Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling diperkenalkan di dalam sistem persekolahan di Malaysia telah bermula pada awal tahun 1960an. Perkhidmatan yang dilaksanakan ketika itu lebih menitikberatkan bidang bimbingan kerjaya dan pelajaran.
Perekayasaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) bertujuan supaya Guru B&K memfokuskan perkhidmatannya kepada usaha Pembangunan Sahsiah dan Peningkatan Disiplin Murid di sekolah.
Perkhidmatan B&K di sekolah sebagai perkhidmatan yang mesra murid, rakan guru, ibu bapa dan masyarakat. Menerusi perkhidmatan yang diberikan, boleh membantu murid meningkatkan keupayaan berfikir dan bertindak secara positif dan berkesan.
Murid merupakan aset penting yang perlu sentiasa dibantu dan dibimbing menerusi perkhidmatan B&K agar mereka boleh membuat keputusan yang wajar dan betul dalam menjalani kehidupannya.
Guru B&K menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras perkhidmatan B&K serta berupaya mendahului (win over) jangkaan tindakan murid-muridnya.
Guru B&K adalah seseorang yang memiliki personaliti sebagai guru yang paling dipercayai, diyakini dan disenangi (trustworhthy) oleh murid, rakan sejawat, ibu bapa dan masyarakat di sekolah.
4 BIDANG UTAMA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid
Peningkatan disiplin diri murid
Pendidikan kerjaya murid
Psikososial dan kesejahteraan mental murid
FALSAFAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh Perkhidmatan Bimbinga dan Kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.
OBJEKTIF PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Guru B&K menghayati bahawa memenangi jiwa murid merupakan teras perkhidmatan B&K di sekolah.
Sebagai perkhidmatan yang mesra, selesa dan kondusif kepada murid untuk menyuarakan isi hati dan permaslaahan mereka, seterusnya dapat membuat keputusan yang wajar dan betul.
Guru B&K boleh mendahului (win over) jangkaan tindakan-tindakan yang di luar norma sosial dalam kalangan murid-muridnya.
Murid dapat meneroka peluang dan ruang kerjaya yang sesuai dengan personaliti mereka.