Aliya Maisarrah telah dilahirkan pada 21 Mei 2005 dan merupakan anak tunggal kepada pasangan Encik Sahar dan Puan Rositah. Minat Aliya dalam bidang seni ini telah bermula sejak usianya empat tahun. Tidak hairanlah minat beliau yang mendalam dalam bidang seni ini telah menghasilkan beberapa lukisan digital dan karya seni manual yang sungguh menakjubkan. Kini, Aliya telah membuktikan bahawa walaupun beliau adalah murid autistik namun sentuhan karya luar biasa beliau setaraf pelukis profesional. Tahniah dan syabas Aliya!
Guru Pembimbing: Cikgu Nor Naimmah binti Othman dan Cikgu Nor Moli Azana binti Ahmad.
Projek Terbaru Kebitaraan Seni Visual Aliya Maisarrah Tahun 2023 - 2024 :-
Projek Kebitaraan Koleksi Si Neko ini bermula pada awal Oktober 2023. Pelaksanaan projek ini dilaksanakan susulan dengan projek penghasilan buku bergambar yang dibangunkan oleh beliau bersama ibunya Puan Rositah. Buku tersebut bertemakan hubungan seekor kucing kesayangan berlatarkan situasi sebenar kehidupan opah Aliya dan haiwan tersebut.
Bertitik tolak dari bermulanya penghasilan buku bergambar itu, maka projek kebitaraan ini dilaksanakan secara berterusan. Minat Aliya yang mendalam dalam melukis dan menghasilkan karya ilustrasi kucing ini mula dipergiatkan lagi dengan menghasilkan beberapa produk jualan beg canvas dan stiker bergambar.
Syabas diucapkan kepada Aliya Maisarrah. Marilah kita sama-sama memberi tanda sokongan kepada usaha baik untuk mengangkat bakat dan anugerah serta memartabatkan anak istimewa ini.
Design yang terbaru
Kod: ZRC 08
Hasil produk untuk jualan
Kod: ZRC 01
Kod: ZRC 03
Kod: ZRC 02
Kod: ZRC 05
Kod: ZRC 04
Kod: ZRC 07
Kod: ZRC 06
Antara Hasil Karya Yang Dihasilkan Pada Tahun 2023:
Antara tempahan yang telah siap.
Karya pertama Aliya berlatarkan lautan yang telah dipersembahkan sewaktu lawatan dan pameran.
Hasil karya yang telah siap sepenuhnya.
Hasil lakaran pertama cubaan Aliya untuk ilustrasi burung hantu.
Sewaktu pameran berlangsung, Aliya membuat demo di hadapan tetamu yang hadir. Sekaligus, memberi peluang kepada tetamu untuk mengenali dengan lebih dekat pelukis karya ini.
Proses mengemas dan menyiapkan tempahan. Tahniah Aliya.
Si gadis manis ini sangat suka dengan gambar kucing. Tempahan dibuat terlebih dahulu kerana canvas ini perlu ditambah baik lagi catannya untuk lebih kelihatan lebih kemas. Kini, telah diserahkan kepada tuan empunya. Seronok dan gembira tak terkata kata ibunya.
Hasil karya si kucing yang dibeli oleh Damia. Sangat cantik lukisan ini.
Kerja-kerja akhir untuk menyiapkan ilustrasi mock-up buku projek penulisan dan buku bergambar Lee Toh Yuan ( The Animal World by Lee Toh Yuan)
Menyiapkan tempahan karya ilustrasi kulit buku bagi seorang pensyarah luar negara.
Projek Kebitaraan Seni Visual Aliya Maisarrah Tahun 2022:-
24 September 2022
30 September 2022
Antara hasil karya Aliya yang telah terjual dan ditempah oleh orang perseorangan dan individu yang berminat:-
30 September 2022
30 November 2022
KEMENJADIAN MURID AUTISTIK
PPKI SMK SERI SAMUDERA
ALIYA MAISARRAH BINTI SAHAR
Saiz: 43.0 cm x 32.0 cm / Harga Jualan: RM 45.00
Saiz: 32.5 cm x 25.5 cm / Harga Jualan: RM 40.00
Saiz: 32.5 cm x 25.2 cm
Harga Jualan: RM 30.00
Saiz: 32.5 cm x 25.5 cm
Harga Jualan: RM 30.00
Saiz: 32.5 cm x 25.5 cm
Harga Jualan: RM 30.00
Saiz: 32.5 cm x 25.5 cm
Harga Jualan: RM 30.00
Saiz: 32.5 cm x 25.5 cm
Harga Jualan: RM 30.00
Saiz: 32.5 cm x 25.5 cm
Harga Jualan: RM 30.00
Saiz: 32.5 cm x 25.5 cm
Harga Jualan: RM 30.00
Saiz: 32.5 cm x 25.5 cm
Harga Jualan: RM 30.00
Saiz: 32.5 cm x 25.5 cm
Harga Jualan: RM 30.00
Saiz: 32.5 cm x 25.5 cm
Harga Jualan: RM 30.00
Saiz: 32.5 cm x 25.5 cm
Harga Jualan: RM 30.00
Saiz: 32.5 cm x 25.5 cm
Harga Jualan: RM 30.00
Saiz: 32.5 cm x 25.5 cm
Harga Jualan: RM 30.00
Saiz: 28.5 cm x 21.0 xm
Harga Jualan: RM 30.00
Saiz: 32.5 cm x 25.5 cm
Harga Jualan: RM 30.00
Saiz: 28.5 cm x 21.0 cm
Media: Air Kopi
Harga Jualan: RM 30.00
Saiz: 32.2 cm x 24.5 cm
Media: Pensel
Harga Jualan: RM 30.00
April 2022
Jun 2022
Mei 2022
April 2022
Adik Keisha / Oktober 2022
September 2022
November 2022
Nurin Jazlina / Oktober 2022
November 2022
Oktober 2022 (SOLD)
Hasil karya untuk jualan. Tempahan secara custom juga boleh diterima. Jika anda berminat, boleh ajukan sebarang pertanyaan dengan menghubungi pihak kami di talian 011-54139369 (Cikgu Naimmah)
Penafian dan Notis Hak Cipta
Hakcipta © Samudera Arts Studio and Gallery, PPKI SMK Seri Samudera 2022
Hakcipta terpelihara. Semua aspek berkenaan laman portal meliputi tetapi tidak terhad kepada rekabentuk, teks, grafik, aplikasi, perisian, kod sumber dan aspek-aspek lain adalah hakcipta PPKI SMK Seri Samudera dan sekutunya atau penyedia kandungan dan teknologinya. Dengan mengakses laman portal ini sebarang aspek dari laman ini tidak boleh diterbit semula atau dipancarkan dalam sebarang bentuk atau cara, sama ada elektronik atau mekanikal, termasuk fotokopi, rakaman, atau apa jua sistem penyimpanan data dan maklumat tanpa kebenaran bertulis dari pihak SMK Seri Samudera.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang dicapai daripada laman portal ini.