DASAR PENGURUSAN KOKURIKULUM
LATAR BELAKANG
Kokurikulum merupakan salah satu aktiviti gerak kerja yang boleh meningkatkan interaksi dan integriti di kalangan pelajar, membina sahsiah bersepadu dari aspek psikomotor, kognitif dan afektif untuk melahirkan insan yang seimbang di samping melatih mereka menggunakan masa lapang yang optimum serta memberi kegembiraan dan kesejahteraan.
FALSAFAH
Bahawa pembentukan kerjaya murid di masa hadapan dapat dibina dengan gandingan yang mantap antara pencapaian akademik dan kokurikulum.
MATLAMAT
Melahirkan individu yang berjaya dari segi mental, emosi dan fizikal demi merealisasikan cita-cita negara ke arah generasi yang cemerlang.
OBJEKTIF
Memberi peluang yang sama kepada setiap murid untuk melibatkan diri dalam semua kegiatan yang dijalankan.
Membolehkan setiap murid mahir dan berjaya dalam sekurang-kurangnya satu kegiatan yang disertai.
Membolehkan murid menyesuaikan diri dalam kelompok yang ramai tanpa perasaan rendah diri dan pasif.
Memberi rangsangan dan latihan yang secukupnya bagi menghadapi kegiatan dan pertandingan yang disertai.
Membentuk tahap kecergasan fizikal yang bersesuaian dengan umur.
VISI
“Memacu Kecemerlangan Kokurikulum dan Sukan dalam pelbagai peringkat”
MISI
Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, bersistematik dan berkesan
Sukan untuk semua dan sukan berprestasi tinggi berasaskan pendekatan saintifik.
Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan keterampilan
Meningkatkan ilmu dan kemahiran di kalangan pengurusan dan pemimpin sukan.
Mewujudkan peluang dan mengembangkan bakat dalam bidang kokurikulum dan sukan
HALA TUJU KOKURIKULUM , SLOGAN, MOTO UNIT KOKURIKULUM 2025
SLOGAN
“PEGOHIANS ARE THE BEST”
MOTO
“Badan Cergas, Minda Cerdas, Melonjak Potensi Murid”
JAWATANKUASA INDUK 2025
JAWATANKUASA KOKURIKULUM
JAWATANKUASA SUKAN