Acrylic pouring adalah kaedah lukisan cecair yang menggunakan cat akrilik yang cair dan dituangkan ke dalam bekas atau kanvas. Arah tuangan sama ada condong ke kanvas dan disebarkan dengan menyengetkan permukaan lukisan tersebut.
Untuk melakukan tuangan akrilik, cat akrilik perlu dalam bentuk cairan dan ditambah dengan medium pouring atau bahan-bahan lain mengikut keperluan. Hasil karya sesuatu acrylic pouring ini adalah bergantung pada tekniknya. Terdapat lebih daripada 20 teknik cara bagaimana acrylic pouring ini dihasilkan.
Guru Pembimbing: Cikgu Nor Naimmah binti Othman
Guru membuat penerangan kepada murid-murid tentang langkah-langkah untuk penyediaan bahan dan alatan aktiviti mewarna acrylic pouring.
Setiap murid diberikan satu kanvas putih dan bahan medium untuk mewarna. Murid telah bersedia untuk memulakan aktiviti acrylic pouring.
Murid menuangkan warna cat ke dalam bekas.
Murid memusingkan kanvas secara perlahan-lahan .
Proses meratakan cat di seluruh permukaan kanvas.
Murid mencampurkan secara selapis demi selapis warna ke dalam bekas. Warna tidak akan bercampur kerana bahan akrilik tersebut sudah dicampurkan dengan silicone oil. Selepas bahan campuran warna telah siap, kanvas diletakkan di atas bekas dan secara flip diterbalikkan. Kaedah acrylic pouring ini dinamakan flip cup.
Murid memusingkan kanvas secara putaran sama ada depan ke belakang atau dari arah kiri ke kanan bergantung kepada permukaan kanvas yang masih kosong. Langkah terakhir adalah menutup ruang putih pada kanvas. Selepas itu dibiarkan kering selama 2 hari untuk proses pengeringan.
Hasil karya daripada Harith Izzuddin dan Faris Imran yang merupakan murid autistik di kelas Kefungsian Rendah SEN 4 PPKI SMK Seri Samudera.
Murid-murid ini juga adalah murid autistik dari Kelas SEN 5 dan SEN iaitu Mohd Syafiq dan Darwisy Duha. Aktiviti mewarna akrilik adalah antara aktiviti yang dapat mengawal tingkah-laku, meningkatkan emosi kendiri yang positif dan memberikan murid ruang untuk fokus dengan lebih lama.
Aktiviti mewarna pouring acrylic ini juga turut didedahkan kepada murid-murid kategori kurang upaya intelektual daripada kelas SEN 7. Murid gembira dan seronok bermain dengan warna dan melakukan sendiri proses mewarna acrylic pouring. Dapat dilihat impak yang positif bagi aktiviti mewarna akrilik ini di kalangan murid-murid pendidikan khas terutama dalam kemahiran psikomotor, sosial dan komunikasi.
Murid menuang warna akrilik. Teknik monochrome menjadi pilihan kami kerana tona warna yang mudah dibentuk dan cantik akan terhasil
Ruang yang besar dan mengunaan alatan tertentu dapat memberi kesan yang pelbagai kepada hasil karya.
Base kepada kanvas adalah warna putih. Warna putih dapat menghasilkan bentuk acrylic pouring yang lebih segar dan simple. Setiap hasil karya acrylic pouring juga tidak akan sama dengan satu-satu hasil karya,
Murid menuang warna satu selapis demi selapis membentuk layer warna yang menarik
Dalam teknik Air Swipe, kita menggunakan pengering rambut untuk membuat tolakan warna mengikut aras tolakan dari pengering. Warna akan berpecah dan membentuk serakan warna yang cantik
Dalam situasi ini, penggunaan pengering ringan digunakan untuk memanaskan tompokan warna dan proses ini akan menyebabkan pembentukan sel akrilik pada kanvas. Inilah keunikan karya acrylic pouring.
KEMENJADIAN MURID PPKI SMK SERI SAMUDERA DALAM SENI AKRILIK
MURID AUTISME DAN KELAS KEFUNGSIAN RENDAH
Saiz 10 cm x 10 cm
Harga Jualan: RM 12.00 (dengan stand)
Saiz 10 cm x 10 cm
Harga Jualan: RM 12.00 (dengan stand)
Saiz 10 cm x 10 cm
Harga Jualan: RM 12.00 (dengan stand)
Saiz: 10 cm x 10 cm
Harga Jualan: RM 12.00 (dengan stand)
Saiz: 10 cm x 10 cm
Harga Jualan: RM 12.00 (dengan stand)
Saiz: 20 cm x 20 cm
Harga Jualan: RM 30.00
Saiz: 15 cam x 15 cm
Harga Jualan: RM 20.00
Saiz: 15 cm x 15 cm
Harga Jualan: RM 20.00
Saiz: 15 cm x 15 cm
Harga Jualan: RM 20.00
Saiz: 20 cm x 20 cm
Harga Jualan: RM 30.00
Saiz: 20 cm x 20 cm
Harga Jualan: RM 30.00
Saiz: 15 cm x 15 cm
Harga Jualan: RM 20.00
Saiz: 24 cm x 18 cm
Harga Jualan: RM 35.00
Saiz: 30 cm x 30 cm
Harga Jualan: RM 44.00
Saiz: 30 cm x 24 cm
Harga Jualan: RM 35.00
Saiz: 30 cm x 24 cm
Harga Jualan: RM 35.00
Saiz: 30 cm x 24 cm
Harga Jualan: RM 35.00
Saiz: 40 cm x 30 cm
Harga Jualan: RM 55.00
Saiz: 40 cm x 40 cm
Harga Jualan: RM 60.00
Hasil karya untuk jualan. Tempahan secara custom juga boleh diterima. Jika anda berminat, boleh ajukan sebarang pertanyaan dengan menghubungi pihak kami di talian 011-54139369 (Cikgu Naimmah)
Penafian dan Notis Hak Cipta
Hakcipta © Samudera Arts Studio and Gallery, PPKI SMK Seri Samudera 2022
Hakcipta terpelihara. Semua aspek berkenaan laman portal meliputi tetapi tidak terhad kepada rekabentuk, teks, grafik, aplikasi, perisian, kod sumber dan aspek-aspek lain adalah hakcipta PPKI SMK Seri Samudera dan sekutunya atau penyedia kandungan dan teknologinya. Dengan mengakses laman portal ini sebarang aspek dari laman ini tidak boleh diterbit semula atau dipancarkan dalam sebarang bentuk atau cara, sama ada elektronik atau mekanikal, termasuk fotokopi, rakaman, atau apa jua sistem penyimpanan data dan maklumat tanpa kebenaran bertulis dari pihak SMK Seri Samudera.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang dicapai daripada laman portal ini.