PENGENALAN
HAL EHWAL MURID
Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek utama untuk membantu pengurusan sekolah. Ini bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan serta boleh mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan. Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi dalam kalangan murid dan masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pentadbir sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Pentadbir sekolah mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan. Ini kerana murid-murid merupakan aset negara masa depan. Jatuh bangunnya negara bergantung kepada kualiti tenaga manusia yang dihasilkan oleh pendidikan. Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah satu perkara yang mudah. Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang lebih berstruktur dan strategik untuk memastikan sesebuah sekolah.
OBJEKTIF DASARĀ
HAL EHWAL MURID
Menyeragamkan Dasar Pengurusan HEM di SK Pengkalan Pegoh.
Sebagai dokumen panduan untuk menangani isu-isu pengurusan HEM.
Sebagai dokumen panduan oleh PK HEM dalam menangani isu-isu disiplin yang dirujuk oleh guru untuk tindakan sekolah.
Sebagai dokumen bercetak tambahan bagi Pengurusan Disiplin Sekolah yang sedia ada terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sebagai dokumen tambahan dalam melaksanakan Strategi iaitu :
Strategi 1 : Mencemerlangkan Sahsiah
Strategi 2 : Mencemerlangkan Akademik
Strategi 3 : Mencemerlangkan Kokurikulum