan untuk merekodkan kedatangan murid pada setiap sesi persekolahan mengikut kelas secara masa sebenar dengan mudah dan pantas tanpa guru meninggalkan kelas. eKehadiran Murid boleh memberi maklumat dengan lebih cepat, tepat, efisen, sistematik dan mesra pengguna.
MODUL PENGGUNA
Guru kelas mengemaskini kehadiran murid di kelas setiap sesi persekolahan.
Guru kelas akan memasukkan data kehadiran ke dalam sistem e-Kehadiran Murid secara atas talian (on-line) sebelum pukul 10.00 pagi bagi sesi pagi dan pukul 3.00 bagi sesi petang.
Penolong Kanan (HEM) dan guru kelas boleh menyemak kehadiran murid yang telah dikemaskini berdasarkan pemilihan tarikh.
E-Kehadiran Murid hendaklah disahkan pada hari akhir persekolahan setiap bulan dan dicetak oleh guru kelas untuk diserahkan kepada PK HEM.
MURID “BUKAN WARGA NEGARA” (MBWN)
Bagi murid “Bukan Warga Negara” (MBWN), Yuran Warga Asing sebanyak RM24.50 bagi sekolah rendah setiap tahun wajib dibayar di Unit Akaun Jabatan Pelajaran terlebih dahulu sebelum didaftar sebagai murid sekolah. Resit bayaran mesti ditunjukkan kepada PK HEM. Setiap MBWN juga dikenakan bayaran tambahan mengikut arahan Pendaftar Sekolah.
Rujuk Sektor Pengurusan Sekolah - surat kebenaran sekolah bagi bukan warganegara.
FAIL PERIBADI MURID
Semua murid yang berdaftar di sekolah wajib mempunyai fail ini.
Nama penuh murid, kelas, tahun dan nama Guru Kelas hendaklah ditulis pada helaian pertama fail. Setiap fail hendaklah dilekatkan gambar murid (ukuran passport).
Semua maklumat peribadi murid seperti salinan surat beranak, kad pengenalan, keputusan Peperiksaan Dalaman, slip keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) disimpan dalam fail ini. Buku Rekod Kesihatan Murid yang diuruskan oleh AJK Kesihatan akan disimpan di Bilik Kesihatan / Bilik Dokumentasi/ Bilik HEM.
Fail ini hendaklah diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan persekolahan atau bertukar sekolah.
Semua surat yang berkaitan dengan murid seperti sijil sakit, surat ibu bapa /penjaga bagi memaklumkan ketidakhadiran murid, salinan surat amaran ponteng dan salinan surat gantung / buang sekolah yang dikeluarkan disimpan dalam fail ini.
Fail kelas akan disemak pada setiap akhir bulan oleh PK HEM. PK HEM akan menyediakan dokumen penyemakan fail kelas (senarai semak).
PENDAFTARAN MURID BARU
Guru Kelas menerima murid baru daripada PK HEM (Status kewarganegaraan telah dikenalpasti oleh PK HEM terlebih dahulu).
Guru kelas hendaklah menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk biasiswa/ bantuan dan melaporkan kepada Unit Bantuan Persekolahan & Unit Kebajikan Murid.
Guru Kelas perlu selalu mengambil inisiatif mengenalpasti murid berkeperluan khas dan yang memerlukan bantuan khas (anak yatim, murid miskin, OKU dll), serta melaporkan kepada PK HEM untuk tindakan lanjut.
PK HEM perlu mendapatkan laporan disiplin, Petaksiran Bilik Darjah (PBD), rekod kesihatan, kad gigi dan lain-lain dokumen berkaitan dari sekolah terdahulu jika tidak dibawa bersama semasa mendaftar. Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam fail murid dan satu salinan dokumen berkenaan hendaklah diserahkan kepada guru mata pelajaran.
PK HEM akan menyerahkan borang SMM kepada guru SMM / Guru Data untuk pengisian butiran di komputer.
MURID KELUAR / BERTUKAR / BERPINDAH
PK HEM perlu memastikan surat setuju terima diperolehi dari sekolah yang dipohon sebelum mengeluarkan Borang Jadual Ketiga ( yang telah dilengkapi ) kecuali pertukaran antara negeri / wilayah dan surat perakuan ibubapa/penjaga (Rujuk SPS).
Guru Kelas perlu mencatatkan maklumat / butiran perpindahan dalam BJKM kelas.
Bagi pertukaran keluar negara, PK HEM perlu memastikan semua buku teks telah dipulangkan dan senarai judul buku yang dipulangkan diserahkan kepada Unit SPBT untuk rekod dan tindakan lanjut.
Untuk pertukaran dalam Negara, PK HEM merekodkan judul buku yang akan dibawa ke sekolah baru dan menyerahkan kepada Unit SPBT untuk rekod dan tindakan lanjut.
Semua fail yang berkaitan dengan murid perlu diserahkan kepada murid untuk rujukan pihak sekolah baru kecuali fail sulit akan dihantar ke sekolah baru.
Merujuk Dasar Pendidikan Wajib pihak sekolah tidak dibenarkan mengeluarkan sijil berhenti sekolah selain yang dinyatakan dalam perkara 6 selagi murid itu berada dalam lingkungan umur pendidikan wajib.
PENGURUSAN & ORGANISASI KELAS
Guru Kelas boleh melantik Jawatankuasa Kelas yang terdiri daripada :
Ketua Kelas
Penolong Ketua Kelas
Bendahari
AJK Kebersihan
AJK Keceriaan
AJK Keselamatan
Guru Kelas hendaklah menyelaras penyediaan perkara berikut:
Carta Organisasi Kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas
Jadual Waktu - ditampal pada papan kenyataan kelas
Jadual Tugas Kebersihan - ditampal pada papan kenyataan kelas
Pelan kedudukan kelas - ditampal di atas meja guru
Inventori Kelas - ditampal pada pintu
Moto kelas - ditampal pada papan kenyataan kelas
Misi & Visi Sekolah, Moto Sekolah, Maklumat Mata Pelajaran, Artikel Berinformasi & isu semasa hendaklah ditampal pada papan kenyataan kelas
Alatan pembersihan seperti penyapu, pemadam papan hitam /papan putih, penyeduk sampah, bakul sampah dan sebagainya hendaklah disediakan dan disimpan di tempat yang sesuai
Pelan laluan kecemasan sewaktu kebakaran hendaklah dipamerkan
Sudut Bahan Bacaan hendaklah disediakan di tempat yang bersesuaian
Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan tulis (kanan / atas) atau di tempat yang mudah dilihat.
Guru Kelas dengan dibantu oleh Ketua Kelas hendaklah memastikan semua kerusi dan meja mencukupi dan telah diberi nombor siri. Perabot yang telah rosak hendaklah diganti dan dibawa turun untuk disimpan di dalam stor peralatan sekolah.
KEBERSIHAN KELAS
AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan.
Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum keluar dari kelas berkenaan.
AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam laci meja murid dan bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari.
Sebelum meninggalkan kelas semua murid hendaklah memastikan kerusi dan meja dalam keadaan kemas dan teratur.
Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan sebelum meninggalkan kelas.
Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu kelas ditutup.
Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara berikut:
Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada pihak pentadbir.
Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas.
DASAR PENGURUSAN DISIPLIN
Murid adalah dianggap ponteng sekolah sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya.
Guru Kelas hendaklah menandakan “0” dalam BJKM kelas.
Jadual penghantaran surat kes Ponteng sekolah adalah seperti berikut:
Guru Kelas hendaklah merekodkan semua proses tindakan di atas dalam borang Rekod Ponteng Sekolah dan merekod hantaran surat kepada ibubapa/penjaga (dalam fail kelas).
Surat Amaran 1, 2, dan 3 mesti diisi dalam 3 salinan dan ditandatangani oleh:
Amaran 1 Ditandatangani oleh PKHEM
Amaran 2 Ditandatangani oleh PKHEM
Amaran 3 Ditandatangani oleh PKHEM
Buang Sekolah Ditandatangani oleh Guru Besar
Salinan 1 adalah untuk ibu bapa/penjaga, salinan 2 untuk dimasukkan ke dalam fail Rekod
Salah Laku dan salinan 3 untuk dimasukkan ke dalam fail kelas guru Kelas
Surat Buang Sekolah diisi dalam 4 salinan dan ditandatangani oleh Guru Besar
Catatan dibuat dalam Buku Kedatangan Murid untuk surat-surat seperti berikut: AP: Amaran Pertama
AK: Amaran Kedua AT: Amaran Terakhir BS: Buang Sekolah
Sekiranya murid hadir ke sekolah selepas sesuatu tindakan telah dibuat, peraturan berikut hendaklah dipatuhi:
Selepas surat Amaran 1, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing.
Selepas surat Amaran 2, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa/penjaga masing-masing dan berjumpa dengan GPK HEM terlebih dahulu.
Selepas Amaran 3, murid mestilah datang ke sekolah bersama-sama ibu bapa/penjaga dan berjumpa dengan Guru Besar. Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Guru Besar berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa atau penjaga melalui surat aku janji.
Murid hanya boleh dibenarkan bersekolah semula setelah membuat rayuan dan diluluskan oleh pihak JPN Perak.
KEBENARAN KELUAR / MASUK KELAS
Kebenaran keluar masuk boleh diberi oleh guru yang mengajar pada masa itu sahaja menggunakan pas keluar kelas murid.
Semua guru diharap dapat memberikan kerjasama supaya murid yang perlu sahaja dibenarkan keluar. Ini bertujuan supaya murid tidak menyalahgunakan masa yang merugikan mereka.
Pengawas atau ketua kelas tidak boleh membenarkan murid lain keluar kelas semasa ketiadaan guru di dalam kelas. Jika berlaku juga mereka hendaklah melaporkan segera kepada guru mata pelajaran semasa berkenaan.
DISIPLIN MURID
SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, semua guru mestilah memastikan murid-murid mematuhi peraturan sekolah setiap masa.
Guru kelas dan guru mata pelajaran harus bekerjasama dengan guru disiplin bagi mengekalkan disiplin sekolah. Guru kelas perlu melaporkan kepada guru disiplin tentang sebarang kes pelanggaran disiplin dan tindakan yang dilakukan. (Rujuk kes disiplin dan jenis kesalahan / hukuman).
Guru kelas / guru mata pelajaran perlu melapor segera tentang sebarang kemalangan yang berlaku dalam kelas kepada Guru Besar / PK Hal Ehwal Murid.
Guru kelas / guru mata pelajaran mengemaskini data murid dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) bagi merekodkan salah laku disiplin dan amalan baik.
Semua guru mata pelajaran hendaklah menyelesaikan masalah disiplin yang timbul semasa PdPc dan membuat catatan pada Buku Kawalan Kelas (BKK). Jika tidak dapat diselesaikan bawa kes kepada guru kelas dan juga guru disiplin.
Guru mata pelajaran yang meminjam murid semasa waktu guru lain, perlu meminta kebenaran guru tersebut dan mencatat nama-nama murid yang keluar serta waktunya pada BKK.
Murid yang hendak keluar untuk sesi kaunseling perlu menyerahkan surat daripada Guru Bimbingan & Kaunseling. Masa murid keluar dan masuk kelas perlu dicatatkan pada BKK.
Guru-guru juga perlu membuat semakan dari semasa ke semasa kes-kes pelanggaran disiplin dalam kalangan murid seperti rambut, kuku dan tanda nama. Selain itu, warna rambut atau pemakaian aksesori dan lain-lain barang larangan khususnya telefon bimbit turut diambil tindakan.
DASAR KEBAJIKAN MURID
GURU KELAS
Guru Kelas hendaklah mengenalpasti maklumat berdasarkan APDM:
Bilangan anak yatim di dalam kelas
Bilangan murid yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah
Guru kelas hendaklah menguruskan hal-hal berkaitan bantuan yang boleh dipohon oleh murid-murid berkenaan dan merekodkan murid yang berjaya menerima bantuan ke dalam APDM seperti:
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Kumpulan Wang Amanah Murid Miskin (KWAMP)
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Program Susu Sekolah (PSS)
Guru Kelas hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada di kalangan muridnya yang mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya.
Derma kilat akan dibuat oleh unit kebajikan dan menyerahkan derma kepada murid berkenaan sekiranya berlaku kematian / bencana seperti kematian saudara terdekat (ibubapa) atau diri sendiri.
KEBERSIHAN KELAS
Murid mesti membersihkan mensanitasi kelas 5 minit sebelum waktu pertama bermula dan 5 minit sebelum waktu terakhir tamat sesi persekolahan.
Guru mata pelajaran hendaklah memeriksa kelas sebelum waktu pertama bermula dan sebelum waktu persekolahan berakhir.
Guru bertugas harian hendaklah membuat pemeriksaan setiap hari pada bila-bila masa sepanjang minggu bertugas.
POLISI KESELAMATAN SEKOLAH
Pihak sekolah perlu mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah iaitu :-
Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah
Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual
Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum
Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan polisi-polisi ini dipatuhi dan diamalkan setiap masa demi mewujudkan iklim sekolah yang selamat kepada semua warga sekolah (sila rujuk surat pekeliling iktisas yang berkaitan).
HAL EHWAL MURID DAN BANTUAN
Guru kelas perlu mengenal pasti murid yang memerlukan biasiswa atau bantuan lain dan menyerahkan senarai nama tersebut kepada Unit Bantuan Persekolahan, Unit Kebajikan Murid, dan Unit SPBT.
Guru kelas hendaklah mengenalpasti maklumat berdasarkan SMM :
Bilangan anak yatim di dalam kelas
Bilangan murid yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah
Guru kelas hendaklah menguruskan hal-hal berkaitan bantuan yang boleh dipohon oleh murid-murid berkenaan dan merekodkan murid yang berjaya menerima bantuan ke dalam SMM seperti:
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Kumpulan Wang Amanah Murid Miskin (KWAMP)
Program Susu Sekolah (PSS)
Bantuan Pakaian Seragam /Derma Kebajikan
Guru Kelas hendaklah memaklumkan kepada PK HEM sekiranya ada dalam kalangan muridnya yang mendapat kemalangan / kematian atau bencana dalam keluarganya.
Derma kilat akan dibuat oleh Unit Kebajikan Murid dan menyerahkan derma kepada murid berkenaan sekiranya berlaku kematian / bencana seperti kematian saudara terdekat (ibu bapa) atau diri sendiri.
SKIM INSURAN TAKAFUL
Guru kelas perlu melaporkan dengan segera jika terdapat murid yang terlibat dalam sebarang kemalangan yang mengakibatkan kecederaan / kematian atau kemalangan biasa kepada PK HEM / Unit Kebajikan.
Aduan / laporan secara lisan hendaklah dibuat dengan segera dan laporan bertulis hendaklah dihantar dalam tempoh 30 hari oleh PT kepada pihak takaful.
Pengesahan / laporan bertulis daripada pihak hospital perlu disertakan semasa permohonan tuntutan dibuat.
SIJIL BERHENTI DAN SURAT AKUAN
Guru kelas perlu melengkapkan maklumat yang tepat mengikut format yang disediakan oleh pihak sekolah.
Sijil berhenti / Surat Akuan yang telah dicetak mestilah berdasarkan tarikh hari akhir persekolahan, difailkan dan dihantar ke pejabat untuk ditandatangani oleh Guru Besar.