Inovasi Awetopia merupakan satu pendekatan pedagogi digital yang dicipta menggabungkan animasi Stop Motion (storytellling) dan aplikasi permainan interaktif bertemakan pengawetan makanan. Direka khusus untuk meningkatkan pemahaman konsep Sains dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Bermasalah Pembelajaran Tingkatan Dua.
Ahli Kumpulan:
NOR NAIMMAH BINTI OTHMAN
MUHAMMAD RAYYAN RAFIQI BIN ASNOURULZAIMIA
MUHAMMAD HAFIE KARNAIN BIN SHABUDDIN
DANIL HAZEEM BIN ABDUL RAHMAN
OBJEKTIF INOVASI AWETOPIA
Meningkatkan pemahaman konsep pengawetan makanan melalui penggunaan animasi Stop Motion dan permainan interaktif Apps Awetopia.
Mengaplikasikan prinsip UDL dalam reka bentuk pembelajaran untuk memastikan aksesibiliti dan keterlibatan semua murid MBPK tanpa mengira keupayaan mereka.
Menyediakan persekitaran pembelajaran digital yang multimodal bagi memenuhi pelbagai gaya pembelajaran dan keperluan individu murid MBPK.
Inovasi Awetopia
Stop Motion Video
APS AWETOPIA
Aplikasi Permainan Interaktif
Penafian dan Notis Hak Cipta
Hakcipta © Samudera Arts Studio and Gallery, PPKI SMK Seri Samudera 2025
Hakcipta terpelihara. Semua aspek berkenaan laman portal meliputi tetapi tidak terhad kepada rekabentuk, teks, grafik, aplikasi, perisian, kod sumber dan aspek-aspek lain adalah hakcipta PPKI SMK Seri Samudera dan sekutunya atau penyedia kandungan dan teknologinya. Dengan mengakses laman portal ini sebarang aspek dari laman ini tidak boleh diterbit semula atau dipancarkan dalam sebarang bentuk atau cara, sama ada elektronik atau mekanikal, termasuk fotokopi, rakaman, atau apa jua sistem penyimpanan data dan maklumat tanpa kebenaran bertulis dari pihak SMK Seri Samudera.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang dicapai daripada laman portal ini.