PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SAMUDERA
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SAMUDERA
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Seri Samudera telah ditubuhkan pada tahun 2005 yang diteraju oleh 3 orang guru dan 6 orang murid pada waktu itu. Pada 23 April 2024, seramai 73 orang murid pendidikan khas bersama dengan 11 orang guru, tiga orang PPM dan seorang penolong kanan pendidikan khas menerajui kelas pendidikan khas bermasalah pembelajaran.
PPKI SMK Seri Samudera menawarkan Kemahiran Vokasional Spesifik (KVS) Pembuatan Roti bagi kelas kefungsian sederhana dan Kraf Anyaman dan Perkebunan untuk kelas kefungsian rendah. Selain itu, pembelajaran dan pengajaran di kelas mengikut Dokumen Kurikulum Kemahiran Vokasional (DKKV) Kefungsian Rendah dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM Pendidikan Khas seperti yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.
Seni dalam Dunia Pendidikan Khas
Seni memberi manfaat untuk semua pelajar tanpa pengecualian. Seni bagi murid pendidikan khas dapat memberi kesan positif dalam pelbagai aspek. Antara kebaikan seni dalam pendidikan khas:
Seni menggalakkan kebebasan ekspresi yang lebih kreatif dan membantu murid pendidikan khas agar tenang untuk berfikir.
Sesiapa sahaja boleh menghasilkan seni. Untuk itu, terdapat begitu banyak bentuk seni yang berbeza yang dapat membantu murid-murid pendidikan khas mendapatkan kebebasan, keyakinan dan harga diri.
Ramai pelajar yang mungkin tidak cemerlang dalam akademik sering dilihat bahawa mereka cemerlang dalam bidang seni. Sewajarnya kita memberi peluang dan membenarkan murid meneroka medium yang berbeza untuk membantu mereka menemui bakat yang tersembunyi.
Ketidakupayaan yang dialami oleh anak-anak istimewa ini tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk menceburkan diri dan menanam minat dalam bidang seni. Setiap orang boleh menghasilkan seni dan kraftangan.
Video ini merupakan lukisan digital untuk menghasilkan mock-up Buku Ilustrasi dan Bergambar Kanak-kanak yang bertajuk 'Sayang Opah' yang akan diterbitkan pada tahun 2024. Buku ini hasil penulisan Pn Rositah Abd. Razak iaitu ibu Aliya selaku penulis buku dan Aliya Maisarrah sebagai ilustrator. Tahniah dan syabas kepada Aliya dan ibunya.
oleh: Aliya Maisarrah (Autistik)
oleh: Muhammad Faris Imran (Autistik)
Bagi PPKI SMK Seri Samudera, bidang seni telah menjadi satu program dan intervensi kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Oleh yang demikian, kami membangunkan sites ini bagi memperkenalkan kepada anda hasil-hasil kraftangan seni visual yang dijalankan oleh murid pendidikan khas itu sendiri dengan bimbingan guru di peringkat sekolah dan di luar bilik darjah.
Ini adalah salah satu usaha pihak sekolah untuk memartabatkan pendidikan khas di tanah air kita. Moga lebih ramai pihak dapat menyokong dan sama-sama berkongsi serta mempromosi sites ini kepada orang lain. Marilah kita membantu dengan memberi sokongan, menjadi kekuatan dan semangat untuk anak-anak istimewa ini terus berjaya dan menjadi insan yang berguna. Setiap kekurangan adalah satu kelebihan yang luar biasa hebat!
PENGLIBATAN PPKI SMK SERI SAMUDERA DI PERINGKAT SEKOLAH, DAERAH, NEGERI DAN KEBANGSAAN TAHUN 2025:-
PROGRAM MADANI RAKYAT (PMR) 2025 PERINGKAT KEBANGSAAN
SHOWCASE STEM & A1
TARIKH: 13 JUN 2025
TEMPAT: LUMUT WATERFRONT, LUMUT PERAK
Terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (EPRD KPM), Sektor Pembelajaran JPN Perak dan Ustp Ppd Manjung atas peluang dan ruang yang diberikan kepada kami PPKI SMK Seri Samudera pada hari ini. Terima kasih tak terhingga Dr. Radhiah, cik Adibah, Dr. Najihah dan Pn. Zaliya. Sangat kami hargai 🌹
Sekalung penghargaan kepada Tn. Hj. Musa bin Hamid, Pegawai PPD Manjung bersama tuan pegawai daerah (DO) dan isteri menyantuni kami di reruai KPM STEM & AI ini. Timbalan PPD juga hadir bersama pegawai-pegawai PPD yang lain. Terima kasih semua.
Satu pengalaman yang cukup berharga. Setiap kali pameran, setiap kali itulah kami bertemu pelbagai peringkat masyarakat. Banyak kami belajar perkara baharu, kawan baharu dan timba pengalaman yang bermakna.
Kami mula bertugas bermula jam 1.30 petang, tak putus-putus orang datang sehingga jam 6.00 petang. Saya membayangkan petang jumaat masih awal untuk orang awam ramai hadir. Sangkaan saya meleset.
Ramai betul orang. Dari murid-murid sekolah rendah dan menengah, para ibu bapa, kanak-kanak sehingga la petugas-petugas PMR dari reruai yang lain turut hadir. Ada juga pengunjung-pengunjung reruai kami yang datang dari luar negeri Perak dan sedang bercuti di Lumut. Menambahkan bilangan yang hadir hari ini.
hari sabTu dan ahad, PMR akan terus berlangsung. Masih ada banyak aktiviti, diskaun dan promosi turut disediakan, khemah reruai dari pelbagai agensi dan jabatan kerajaan juga meriah dengan tarikan masing-masing. Sempat saya mendapatkan pemeriksaan secara percuma di Reruai KKM yang bersebelahan dengan reruai kami. Tentunya, bandar Lumut akan dibanjiri ribuan pengunjung. Dah lama tidak melihat bumi Lumut selautan manusia.
Bagi orang ramai sekitar daerah Manjung dan negeri Perak, ambil peluang ini untuk dapatkan perkhidmatan dan aktiviti yang ditawarkan. Parkir bertingkat juga diberi diskaun RM1.00 sahaja sepanjang 3 hari PMR ini (Ingatan mesra: Bayar di kaunter secara drivethru ya 😉)
Jom komer datang ke Reruai STEM & AI (KPM, Kementerian Digital, MOSTI, KPT-UPSI) semua dengan produk STEM dan pembelajaran secara hands-on experience. Ada hadiah istimewa menanti anda!
Shuttle van ada komer! Moh legaih 😃😍
GERAKAN MASSA #terimakasihcikgu PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025
TARIKH: 12 DAN 13 APRIL 2025
TEMPAT: AEON MALL TAIPING
Syukur, alhamdulillah kami panjatkan kehadrat Ilahi. Ini merupakan satu penghormatan besar buat kami atas ruang dan peluang yang diberikan. Lensa kamera dan foto istimewa kunjungan tetamu Pengurusan Tertinggi KPM, JPN Perak dan Jemaah Nazir Perak ke reruai SMK Seri Samudera buat tatapan semua.
YB Fadhlina Sidek
Menteri Pendidikan Malaysia
YB Wong Kah Woh
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
Datuk Hj Azman bin Adnan
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Dato Ts Dr. Hj Aminuddin bin Hashim
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia
En. Zainal bin Abas
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah)
En. Saffuan bin Hj Raba'ai
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
En. Osman bin Mohamed Bahari, AMP
Timbalan Pengarah
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
En. Zulkafli bin Mohamed Mokhtar
Timbalan Pengarah
Sektor Pengurusan Sekolah
Pn. Eni Zanifah binti Mohd Jaberi
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Sektor Pendidikan Khas
En Norhan bin Suid @Shuib
Ketua Penolong Pengarah
Sektor Sumber Teknologi Pendidikan
Tn. Ahmad Puad bin Taib
Timbalan Ketua Jemaah Nazir Perak
En. Faisal bin Md Yusuf
Sektor Pembelajaran, JPN Perak
En. Ahmad Maswan bin Ahmad Fuaad
Pen. Pengarah Pendidikan Khas JPN Perak
Terima kasih atas kesudian hadir ke reruai kami. Sokongan YB, Datuk, Dato', Tuan, Puan amat kami hargai 🌹
Paparan berkaitan pameran Gerakan Massa yang disertai oleh PPKI SMK Seri Samudera di AEON Mall, Taiping
Di kesempatan ini, kami pihak PPKI SMK Seri Samudera ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tn. Hj. Musa bin Hamid, Pegawai Pendidikan Daerah Manjung atas kesudian hadir dan memberi sokongan padu kepada kami.
Terima kasih juga kepada En. Rosman, En. A.Zamri dan En. Mior Darul Ikram yang datang dan menyantuni kami Pendidikan Khas PPKI SMK Seri Samudera.
Sekalung penghargaan buat rakan sepasukan satu daerah iaitu pihak Ustp Ppd Manjung PPD Manjung Pn. Zaliya, En Syed Rujhan, Pn. Parimalah, En Hairul, En. Mas, En. Sholihin dan juruteknik PPD atas kesudian menjemput kami (PPKI dan TEAM TVPSS) dan bersama-sama di Pameran Pendidikan Digital ini. Together We Can Achieve More 🌹
Semoga Allah membalas jasa baik tuan puan dengan segala kebaikan di dunia akhirat dan kurniakan pahala buat semua.
Dan tidak lupa pegawai-pegawai KPM, JPN Negeri dan para pengunjung yang hadir, penduduk setempat dan dari seluruh negeri. Jazakallahukhair. Sokongan dan semangat kalian kami bawa pulang ke bumi Samudera.
Our schoolmate, team TVPSS cikgu Mas Idayu, cikgu Zaza , cikgu Yati GK Bahasa dan anak-anak Samudera, terima kasih atas segalanya ❤️
Ini adalah kenangan manis buat kami dan tentunya ia membakar semangat kami untuk terus berkongsi ilmu dan memberi manfaat kepada masyarakat. Mohon maaf atas kekurangan dan kelemahan kami sepanjang dua hari ini.
Sehingga kita berjumpa lagi..Terima kasih semua 🌹
PENGLIBATAN PPKI SMK SERI SAMUDERA DI PERINGKAT SEKOLAH HINGGA KE ANTARABANGSA TAHUN 2024:-
SELANGOR INTERNATIONAL BOOK FAIR (SIBF) 2024
TARIKH: 1 DISEMBER 2024
TEMPAT: PUSAT CONVENTION SETIA CITY 2, SHAH ALAM SELANGOR
Berlabuhlah tirai Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF2024) hari ini.
Alhamdulillah atas peluang dan rezeki untuk sama-sama memeriahkan pesta buku yang berprestij ini. Tiga hari dua malam kami isi sepenuhnya dengan aktiviti ilmu dan komunikasi sosial. Auranya seperti juga Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Penganjuran dan pengurusan tersusun rapi dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Tahniah pihak penganjur.
Bagi Aliya Maisarrah, ini merupakan kali pertama menjadi pempamer luar dari negeri Perak. Langkah permulaan Aliya untuk terbang tinggi dalam bidang ilustrasi buku. Bagai air mencari jenisnya. Bonda Aliya yang sentiasa menjadi tulang belakang Aliya turut sama-sama mendalami dunia penulisan, teruja dan mengakui pesta buku ini memberi impak positif yang berkesan kepada mereka berdua. Alhamdulillah.
Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga kepada pihak penganjur Pn Suzliana (Pn Su) dari Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), pihak PENAWAN dan petugas-petugas PPAS yang menyantuni serta memberi ruang kepada Aliya Maisarrah, seorang autistik dan semua para ilustrator 🌹
'Ilustrator's Corner' merupakan satu platform khusus, pendedahan kepada ilustrator untuk lebih dekat dengan masyarakat. Sekaligus ini merupakan pengalaman yang cukup berharga, membina keyakinan diri, menimba ilmu baharu, berkongsi idea dan pendapat, disamping berkenalan dengan orang-orang hebat dalam bidang seni dan ilustrasi buku bergambar.
Ada rezeki insyaAllah, potensi-potensi mutiara Samudera yang ada di sekolah itu, kita sama-sama usahakan. Gandingan pihak sekolah dan ibu bapa berupaya mengerakkan satu-satu projek kemenjadian murid.
Sesungguhnya, banyak peluang terbentang luas untuk anak-anak istimewa.
Percayalah! Mulakan dengan langkah pertama.
Kekuatan mereka, inspirasi mata dunia. Tahniah Myzara Liya 👏👏🥰
Terima kasih para pengunjung dan semua yang sentiasa menyokong Aliya & PPKI SMK Seri Samudera 💐
KARNIVAL DIGITAL DAN INOVASI NEGERI PERAK
TARIKH: 14 - 15 NOVEMBER 2024
TEMPAT: KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN, IPOH
Terima kasih Team PPKI Samudera yang telah menjayakan pameran dan jualan di Karnival Digital dan Inovasi Negeri Perak yang bermula semalam hingga hari ini. Sekalung penghargaan kepada pihak Kerajaan Negeri Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak atas penganjuran karnival yang berprestij ini. Kepada para pengunjung, terima kasih sudi hadir dan memberi sokongan kepada PPKI SMKSS.
Terima kasih semua 🌹
MAJLIS ANUGERAH DUTA NEGERI PERAK TAHUN 2024
TARIKH: 12 NOVEMBER 2024
TEMPAT: MH HOTEL, IPOH
Team Monster Superstar yang dianggotai oleh Muhammad Rayyan Rafiqi, Muhammad Hafie Karnain dan Danil Hazeem dan guru pembimbing mereka Cikgu Nor Naimmah dinobatkan sebagai
JOHAN Sekolah Menengah, Kategori Stop Motion & 3D dalam pertandingan Digital Storytelling Animation (DSTA) Peringkat Negeri Perak
dan dianugerahkan bersempena Majlis Anugerah DUTA Tahun 2024 Anjuran JPN Perak di MH Hotel, Ipoh. Tahniah dan syabas diucapkan.
Team PPKI ini juga berjaya mengatasi dua lagi kumpulan murid perdana. Sekaligus merupakan, satu-satunya team digital pendidikan khas dalam majlis pada hari ini. Semoga kejayaan mereka, menjadi motivasi dan pemangkin kepada kejayaan buat warga PPKI daerah Manjung.
Sesi fotografi bersama Tn. Hj. Musa bin Hamid, Pegawai Pendidikan PPD
Plak dan sijil disampaikan oleh Yang Berhormat En. Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak dengan diiringi oleh En. Safuan bin Haji Raba'ai (P.P.T) Pengarah JPN Perak dan En. Noor Azman Shah bin Mohd Yussof, Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan JPN Perak.
Plak Hadiah
Sijil Pencapaian Murid
PPKI SMK Seri Samudera
LAWATAN PENANDA ARAS SMK JELAPANG JAYA KE SMK SERI SAMUDERA
TARIKH: 29 OKTOBER 2024
TEMPAT: BILIK SHOWCASE DAN BENGKEL ROTI, PPKI SMK SERI SAMUDERA
Sekalung penghargaan dan terima kasih atas lawatan tuan puan dan murid-murid pendidikan khas SMK Jelapang Jaya ke sekolah kami.
Semoga jalinan jaringan dan kerjasama ini akan memberi nilai tambah dan manfaat demi memperkembangkan potensi individu MBPK.
Terima kasih dan jumpa lagi semua 😊🌹
PROJEK SENI CETAKAN ALAMI (ECOPRINT) SAMUDERA
TARIKH: 23 OKTOBER 2024
TEMPAT: ANJUNG BESTARI, PPKI SMK SERI SAMUDERA
Usai sudah projek ecoprint yang dijalankan bersama PERCHA. Ini merupakan satu jaringan komuniti setempat bertujuan menimba ilmu pengetahuan dan mendapat bimbingan khusus daripada yang pakar dalam bidang ecoprint. Terima kasih Pn Suhaila, Pn. Jamie mantan UiTM Seri Iskandar (Tekstil) dan cik Yati daripada PERCHA.
Sebelum ini kami pernah membuat ecoprint kertas. Namun, terdapat beberapa cabaran yang dialami dari segi jenis tumbuhan dan spesis bunga yang dipilih. Barulah kami tahu dos and dont's yang dipelajari dalam ecoprint. Terima kasih, cikgu-cikgu PERCHA 😍
Hari ini kami bertuah merasai sendiri bagaimana teknik kukus ecoprint. Kami juga menggunakan bahan kitar semula dalam projek pada hari ini. Murid-murid sangat teruja dan diberi ruang berkreativiti. Tak sangka mereka dapat menghasilkan corak hasil tangan mereka sendiri. Sungguh kami terpesona melihat hasil kemenjadiaannya. Tahniah anak-anak Samudera!
Semoga usaha pembangunan kitar semula dengan penerapan bahan semulajadi dan bahan alami ini menghasilkan produk-produk seni dan kraftangan MBPK serta memartabatkan kemahiran mereka dalam bidang seni dan keusahawanan.
Tahniah dan Terima kasih kepada semua yang terlibat 🌹
Ecoprint Samudera, Kebitaraan PPKI SMKSS
SPECIAL EDUCATION DAY: STAND TOGETHER PERAK SEJAHTERA 2030 PERINGKAT NEGERI PERAK
TARIKH: 9 OKTOBER 2024
TEMPAT: DEWAN SERBGUNA KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK, IPOH
Sekalung penghargaan dan tahniah kepada PPKI SMK Seri Samudera & PPKI SK Kg. Dato' Seri Kamaruddin yang mewakili Daerah Manjung, menyertai Pertandingan Nasyid sempena Perak Special Education Day: Stand Together Perak Sejahtera 2030 Peringkat Negeri Perak pada 9 Oktober 2024 bertempat di Dewan Serbaguna Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak, Ipoh.
Selain itu, turut diadakan acara pameran dan jualan oleh semua daerah Negeri Perak.
Terima kasih dan syabas kepada team Pameran Kebitaraan Daerah Manjung yand diwakili oleh SMK Seri Samudera, SK Ayer Tawar, SMK Kg. Dato' Seri Kamaruddin & SMK Changkat Beruas. Tahniah atas kebitaraan yang dipamerkan.
Setinggi-tinggi ucapan syabas buat adik Aliya Maisarrah Binti Sahar, murid pendidikan khas PPKI SMK Seri Samudera yang telah berjaya menghasilkan lukisan akrilik bertemakan logo Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas MSSM Kali ke-22 sebagai cenderahati kepada perasmi kejohanan.
Sekalung penghargaan kepada pihak JPN Perak dan PPD Manjung atas jemputan dan kepercayaan. Pihak sekolah turut berbangga dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Aliya.
Semoga Aliya akan terus berkarya, menjadi sumber inspirasi kepada MBPK dan menghasilkan lebih banyak hasil seni pada masa akan datang. Tahniah Aliya!
Terbaik Manjung! 👏👏💐
KOLOKIUM TRANSFORMASI PENDIDIKAN PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2024
TARIKH: 3 SEPTEMBER 2024
TEMPAT: D' OCEAN MARINA ISLAND PANGKOR RESORT HOTEL, LUMUT PERAK
Usai sudah Kolokium Transformasi Pendidikan Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 yang telah berlangsung dengan jayanya.
Team PPKI dan Team Inovasi STEM murid perdana berganding bahu bersama-sama menjadi pempamer dan mewakili reruai SMK Seri Samudera. Hasil produk-produk kemenjadian murid PPKI dan inovasi Kit Samudera No Smoke kami bawakan khas dalam kolokium hari ini.
Tiga orang murid PPKI serta dua orang murid perdana, petah berkata-kata memberi penerangan dengan lancar dan bersahaja kepada para pengunjung yang hadir ke reruai.
Jelas dilihat, keyakinan dan keterampilan mereka sedang dibina dan kemahiran sosial komunikasi anak-anak istimewa turut dibangunkan. Inilah pengalaman mereka apabila di lapangan, berjumpa dan berinteraksi dengan masyarakat.
Selain itu team tarian PPKI dibawah pimpinan cikgu Nik Rahayu dan cikgu Ezzah turut membuat persembahan dengan kemas dan cantik sekali. Tahniah kepada team tarian PPKI. Berbakat dan mampu lakukan yang terbaik!
Rasa syukur kami atas kehadiran tetamu kehormat YB Wong Kah Woh Timbalan Menteri Pendidikan diiringi Dato Mohamad Fauzi Mahson, Pengarah JPN Perak bersama Tuan PPD Manjung serta dif-dif kehormat sudi melancarkan tiga buku bergambar kanak-kanak yang bertajuk Sayang Opah, ABC Animal Book dan Picture Book: A Collection of Animals. Buku-buku ini hasil lukisan Lee Toh Yuan dan Aliya Maisarrah. Bersama gandingan penulis Cikgu Nor Naimmah dan Bonda Aliya, Ros Razak.
Untuk itu, Projek Penulisan Buku ini pastinya ada tulang belakang yang menjayakannya. Terima kasih atas dorongan, semangat dan sokongan daripada Pn Eni Zanifah Mohd Jaberi Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas JPN, Pn. Sahila Shukor Pengetua Cemerlang SMKSS, Pn. Shuhailla Hassan PKPK, barisan SLT dan pihak ibu bapa murid. Terima kasih sekalung budi daripada team PPKI.
Satu momen terindah buat kami apabila reruai SMK Seri Samudera telah berjaya dinobatkan sebagai Pempamer Terbaik Kolokium. Terima kasih kami ucapkan.
Sekalung penghargaan kepada Yayasan AMIR, Yayasan Hasanah, LeapEd, JPN Perak, PPD Manjung, Sahabat PALS, PGB PSA, guru besar dan pengetua daerah Manjung yang turut sama memberi sokongan padu dan galakan kepada kami.
Buat para pengunjung terima kasih membeli buku dan produk hasil karya anak-anak PPKI SMK Seri Samudera, sokongan dan semangat tuan puan amat bermakna buat kami.
Terima kasih semua 🌹
LAWATAN SOSIAL YAYASAN AMIR DAN YAYASAN HASANAH KE PPKI SMK SERI SAMUDERA
TARIKH: 27 OGOS 2024
TEMPAT: BILIK SHOWCASE DAN OASIS SMK SERI SAMUDERA
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih atas sokongan padu pihak Yayasan AMIR dan Yayasan Hasanah yang menyantuni PPKI SMK Seri Samudera. Kehadiran pihak tuan puan ke Bilik Showcase ini memberi semangat dan iltizam buat seluruh warga pendidikan khas sekolah ini untuk terus memartabatkan dan berusaha membangunkan potensi, karakter dan bakat anak-anak istimewa dalam bidang seni visual dan kemahiran.
Tahniah dan syabas juga buat barisan ML dan SLT SMKSS atas kejayaan cemerlang sebagai tuan rumah dalam PALS CPD 3.0 yang telah berlangsung semalam. Terbaik SAMUDERA 👏👏😃😍
MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK SMK SERI SAMUDERA TAHUN 2024
TARIKH: 24 OGOS 2024
TEMPAT: BILIK SHOWCASE PPKI SMK SERI SAMUDERA
Yang Dipertua PIBG Leftenan Komander (B) Shamsudin bin Hashim, perasmi majlis turut sama hadir dan melawat Bilik Showcase PPKI SMK Seri Samudera.
Pameran dan Jualan Hasil Produk PPKI sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SMKSS Tahun 2024
Sekalung penghargaan kepada para tetamu yang sudi hadir dan melawat ke bilik Showcase PPKI SMK Seri Samudera. Terima kasih atas sokongan tuan puan yang membeli produk hasil karya murid-murid PPKI dan sentiasa memberi sokongan padu kepada kami. Kami amat hargai. Semoga usaha baik untuk memartabatkan kemenjadian murid akan terus dijalankan dan bermanfaat untuk semua peringkat. Terima kasih semua 🌹
KARNIVAL DIGITAL CENTRE OF EXCELLENCE (COE) PPD MANJUNG 2024
TARIKH: 15 OGOS 2024
TEMPAT: DEWAN LKIM, SERI MANJUNG PERAK
Tetamu kehormat YB Dato' Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas melawat reruai PPKI SMK Seri Samudera. Terima kasih
Usai sudah Karnival Digital Centre of Excellence (COE) anjuran Ustp Ppd Manjung, berjalan dengan lancar dan jayanya. Tahniah PPD Manjung dan ucapan terima kasih atas jemputan, sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada PPKI SMK Seri Samudera. Ternyata, program COE mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Pelbagai aktiviti, banyak gerai jualan makanan, pameran luar dan dalam dewan, meriah sekali.
Ramai sungguh tetamu yang hadir ke reruai kami. Murid-murid sekolah rendah dan menengah di sekitar daerah Manjung, orang awam dan para ibu bapa yang sama-sama memeriahkan program hari ini. Seronok kami melihat pelbagai reaksi dan respon daripada mereka. Terujanya melihat animasi stop motion oleh Rayyan Rafiqi,team Monster Superstar dan produk-produk kemenjadian murid PPKI SMKSS. Moga apa jua perkongsian dan pengalaman dengan para pengunjung, memberi manfaat yang berguna buat semua. Terima kasih buat semua yang memberi sokongan padu dan membeli produk kami.
Sehingga kita berjumpa lagi, Terima kasih sekalung budi 🌹
PERTANDINGAN DIGITAL STORYTELLING ANIMATION (DSTA)
PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024
22 APRIL HINGGA 8 OGOS 2024
Pertandingan Digital Storytelling Animation (DSTA) Tahun 2024 adalah anjuran BSTP, KPM dan SSTP, JPN Perlis sebagai tuan rumah pada kali ini. Pada 27 Julai 2024 yang lalu, Team Monster Superstar telah berjaya dalam saringan akhir peringkat negeri Perak bagi pertandingan Digital Storytelling Animation (DSTA) Kategori Stop Motion & 3D.
Dan hari ini merupakan pengumuman pemenang bagi peringkat kebangsaan. Walau bagaimanapun, tiada rezeki memihak kepada Team Monster Superstar. Kalah dan menang itu adat pertandingan.
Pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian, potensi dan bakat ketiga-tiga murid PPKI SMK Seri Samudera ini. Bukan sesuatu yang mudah menghasilkan animasi Stop Motion. Apatah lagi, murid-murid ini murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran dan perlu berentap dengan kategori yang sama bersama murid-murid aliran perdana.
Buat Rayyan, Hafie dan Danil, tahniah dan syabas atas pencapaian sulung yang merupakan penyertaan kali yang pertama dalam DSTA di peringkat kebangsaan.
Video yang berdurasi 5.01 minit: https://youtu.be/aBuL0jjGoak?si=OKKG1CD39Z0ZKZ1u
adalah air tangan kalian sendiri. Kalian sememangnya mempunyai kehebatan luar biasa yang tersendiri.
Teruskan berkarya dan menghasilkan banyak lagi video animasi yang kreatif dan bermanfaat. Tingkatkan kemahiran digital dan gunakan teknologi dengan beretika. Semoga team Monster Superstar akan berjaya di peringkat kebangsaan pada tahun hadapan. InsyaAllah. Terima kasih atas sokongan semua.
KARNIVAL KEBOLEHPASARAN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI PERAK TAHUN 2024
TARIKH: 29 - 30 JUN 2024
TEMPAT: AEON MALL SERI MANJUNG PERAK
Buat julung-julung kalinya, penyertaan PPKI SMK Seri Samudera mewakili daerah Manjung dalam beberapa acara yang dipertandingkan seperti nyanyian solo, persembahan berkumpulan, poster digital dan pameran kemahiran ke peringkat negeri.
Kami cukup bertuah dan bersyukur di atas kehadiran tetamu istimewa iaitu Dato' Mohamad Fauzi bin Mahson, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang sudi menyantuni murid-murid MBPK kami. Setiap bicara yang Dato' berikan dan penghargaan itu, dapat kami rasakan. Terima kasih Dato'.
Untuk pameran kemahiran, kami bawakan tiga orang murid MBPK yang cukup berbakat, mempunyai potensi dan keupayaan yang luar biasa dalam pendidikan seni visual dan pendigitalan (stop motion) bertepatan dengan tema Karnival Kebolehpasaran Negeri Perak tahun ini, Aksesibiliti Digital dan Kesaksamaan Ke Arah Kebolehpasaran MBPK Madani.
Pelaksanaan projek kemenjadian murid berlandaskan DSKP KSSMPK Pendidikan Seni Visual seiring Dasar Pendidikan Digital KPM, yang menyebutkan tentang membangunkan murid-murid yang fasih digital memenuhi keperluan era digital. (Teras 1: Murid Fasih Digital). Contohnya, Aliya Maisarrah dan Rayyan Rafiqi berupaya mengadaptasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai pendidikan digital yang diperoleh untuk kemajuan bakat dan kerjaya. Terdapat juga dua sites yang kami bangunkan untuk orang ramai dapat akses dan mengetahui tentang projek-projek kemenjadian murid dan Kemahiran Vokasional Kefungsian Rendah Kraf Seni Anyaman (KVKR) dan sites KAV & KVS yang dijalankan di sekolah kami.
Sites Samudera Arts Studio & Gallery
https://sites.google.com/view/samudera-arts-/home
Sites Asas Roti PPKI SMK Seri Samudera
https://sites.google.com/view/kvs-pembuatan-roti-ppkismkss/home?authuser=0
Seterusnya bagi keputusan pertandingan nyanyian solo (menengah) PPKI SMKSS telah berjaya mendapat tempat kedua, persembahan (tempat ke-6) dan poster digital (saguhati). Ini satu pencapaian yang cukup membanggakan buat warga PPKI SMKSS.
Tahniah dan syabas kepada para pemenang, murid-murid dan guru-guru pembimbing, semua guru PPKI SMKSS dan PPM yang sama-sama bertungkus-lumus membuat persiapan dari mula hingga akhir. Ditambah pula dengan persediaan reruai pameran kemahiran dan PPKI SMKSS bertindak sebagai jawatankuasa induk karnival, adalah sesuatu tugas yang bukan mudah dilaksanakan. Kerjasama dan usaha semua, alhamdulillah segala tugasan dapat dijalankan dengan sebaiknya.
Di sebalik kejayaan sekolah pasti ada tulang belakang yang menyokong dan membantu bersama-sama memartabatkan kemenjadian murid pendidikan khas dan potensi individu selaras pelaksanaan bersepadu merangkumi aspek kurikulum, kemahiran, karakter murid dan sahsiah yang baik. Ini semua adalah datang dari pemuafakatan semua pihak.
Terima kasih sekalung budi kepada Pn. Sahila Shukor Pengetua Cemerlang SMKSS, barisan SLT, pihak PPD Manjung, Sektor Pendidikan Khas JPN Perak dan Bahagian Pendidikan Khas KPM atas sokongan padu dan kepercayaan yang diberikan yang tidak berbelah-bagi.
Kepada pihak ibu bapa, warga SMKSS, pegawai-pegawai PPD dan JPN, KPM, pengunjung reruai yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat, hadir dan memberi sokongan, sangat kami hargai.
Moga usaha baik yang dijalankan bersempena Karnival Kebolehpasaran ini memberi kesedaran akan peluang dan ruang MBPK ke arah potensi keusahawanan dan kerjaya. Sekaligus, menjadi titik tolak kepada semua pihak untuk menerima keterlibatan MBPK dalam bidang kemahiran dan pendidikan.
Terima kasih semua 🌹
Rujukan: Dokumen Dasar Pendidikan Digital (2023)
PENANDAARASAN SEMPENA MESYUARAT PENYELARASAN KARNIVAL KEBOLEHPASARAN MBPK NEGERI PERAK TAHUN 2024
TARIKH: 13 JUN 2024, KHAMIS
TEMPAT: BILIK SHOWCASE, SMK SERI SAMUDERA, SERI MANJUNG PERAK
Alhamdulillah, bumi Samudera hari ini cukup bertuah menyambut kehadiran tetamu istimewa.
Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada Pn. Eni Zanifah binti Mohd Jaberi, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Perak bersama pegawai-pegawai dari JPN Perak atas kesudian hadir dan menyantuni anak-anak PPKI SMK Seri Samudera.
Turut dihadiri Tn Hj. Musa bin Hamid, Pegawai Pendidikan Daerah Manjung dan pegawai- pegawai Pen. PPD. serta barisan pengetua dan guru besar Daerah Manjung.
Kehadiran tuan puan amat kami hargai.
Moga atas usaha baik ini, kerjasama melibatkan semua pihak dapat membantu meningkatkan daya saing kendiri, bakat dan potensi serta keberhasilan MBPK di daerah mahupun di peringkat negeri.
Sederap melangkah, selaut peluang terbentang untuk insan istimewa.
Terima kasih semua 🌹
LAWATAN MUHIBBAH KE BILIK SHOWCASE PPKI SMK SERI SAMUDERA
TARIKH: 7 JUN 2024, JUMAAT
TEMPAT: BILIK SHOWCASE, SMK SERI SAMUDERA, SERI MANJUNG PERAK
Sekalung ucapan penghargaan kepada cikgu Irwan Junaidy dari SMK Raja Shahriman, Beruas iaitu Guru Bimbingan dan Kaunseling atas kesudian hadir ke Bilik Showcase PPKI. Beliau hadir ke sekolah ini dalam program ceramah Hala Tuju Pendidikan Selepas SPM kepada murid-murid Tingkatan 5 di sekolah ini.
Bersama-sama beliau adalah Pn. Jenny dari Yayasan Tan Sri Muhyidin Yasin yang juga turut sama meraikan hasil-hasil karya serta membeli produk barangan seni PPKI SMK Seri Samudera. Sesungguhnya kehadiran tuan dan puan memberi inspirasi dan semangat untuk PPKI terus mengorak langkah maju dalam bidang kebolehpasaran MBPK. Terima kasih sekalung budi.
LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH SEBERANG PERAI UTARA 1 KE SMK SERI SAMUDERA
TARIKH: 25 APRIL 2024, KHAMIS
TEMPAT: SMK SERI SAMUDERA, SERI MANJUNG PERAK
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih atas kunjungan tuan puan ke Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri Samudera. Semoga kerjasama dan jaringan jalinan ini akan memberi manfaat dan kebaikan kepada kita semua.
Marilah kita bersama-sama membangunkan potensi, bakat dan keupayaan setiap anak didik seterusnya melakar kecemerlangan dan kejayaan pada masa hadapan.
LAWATAN MUHIBBAH DARIPADA PEGAWAI PPD MANJUNG DAN PELAWAT KE BILIK SHOWCASE PPKI SMK SERI SAMUDERA
TARIKH: JANUARI - MAC 2024
TEMPAT: SMK SERI SAMUDERA, SERI MANJUNG PERAK
Cik Nisa merupakan mantan pegawai USTP, JPN Perak yang kini sedang melanjutkan pelajaran Master antara pelawat istimewa yang sudi hadir ke bilik Showcase ini. Beliau juga pernah menjadi Pen. PPD Manjung di bawah unit USTP. Kami terharu atas sokongan beliau yang berminat membeli produk Neko Project. Terima kasih sekalung budi, jemput datang lagi.
10 Januari 2024
Adat pertemuan pasti adanya perpisahan. Dan ini merupakan lawatan beliau yang terakhir ke PPKI SMK Seri Samudera selaku Pegawai Pen. PPD Pendidikan Khas, PPD Manjung, Pn. Norazmila Ali. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala jasa pengorbanan dan keprihatinan puan kepada PPKI SMK Seri Samudera. Selamat bertugas ke tempat baharu dan semoga berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Salam Sayang dari kami 🥰
12 Januari 2024
Encik Hanafi merupakan Pegawai Penilai Luar (PPL) bagi Penilaian Akhir Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Asas Roti. Terima kasih sudi hadir dan memberi sokongan yang padu kepada kami.
13 Januari 2024
Selamat datang kepada Puan Jenni dan Encik Razali dari TSMGCF. Terima kasih atas perkongsian idea, cadangan dan sokongan yang padu kepada SMK Seri Samudera terutama kepada anak-anak istimewa ini. Terima kasih juga membeli produk PPKI SMK Seri Samudera. Jasa baik tuan puan amat kami hargai.
28 Februari 2024
Sekapur Sirih, Seulas Pinang.
Selamat datang kepada Pn. Nor Aziah binti Abu Bakar, Pen. PPD Manjung yang mula bertugas pada Mac 2024 menggantikan Pn. Norazmila binti Ali. Terima kasih sudi hadir bagi sesi lawatan pertama awal persekolahan dan kunjung bantu kepada PPKI SMK Seri Samudera. Terima kasih juga kepada En. Mohammad Abadi bin Ismail, Pen. PPD Manjung atas kehadiran istimewa hari ini. Sokongan dan kerjasama yang padu tuan puan amat kami hargai. Moga PPKI di daerah Manjung terus memacu kecemerlangan pada tahun ini dan seterusnya.
22 Mac 2024
PENGLIBATAN PPKI SMK SERI SAMUDERA DI PERINGKAT SEKOLAH DAN DAERAH MANJUNG TAHUN 2023:-
LAWATAN PPKI DAN PERKONGSIAN PINTAR KVS PEMBUATAN ROTI ANTARA SMK PANGKOR DAN SMK SERI SAMUDERA
TARIKH: 5 DISEMBER 2023, SELASA
TEMPAT: SMK SERI SAMUDERA, SERI MANJUNG PERAK
Pada hari ini, PPKI SMK Seri Samudera menerima kehadiran tetamu dari PPKI SMK Pangkor. Mereka di bawa ke bilik showcase, bengkel roti dan sesi perkongsian pintar KVS pembuatan roti yang dijalankan oleh murid-murid KVS SMK Seri Samudera.
Semua 8 orang murid, 3 orang guru dan seorang pembantu pengurusan murid dapat menjalankan proses pembuatan roti dengan bimbingan murid-murid KVS dan guru-guru SMK Seri Samudera. Mereka juga mendapat penerangan dan 'sharing session' daripada Pn. Shuhailla binti Hassan berkenaan dengan projek-projek kebitaraan yang sedang dijalankan.
Terima kasih sekalung budi kepada warga PPKI SMK Pangkor kerana telah memilih PPKI SMK Seri Samudera sebagai pilihan sekolah untuk perkongsian pintar dan kerjasama di antara dua sekolah,
Moga hubungan baik dan kerjasama ini akan berterusan dan memberi manfaat serta kebaikan kepada semua pihak. Pintu SMK Seri Samudera sentiasa terbuka untuk menerima kehadiran murid-murid dan guru-guru. Selamat maju jaya kepada semua.
LAWATAN PENANDA ARAS SMK DATUK BENDAHARA, JASIN MELAKA KE SMK SERI SAMUDERA, SERI MANJUNG PERAK
TARIKH: 28 NOVEMBER 2023, SELASA
TEMPAT: SMK SERI SAMUDERA, SERI MANJUNG PERAK
Alhamdulillah. Syukur kepada Ilahi. Program lawatan ke bilik showcase, bengkel roti dan perkongsian pintar KVS pembuatan roti dapat dijalankan dengan jayanya.
Terima kasih sekalung budi kepada warga PPKI SMK Datuk Bendahara kerana memilih PPKI SMK Seri Samudera sebagai pilihan sekolah untuk membuat jaringan jalinan antara kedua-dua sekolah. Jauhnya datang dari bumi Melaka. Seronok melihat hubungan mesra yang terjalin antara kedua-dua belah pihak. Sama-sama berkongsi idea dan pengalaman bagi memperkukuhkan projek kemenjadian murid pendidikan khas.
Moga hubungan baik dan kerjasama ini akan berterusan dan memberi manfaat serta kebaikan kepada semua pihak. Salah dan silap tutur bicara, Mohon maaf seikhlas hati, Terima kasih tuan puan semua, Sudi berkunjung ke sekolah kami.
Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan membeli produk hasil karya murid-murid PPKI SMK Seri Samudera. Semoga kita berjumpa lagi . Jazakallahukhairan kathira 🌹
Barisan semua murid PPKI SMK Datuk Bendahara dan PPKI SMK Seri Samudera
Sesi bergambar sebagai kenang-kenangan di hadapan bengkel asas roti
Lukisan kanvas ini sungguh cantik dan istimewa. Bersungguh benar guru ini mahu membeli hasil karya Aliya. Terima kasih atas sokongan cikgu.
Pouch beg Palestin ini merupakan projek amal Palestin Aliya yang mana 100 peratus nilai jualan disumbangkan kepada NGO yang terpilih.
Murid-murid menyiapkan piza istimewa yang dibawa bekal untuk pulang sebentar lagi.
3 orang murid KVS PPKI SMKSS yang menjadi tulang belakang dan fasilitator kepada tetamu yang hadir.
Jamuan tengah hari di adakan di kantin sekolah. Selamat menjamu selera.
MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT DAERAH MANJUNG TAHUN 2023
TARIKH: 31 OKTOBER 2023, SELASA
TEMPAT: SMK SERI SAMUDERA, SERI MANJUNG PERAK
Berlangsung majlis pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Peringkat Daerah yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Musa, Tn. Pegawai Pendidikan Daerah PPD Manjung. Beliau juga turut menyampaikan watikah pelantikan Duta - Duta Sahsiah Samudera dan memberi kata-kata semangat kepada calon- calon SPM 2023 Samudera yang sedang menduduki Peperiksaan Percubaan.
Selepas majlis pelancaran, Tuan PPD bersama dengan En. Rosman selaku Timbalan PPD Pembangunan Murid, Ins. Ummi Peg PPS Samudera, ASP Rajan serta Anggota Team PPS Samudera dari IPD Manjung bersama AJK PIBG Samudera berkunjung ke Bilik Showcase PPKI SMK Seri Samudera.
Penerangan tentang projek-projek kemenjadian murid dan aktiviti-aktiviti kemahiran pembuatan roti disampaikan oleh Pn. Shuhailla binti Hassan, Penolong Kanan Pendidikan Khas kepada tetamu yang hadir. Turut hadir Pn. Sahila Shukor, Pengetua Cemerlang SMK Seri Samudera. Terima kasih sekalung budi atas kesudian hadir ke ruang pameran dan bilik Showcase kami. Jemput datang lagi.
HARI INTERAKTIF DAN RPI SIDANG 2 PPKI SMK SERI SAMUDERA TAHUN 2023
TARIKH: 19 OKTOBER 2023, KHAMIS
TEMPAT: SMK SERI SAMUDERA, SERI MANJUNG PERAK
Hari ini berlangsungnya Program Hari Interaktif dan RPI Sidang 2 PPKI SMK Seri Samudera bagi tahun 2023 yang telah diadakan dengan jayanya. Inilah peluang dan ruang untuk pihak guru dan ibu bapa bertemu, berbincang dan berkongsi idea serta cadangan bagi menambah baik RPI anak-anak ini.
Selain itu, program ini juga memberi pendedahan kepada pihak ibu bapa tentang aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran pembuatan roti, seni dan kraftangan dan projek ilustrasi bergambar bagi PPKI SMKSS di dalam sesi pameran. Murid-murid dan ibu bapa masing-masing, silih berganti memenuhi ruang bilik Showcase ini.
Aktiviti yang lain yang turut diadakan adalah jualan roti dan muffin, keychain, hasil kraf paper mache dan produk Sunlight Aurora Collections.
Hadir sama Puan Sahila Shukor Pengetua Cemerlang SMKSS, bertemu dan memberi kata-kata semangat kepada ibu bapa yang hadir hari ini. Terima kasih puan. Kami terharu puan hadir memberi selautan kasih sayang dan impian kepada pihak ibu bapa dan anak-anak syurga. Moga segala perjalanan dan pelaksanaan yang sedang kita usahakan ini mencapai kejayaan dan memartabatkan anak-anak Samudera. InsyaAllah.
Bagi pihak PPKI, jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang hadir dan bersama-sama mewujudkan kerjasama antara kedua belah pihak dengan lebih erat. Sokongan padu tuan puan terhadap program ini, amat kami hargai.
LAWATAN PENANDA ARAS SMK PASIR GUDANG 2 KE SMK SERI SAMUDERA
TARIKH: 13 OKTOBER 2023, JUMAAT
TEMPAT: SMK SERI SAMUDERA, SERI MANJUNG PERAK
Hari jumaat yang mulia ini, kami warga sekolah menerima kunjungan istimewa barisan guru-guru dari SMK Pasir Gudang 2, Pasir Gudang Johor.
Ketibaan mereka disambut meriah dengan persembahan silat oleh Muhd Soleh murid sindrom Down, Tarian Selamat Datang oleh team tarian PPKI, persembahan kawad oleh pasukan KRS sekolah dan melawat beberapa tempat di sekolah termasuklah Bilik Showcase PPKI SMK Seri Samudera. Beberapa acara penting juga dijalankan di peringkat sekolah.
Sementara itu, seramai sembilan orang murid PPKI yang terlibat bagi acara demonstrasi kraf dan jualan roti serta produk kraf. Tahniah mutiara-mutiara Samudera dan team tarian PPKI atas kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh mereka. Terasa aura positif daripada murid-murid kepada para tetamu yang hadir.
Warga PPKI SMKSS ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekalung budi atas kunjungan muhibah ini. Semoga semua pihak mendapat kebaikan dan manfaat sekaligus berjaya mewujudkan rakan perkongsian jaringan dan jalinan yang lebih kukuh.
KUNJUNG BANTU PELAKSANAAN PBD PENDIDIKAN KHAS OLEH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM (BPK) TAHUN 2023
TARIKH: 12 OKTOBER 2023, KHAMIS
TEMPAT: SMK SERI SAMUDERA, SERI MANJUNG PERAK
Lawatan kunjung bantu oleh Cik Nor Syazana binti Zakaria, Penolong Pengarah Unit Pendidikan Khas Pendengaran , Bahagian Pembangunan Kurikulum Putrajaya pada 12 Oktober 2023 ke Kelas PPKI SMK Seri Samudera. Turut hadir sama ialah Pn. Norazmila binti Ali, Pen. PPD Unit Pendidikan Khas PPD Manjung bagi sama-sama membuat pencerapan kepada dua orang guru dan melihat bagaimana pelaksanaan PBD di bilik darjah.
Kehadiran beliau bertujuan untuk membimbing dan membantu pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi pendidikan khas. Banyak ilmu dan maklumat yang dikongsikan kepada guru-guru pendidikan khas pada hari ini. Semoga pelaksanaan PBD akan dilakukan secara berterusan dari semasa ke semasa.
Cenderahati Beg Jute dari Sunlight Aurora Collection menjadi buah tangan kepada Cik Puan Nor Syazana. Terima atas kehadiran ke SMK Seri Samudera.
PROJEK MEMPERKASA INKLUSIVITI PELAJAR OKU DALAM EKO PELANCONGAN MELALUI SENI VISUAL
TARIKH: 11 OKTOBER 2023, RABU
TEMPAT: TAMAN PAYA BAKAU BANDAR DAN PULIH ART STUDIO, LAKAR LUMUT
Pada 11 Oktober 2023 yang lalu, seramai 10 orang murid, dua orang guru dan seorang pembantu pengurusan murid yang mewakili PPKI SMK Seri Samudera untuk menyertai Projek Memperkasa Inklusiviti Pelajar OKU Dalam Eko Pelancongan Melalui Seni Visual. Projek anjuran Pulih Art Studio dengan kerjasama Laman Karya Lumut - LAKAR.
Kami dibawa melawat ke Taman Paya Bakau Bandar dan kemudian menjalani sesi Kelas Seni Kolaj membuat pokok bakau di Pulih Art Studio, Lumut. Bagi pihak sekolah, sesi lawatan yang dilaksanakan sebegini memberi pendedahan kepada murid-murid PPKI untuk mempelajari dan melihat sendiri bagaimana ekosistem paya bakau, menimba pengalaman baru dan menikmati lawatan sambil belajar dalam bentuk kumpulan kecil.
Manakala bagi siri kelas seni visual pula, ia memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka imaginasi menghasilkan seni kolaj dengan diolah secara kreatif dan unik. Bertepatan dengan PPKI di sekolah SMK Seri Samudera antara tumpuan utama kemenjadian murid dan kebitaraan pendidikan khas dalam karya seni. Satu rezeki dan peluang yang cukup bermakna buat kami semua.
Teruja dengan sokongan Puan Wana dan barisan krew yang tidak putus-putus membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami. Di samping itu, hasil karya yang telah dihasilkan oleh anak-anak istimewa ini tentunya mempunyai kelainan yang tersendiri. Malah, pemandangan laut dan lokasi yang berhampiran dengan jeti Lumut, sambil disajikan halwa telinga nyanyian akustik secara live di LAKAR sepanjang hari, sungguh mendamaikan.
Pulih Art Studio merupakan rakan pelaksana projek Pelancongan Lestari oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam yang dibiayai oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Manjung (MPM).
Fokus utama projek bukan saja mengangkat seni visual dan eko-pelancongan sebagai terapi kepada golongan OKU tetapi turut menjadi titik permulaan dalam menjadikan daerah Manjung sebagai Pusat Kesihatan Pelancongan (Health Tourism Centre).
HARI TERBUKA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MANJUNG TAHUN 2023
TARIKH: 30 SEPTEMBER 2023, SABTU
TEMPAT: AEON MALL, SERI MANJUNG PERAK
Pada hari sabtu yang lepas berlangsungnya Hari Terbuka PPD bagi Tahun 2023. PPKI SMK Seri Samudera berbesar hati dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PPD Manjung kerana sudi menjemput kami bagi menyertai sesi pameran dan jualan di AEON Mall. Terima kasih juga kepada pegawai PPD Manjung kerana sudi hadir dan merasmikan reruai PPKI SMK Seri Samudera.
Pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan antaranya adalah pameran PPKI bagi tiga sekolah yang terpilih iaitu SMK Seri Samudera, SMK Changkat Beruas dan SK Kg. Dato' Seri Kamaruddin. Bagi team PPKI SMK Seri Samudera, kami membawa produk pembuatan roti dan hasil kraftangan Sunlight Aurora Collections, Myzaraliya Collections, produk anyaman tudung saji, akrilik dan Paper Mache. Secara keseluruhan, pameran dan jualan kali ini merupakan yang terbaik sepanjang penglibatan PPKI SMK Seri Samudera dalam sesi pameran. Reruai kami mendapat sambutan luar biasa daripada pihak PPD dan para pengunjung yang hadir. Sekalung penghargaan juga atas sokongan dan kerjasama pihak AEON Mall. Terbaik Manjung!
Terima kasih Pn. Sabarina binti Jamaluddin, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan JPN Perak atas sokongan dan membeli produk PPKI SMK Seri Samudera. Budi puan, kami hargai.
Kehadiran yang dinanti-nantikan Tn Hj. Musa bin Hamid, Pegawai PPD Manjung. Terima kasih, Tuan.
Wajah-wajah ceria anak-anak muda belia
Pengunjung yang terawal hadir dan membeli produk hasil seni Aisyah
Terima kasih En. Shahrul Nizam, Pen. PPD Manjung Unit Sek Men, memberi sokongan kepada PPKI SMK Seri Samudera
Antara produk pembuatan roti KVS dan hasil kraftangan anak-anak istimewa PPKI SMK Seri Samudera
Antara hasil kraf yang dijual pada hari tersebut
Produk Sunlight Aurora Collections dan anyaman reben tudung saji
Terima kasih kepada para pengunjung yang hadir ke reruai kami dan membeli hasil kraftangan anak-anak istimewa PPKI SMK Seri Samudera.
Satu keluarga memberi sokongan dan membeli produk Sunlight Aurora Collections. Terima kasih daripada kami
Antara peminat cilik yang tekun melihat hasil karya Aliya Maisarrah
Jualan beg jute antara hasil produk yang banyak terjual semasa program Hari Terbuka ini
Terima kasih cikgu Zainab sudi membeli produk anyaman tudung saji
Aisyah bercerita dan menerangkan tentang produk beliau kepada Pn. Sabarina
Keluarga PPKI SMK Seri Samudera yang sama-sama turun padang dan memeriahkan Hari Terbuka
Minat sungguh pengunjung ini dengan tudung saji buatan anak-anak PPKI Kefungsian Rendah. Terima kasih sudi membeli dan memberi sokongan
Salah seorang murid PPKI yang hadir bersama ahli keluarga dan membeli produk hasil kraf. Terima kasih tuan dan puan
Awal-awal pagi reruai kami didatangi oleh pegawai-pegawai daripada PPD. Memberi sokongan padu kepada warga pendidikan khas daerah Manjung. Terima kasih, Tuan
VERIFIKASI PENILAIAN ANUGERAH KEPIMPINAN SEKOLAH MENENGAH OLEH JEMAAH NAZIR PERAK
TARIKH: 11 SEPTEMBER 2023, ISNIN
TEMPAT: SMK SERI SAMUDERA, SERI MANJUNG PERAK
PPKI SMK Seri Samudera telah menerima lawatan daripada En. Ahmad Lotpi bin Razali, Ketua Jemaah Nazir Perak dan En. Ahmad Puat bin Taib, Timbalan Ketua Jemaah Nazir serta seorang penolong pengarah dari Sektor Pembelajaran JPN Perak. Turut hadir bersama adalah Pegawai PPD Manjung, Tn Hj. Musa bin Hamid.
Para tetamu dibawa melihat projek kemenjadian murid dan hasil kraf murid-murid pendidikan khas. Aisyah dan Aliya turut berkesempatan membuat penerangan tentang produk seni Sunlight Aurora Collections dan Myzaraliya Collections. Lawatan ini juga bersempena dengan Verifikasi Penilaian Anugerah Kepimpinan Sekolah Menengah Tahun 2023.
Terima kasih atas kunjungan tuan ke kelas Pendidikan Khas. Keprihatinan dan jasa baik pihak tuan amat kami hargai. Terima kasih diucapkan.
Sesi penerangan dan suai kenal bersama murid PPKI Kelas Kefungsian Rendah yang menjalankan projek anyaman dan projek paper mache.
Empat orang murid PPKI yang kini sedang menyiapkan projek penulisan dan buku bergambar masing-masing.
Penerangan buku novel hasil karya Nabilah yang bertajuk The Secret Planet
Sesi penyampaian cenderahati kepada tetamu yang hadir
Pegawai JPN yang bersama-sama hadir dalam verifikasi ini
Aisyah kusyuk bercerita tentang kisah Sunlight Aurora Collections beliau
Tetamu yang hadir teruja dan rasa kagum melihat bakat anak-anak istimewa ini
Murid-murid turut membuat demonstrasi bagaimana kraf anyaman dan paper mache dijalankan
Murid-murid dari kelas KVS memberi penerangan berkaitan dengan projek pembuatan roti mereka
HARI KOKURIKULUM SMK PANGKALAN TLDM
TARIKH: 14 JANUARI 2023, SABTU
TEMPAT: SMK PANGKALAN TLDM, LUMUT PERAK
PPKI SMK Seri Samudera telah mendapat jemputan khas daripada pihak sekolah SMK Pangkalan TLDM bagi membuka reruai dan bersama-sama memeriahkan program sempena Hari Kokurikulum sekolah tersebut.
Pihak kami amat berbesar hati dengan jemputan istimewa ini dan ini merupakan kolaborasi dan kerjasama antara dua sekolah. Terima kasih daun keladi, budi pihak tuan amat kami hargai.
Beg jute menjadi pilihan adik kecil ini
Seorang guru daripada SMKPTLDM yang turut sama menyokong dan membeli produk Aisyah. Terima kasih, cikgu.
Peminat gelang dan keychain produk Sunlight Aurora Collections
Terima kasih kepada para pengunjung yang hadir ke reruai kami dan membeli hasil kraftangan anak-anak istimewa PPKI SMK Seri Samudera.
Ramai pengunjung yang terdiri daripada murid sekolah rendah yang berdekatan, turut hadir memberi sokongan
Tekun Aisyah menyiapkan tempahan lukisan adik kecil ini
Sesi perkongsian dan sembang-santai antara Aisyah dan murid-murid sekolah SMKPTLDM
PENGLIBATAN PPKI SMK SERI SAMUDERA DI PERINGKAT SEKOLAH DAN DAERAH MANJUNG TAHUN 2022:-
LAWATAN VERIFIKASI PENILAIAN PUSAT SUMBER CEMERLANG NEGERI PERAK TAHUN 2022
TARIKH: 29 NOVEMBER 2022
TEMPAT: SMK SERI SAMUDERA, SERI MANJUNG PERAK
PPKI SMK Seri Samudera telah menerima lawatan daripada dua orang pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Perak daripada Sektor Sumber Teknologi Pendidikan iaitu Pn. Azatus Sakhia binti Shakir dan En. Tajaurol bin Hamali bersama-sama beberapa orang pegawai-pegawai USTP PPD Manjung.
Para jemputan dibawa melihat simulasi penggunaan inovasi G-BECA oleh murid-murid pendidikan khas dan hasil karya dan kraftangan PPKI. Aisyah dan Aliya turut berkesempatan membuat penerangan tentang produk seni Sunlight Aurora Collections dan Myzaraliya Collections. Lawatan ini juga bersempena dengan Verifikasi Penilaian Pusat Sumber Cemerlang Negeri Perak Tahun 2022.
Terima kasih atas kunjungan tuan puan ke kelas Pendidikan Khas. Keprihatinan dan jasa baik pihak tuan amat kami hargai. Terima kasih diucapkan.
LAWATAN PENANDAARASAN PROFESIONAL SEKOLAH AMANAH
TARIKH: 25 NOVEMBER 2022
TEMPAT: SMK SERI SAMUDERA, SERI MANJUNG PERAK
SMK Seri Samudera telah menerima kunjungan lawatan daripada SMK Sri Tapah buat pertama kalinya. Lawatan ini diketuai oleh Tuan Pengetua, En Khusaini bersama barisan SLT, ML, SVG dengan diiringi EA LeapEd serta pegawai-pegawai SIP+ PPD Batang Padang.
Untuk itu, bagi pihak PPKI SMK Seri Samudera turut menerima kunjungan mesra SMK Seri Tapah. Mereka dibawa melawat pameran hasil karya dan kraftangan murid-murid PPKI. Turut berlangsung adalah simulasi penggunaan inovasi G-BECA oleh murid-murid pendidikan khas. Sesi perkongsian ilmu, bimbingan inovasi dan perbincangan bagi kedua-dua buah sekolah turut diadakan.
Adalah menjadi satu kebanggaan kami bahawa SMK Sri Tapah merupakan keluarga baharu Sekolah Amanah. Kehadiran mereka cukup dinanti-nantikan dan diraikan dengan tangan terbuka. Semoga SMK Sri Tapah akan terus cemerlang dan berjaya mendapat Akreditasi TTMIP.
Beg jute Sunlight Aurora Collections yang terjual pada hari ini. Terima kasih kepada guru-guru SEMESTA yang sudi membeli dan menyokong produk hasil karya murid pendidikan khas PPKI SMK Seri Samudera.
Kehadiran Yang Berusaha En. Khusaini, Pengetua SMK Sri Tapah (berbaju merah) bersama-sama barisan SLT dan ML.
Kumpulan SVG bersama guru mereka berkesempatan melawat kelas pendidikan khas. Meriah suasana dengan sesi pertanyaan dan perkongsian cerita.
Sesi penerangan dan perkongsian inovasi kepada barisan SLT dan ML yang hadir pada hari ini.
Perbincangan dan perkongsian pengalaman antara kedua-dua buah sekolah.
Setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran para jemputan SMK Sri Tapah. Moga ukhwah dan jalinan perkongsian ini memberi manfaat dan kebaikan kepada semua pihak. Terima kasih daun keladi, moga kita berjumpa lagi,
HARI TERBUKA PPD PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022
TARIKH: 27 OGOS 2022
TEMPAT: PPD MANJUNG, SITIAWAN PERAK
Sekitar suasana program Hari Terbuka PPD yang berlangsung selama dua hari bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya adalah pameran PPKI bagi tiga sekolah yang terpilih iaitu SMK Seri Samudera, SMK Batu Sepuluh dan SMK Tok Perdana. Bagi team PPKI SMK Seri Samudera, kami membawa hasil kraftangan Nur Sakina Aisyah (Sunlight Aurora Collections) dan Aliya Maisarrah (Myzaraliya Collections). Ternyata reruai kami mendapat sambutan dari pihak PPD dan para pengunjung yang hadir. Terima kasih semua.
Keluarga kecil PPKI SMK Seri Samudera
Peminat cilik Aisyah
Pengetua SMK Seri Samudera turut hadir bersama rakan beliau di reruai PPKI
Antara sebahagian rakan-rakan guru dari sekitar daerah Manjung yang turut sama memeriahkan reruai kami pada hari ini.
Penerangan ringkas Aliya kepada En. Mohammad Abadi Ismail dan En. Ahmad Jamalullail Kamaruzzaman tentang lukisan digital yang dihasilkan olehnya
Aliya bergambar bersama Pn Norazmila Ali, Pen. PPD Pendidikan Khas PPD Manjung
Terima kasih kepada para pengunjung yang hadir ke reruai kami dan membeli hasil kraftangan anak-anak istimewa ini.
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH MANJUNG TAHUN 2022
TARIKH: 25 JUN 2022
TEMPAT: DEWAN PERSATUAN KEBAJIKAN WARGA EMAS KG. CINA, SITIAWAN PERAK
Terima kasih kepada pihak semua tetamu yang sudi datang ke reruai kami. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak PPD Manjung atas jemputan sebagai AJK Pameran sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah bagi tahun 2022. Pengalaman yang cukup berharga.
Tetamu VIP berminat dengan hasil produk paper mache dan tudung saji untuk dibawa pulang
Terima kasih sekalung budi kepada tetamu VIP yang sudi menyokong dan membeli hasil produk murid PPKI SMK Seri Samudera
Aisyah membuat penerangan berkenaan flyer Sunlight Aurora Collections
Tudung saji PPKI menjadi pilihan guru ini
Produk key-chain Sunlight Aurora Collections
Para pengunjung yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari PPD dan guru-guru sekitar Daerah Manjung. Terima kasih semua
YB Cikgu Yahaya bergambar dengan pelukis Sunlight Aurora Collections
Pengunjung teruja untuk bergambar dengan Aisyah
Bunting yang berinformasi disediakan bagi memudahkan pengunjung untuk mengetahui kisah karakter Sunlight Aurora Collection
KEBERANGKATAN TUANKU ZARA SALIM KE SEKOLAH AMANAH DAERAH MANJUNG
TARIKH: 25 JUN 2022
TEMPAT: SMK SERI SAMUDERA, SERI MANJUNG PERAK
Keberangkatan Tuanku Zara Salim di kelas pendidikan khas. Lawatan dimulakan dengan melihat pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Seni Kraf Anyaman yang disampaikan oleh Cikgu Hapsah. Tuanku turut menemuramah beberapa orang murid pendidikan khas.
Turut sama hadir ialah Timbalan II Menteri Kanan Pendidikan KPM, Exco Kerajaan Negeri Perak, Tuan Pengarah JPN Perak dan beberapa tetamu dari LeapEd Services dan Yayasan Hasanah
Tuanku sudi bergambar dengan adik Muhammad Izhan Haiqal yang juga adalah seorang murid pendidikan khas yang menghasilkan anyaman tudung saji istimewa khusus buat baginda tuanku.
Tuanku mencemar duli ke reruai PPKI dan beramah mesra bersama-sama murid-murid PPKI iaitu Nursakina Aisyah, Harrish Singh, Mohamad Danial dan Fatin Najwa. Pengalaman yang takkan dilupakan dapat bersama dengan tuanku di majlis ini. Terima kasih pihak sekolah atas kepercayaan kepada kami.
Produk kraf paper mache dan beg jute Sunlight Aurora Collections menjadi pilihan wakil LeapEd Services dan Yayasan Hasanah. Sambutan yang positif daripada pihak mereka. Terima kasih daripada kami.
Cikgu Naimmah membuat penerangan berkenaan dengan produk kraf dan produk pembuatan roti PPKI di reruai pendidikan khas.
Sedutan video dari Berita Harian berkaitan Keberangkatan Tuanku Zara ke SMK Seri Samudera
Reruai PPKI SMK Seri Samudera
Sebahagian daripada hasil kraf dan produk PPKI SMK Seri Samudera
Tudung saji Diraja
Empat orang murid pendidikan khas yang mewakili PPKI SMK Seri Samudera bagi sesi demonstrasi produk kraf
Aisyah menyiapkan lukisan karakter di hadapan para pengunjung
Cikgu Hapsah bersama-sama enam orang murid yang terpilih untuk sesi CLS Sekolah Amanah
Alhamdulillah dan tahniah kepada anda semua. Terbaik PPKI SMK Seri Samudera!
Penafian dan Notis Hak Cipta
Hakcipta © Samudera Arts Studio and Gallery, PPKI SMK Seri Samudera 2022
Hakcipta terpelihara. Semua aspek berkenaan laman portal meliputi tetapi tidak terhad kepada rekabentuk, teks, grafik, aplikasi, perisian, kod sumber dan aspek-aspek lain adalah hakcipta PPKI SMK Seri Samudera dan sekutunya atau penyedia kandungan dan teknologinya. Dengan mengakses laman portal ini sebarang aspek dari laman ini tidak boleh diterbit semula atau dipancarkan dalam sebarang bentuk atau cara, sama ada elektronik atau mekanikal, termasuk fotokopi, rakaman, atau apa jua sistem penyimpanan data dan maklumat tanpa kebenaran bertulis dari pihak SMK Seri Samudera.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang dicapai daripada laman portal ini.