Kisah kemunculan Sunlight Aurora Collections ini bermula sejak pandemik Covid-19. Pada waktu itu, Aisyah telah mula melukis watak-watak karakter kartun namun susunan watak masih tidak teratur dan berfungsi.
Menyedari akan hal ini, guru cuba membantu Aisyah untuk sama-sama eksplorasi dan menerokai dunia karakter kartun ciptaannya. Aisyah merupakan insan yang hebat dan berbakat besar dalam dunia karakter. Beliau seorang yang berani, mempunyai azam dan tekad, serta sentiasa memberi komitmen tinggi dalam minat dan tugasan beliau.
Tahniah Aisyah. Semoga Aisyah akan terus menjadi inspirasi kepada rakan-rakan Aisyah yang lain dan berjaya dalam apa jua bidang yang diminati.
Guru Pembimbing: Cikgu Nor Naimmah binti Othman dan Cikgu Nor Moli Azana binti Ahmad Amin
Satu kajian tindakan telah dilaksanakan berdasarkan projek Sunlight Aurora Collections. Kini, artikel sedang dalam proses penyuntingan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan akan diterbitkan pada tahun 2024.
A JOURNEY OF SUNLIGHT AURORA ...
Ini merupakan permulaan proses bagaimana kisah dan penceritaan watak-watak karakter kartun Sunlight Aurora Collections dikenal pasti. Untuk itu, beberapa soalan diajukan kepada Aisyah dan temu-bual tersebut direkodkan menggunakan voice recorder dan video murid turut dirakam . Di peringkat ini, data dikutip dan dikumpulkan untuk ditranskrip dalam bentuk penulisan naratif. Sungguh mengujakan saat mengetahui kisah-kisah karakter ini saling berkait dan mempunyai ciri-ciri yang unik dan kreatif sekali.
Untuk penyediaan produk key-chain Sunlight Aurora, beberapa orang murid pendidikan khas turut sama untuk melakukan aktiviti ini. Aktiviti sebegini memberi ruang dan peluang kepada murid lain untuk terlibat sama dalam projek ini. Selain itu, mereka juga dapat menerima upah daripada hasil jualan key-chain tersebut.
Kemahiran motor halus sangat penting dalam proses penyediaan key-chain. Oleh yang demikian, aktiviti ini dapat membantu murid meningkatkan kemahiran melipat, menekan dan memicit key-chain. Tahniah dan syabas kepada murid-murid yang terlibat.
Antara hasil karya Aisyah yang telah terjual :-
Bagi pihak PPKI SMK Seri Samudera ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung dan individu yang telah membeli serta menyokong produk Sunlight Aurora Collections. Terima kasih.
KEMENJADIAN MURID AUTISTIK
PPKI SMK SERI SAMUDERA
NURSAKINA AISYAH BINTI MOHD ZAKI
Jenis: Canvas
Saiz: 38 cm x 45 cm
Jenis: Canvas
Saiz: 38 cm x 45 cm
Jenis: Canvas
Saiz: 34 cm x 42 cm
Jenis: Canvas
Saiz: 38 cm x 45 cm
Jenis: Canvas
Saiz: 34 cm x 42 cm
Jenis: Canvas
Saiz: 38 cm x 45 cm
Jenis: Jute Bag
Saiz: Medium A4
Jenis: Jute Bag
Saiz: Medium A4
Jenis: Jute Bag
Saiz: Medium A4
Jenis: Jute Bag
Saiz: Medium A4
Jenis: Jute Bag
Saiz: Medium A4
Jenis: Jute Bag
Saiz: Medium A4
Hasil karya untuk jualan (bergantung kepada stok sedia ada). Tempahan secara custom juga boleh diterima. Jika anda berminat, boleh ajukan sebarang pertanyaan dengan menghubungi pihak kami di talian 011-54139369 (Cikgu Naimmah)
Penafian dan Notis Hak Cipta
Hakcipta © Samudera Arts Studio and Gallery, PPKI SMK Seri Samudera 2022
Hakcipta terpelihara. Semua aspek berkenaan laman portal meliputi tetapi tidak terhad kepada rekabentuk, teks, grafik, aplikasi, perisian, kod sumber dan aspek-aspek lain adalah hakcipta PPKI SMK Seri Samudera dan sekutunya atau penyedia kandungan dan teknologinya. Dengan mengakses laman portal ini sebarang aspek dari laman ini tidak boleh diterbit semula atau dipancarkan dalam sebarang bentuk atau cara, sama ada elektronik atau mekanikal, termasuk fotokopi, rakaman, atau apa jua sistem penyimpanan data dan maklumat tanpa kebenaran bertulis dari pihak SMK Seri Samudera.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang dicapai daripada laman portal ini.