BIDANG TUGAS PENYELARAS KELAB & PERSATUAN
1. Merancang dan menyusun semua gerak kerja kokurikulum dibawah tanggungjawabnya.
2. Menyelaras, menyelia dan menilai pelaksanaan semua program gerak kerja kokurikulum sekolah di bawah tanggungjawabnya.
3. Menyelesaikan masalah berbangkit mengenai gerak kerja kokurikulum dibawah tanggungjawabnya.
4. Mendapatkan laporan mengenai kegiatan bidang kokurikulum dibawah tanggungjawabnya untuk diserahkan kepada jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
5. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan (mengikut bahagian) dan disampaikan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
6. Menguruskan penilaian unit-unit beruniform, persatuan dan kelab untuk pengiktirafan.
7. Mengumpul maklumat dan menyimpan rekod-rekod unit-unit pasukan beruniform, persatuan dan kelab.
8. Mengkaji semula dan meneliti kemampuan guru-guru penasihat/pemimpin.
9. Memberi kerjasama kepada badan induk unit beruniform untuk melicinkan lagi pengurusan dan aktiviti pasukan unit beruniform.
10. Memastikan supaya semua unit beruniform di sekolah berdaftar dan membayar yuran keahilan.
11. Menyelaras perlembagaan persatuan supaya tidak bercanggah dengan dasar sekolah.
BIDANG TUGAS GURU PENASIHAT KELAB & PERSATUAN
1. Mengadakan mesyuarat agung tidak lewat daripada minggu kedua bulan Januari untik melantik AJK unit berkenaan.
2. Mengadakan Perlembangaan/Peraturan unit masing-masing.
3. Merancang kegiatan-kegiatan unit untuk satu tahun.
4. Menyerah perkara berikut kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah:
(Perlembagaan, Minit Mesyuarat, Senarai Ahli Jawatankuasa & Rancangan Aktiviti Tahunan)
d. Anggaran Perbelanjaan dan keperluan unit
5. Memastikan setiap aktiviti dijalankan mengikut jadual dan bergerak lancar.
6. Menghadiri setiap mesyuarat/perjumpaan/kegiatan setiap unit dibawah tanggungjawabnya.
7. Mengawal dan mengemaskinikan papan kenyataan unit dan mengelakkan dari disalah gunakan.
8. Bertanggungjawab memberikan bimbingan kepada pelajar-pelajar untuk menyediakan laporan kegiatan mengikut format tertentu selewat-lewatnya seminggu selepas kegiatan dijalankan.
9. Mengiringi setiap lawatan yang dianjurkan oleh unitnya.
10. Bertanggungjawab mencatatkan penglibatan pelajar dalam buku pelaporan aktiviti murid (Buku Gerko Murid).
11. Mengurus penyertaan ahli-ahli unit dalam kegiatan atau pertandingan di peringkat zon, daerah atau negeri.
12. Memajukan unit dibawah tanggungjawabnya dengan apa juga cara yang difikirkan sesuai.
13. Menyediakan PENYATA KEWANGAN dan menyerahkan kepada Penyelaras pada akhir tahun atau pada bila-bila masa diminta.
14. Menentukan semua kegiatan lawatan mendapatkan kebenaran Guru Besar.
15. Bertanggungjawab menyerahkan senarai nama murid menyertai kegiatan di luar sekolah kepada Penolong Kanan HEM.
16. Bertanggungjawab menyediakan kemudahan pengangkutan apabila diperlukan.