Projek Terbaru PPKI SMK Seri Samudera Tahun 2023 - 2024
Guru Pembimbing: Cikgu Nor Naimmah binti Othman dan cikgu Nor Moli Azana binti Ahmad Amin
Pada bulan Oktober 2023, bermula satu projek kebitaraan yang terbaru iaitu Doodle Project Stickers yang melibatkan enam orang murid pendidikan khas dari PPKI SMK Seri Samudera.
Bagaimana idea projek ini mula tercetus?
Dari pemerhatian dan temu bual yang dijalankan ke atas murid-murid ini, didapati bahawa keenam-enam murid ini selalu menconteng dan melakar objek gambar kegemaran di atas kertas atau di dalam buku mereka. Pada waktu lapang atau waktu relief guru, mereka sering kali melukis doodle. Ada di antara mereka sudah mempunyai buku sketch book yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Guru mengamati satu persatu buku tersebut sambil bertanya dan berkongsi cerita dengan murid-murid ini. Selain itu, dapat dikenal pasti bahawa setiap gambar yang dihasilkan mempunyai ciri dan ilustrasi yang tersendiri yang sungguh berbeza dan unik sekali. Dari situlah, idea projek ini mula dibangunkan oleh cikgu Naimmah bersama cikgu Moli Azana.
Projek yang dijalankan ini bermula dengan membuat lukisan mudah dan lakaran asas dahulu. Dan diberikan satu buku melukis sebagai buku rujukan bagi mereka. Keenam-enam murid ini masih diperingkat melukis semula gambar. Proses pengamatan sangat penting pada waktu ini yang membolehkan murid mengecam dan melukis kembali gambar tersebut. Walaupun ada perubahan pada gambar yang dihasilkan, ternyata gambar yang dihasilkan sungguh luar biasa dan kemas.
Pada peringkat seterusnya ialah murid melukis di atas kertas sticker. Diwarnakan dan dikemaskan untuk dijadikan sticker. Peringkat mewarna ini masih di tahap asas dan perlu ditambah baik untuk proses campuran warna. Namun tidak mengapa, kerana ini adalah proses pembelajaran. Maka, sedikit demi sedikit murid akan belajar. Kemudian, sticker dipotong dan digunting mengikut bulatan. Akhir sekali, sticker dimasukkan ke dalam plastik kecil untuk dijual sewaktu pameran yang akan datang.
Walaupun projek ini masih baharu, boleh dilihat mereka teruja dan begitu gembira kerana dapat melukis. Lihatlah wajah-wajah anak-anak ini. Bukankah keupayaan dan kemampuan mereka seperti ini boleh diangkat dan diusahakan dalam bidang kesediaan kerjaya? Sticker dijual dan mampu menambah wang sampingan bagi anak-anak ini. Tentu boleh, bukan.Â
Maka, besarlah harapan kami agar usaha ini dapat diteruskan bagi mencungkil bakat dan potensi murid ke arah memartabatkan pendidikan khas.
Tahniah dan syabas semua. Teruskan anak-anak. Anda semua mutiara Samudera yang bersinar dan akan terus memancarkan cahaya.Â
Kategori: Autisme
Kategori: Kurang Upaya Intelektual
Kategori: Kurang Upaya Intelektual
Kategori: Autisme
Kategori: Kurang Upaya Intelektual
Kategori: Masalah Pembelajaran Spesifik
KEMENJADIAN MURID TAHUN 2024
Kategori: Kurang Upaya Intelektual
Kategori: Masalah Pembelajaran Spesifik
Kategori: Kurang Upaya Intelektual
Kategori: Autisme
Kategori: Autisme
Kategori: Autisme
Kategori: Kurang Upaya Intelektual
Kategori: Kurang Upaya Intelektual
Kategori: Autisme
Anda boleh download templat ini sebagai panduan kepada guru dan ibu bapa. Selamat membuat contengan dan melukis anak-anak 😀
https://docs.google.com/document/d/1XoSinv3FPGhk3BpTNPBDD40CXSsaAIiA0AnaFCXox6g/edit?usp=drive_link
Tahniah dan syabas kepada cikgu Nor Naimmah atas pembentangan Kajian Tindakan sempena Kolokium Pendidikan Negeri Perak Tahun 2024 pada 29 Ogos 2024.
Penafian dan Notis Hak Cipta
Hakcipta © Samudera Arts Studio and Gallery, PPKI SMK Seri Samudera 2022
Hakcipta terpelihara. Semua aspek berkenaan laman portal meliputi tetapi tidak terhad kepada rekabentuk, teks, grafik, aplikasi, perisian, kod sumber dan aspek-aspek lain adalah hakcipta PPKI SMK Seri Samudera dan sekutunya atau penyedia kandungan dan teknologinya. Dengan mengakses laman portal ini sebarang aspek dari laman ini tidak boleh diterbit semula atau dipancarkan dalam sebarang bentuk atau cara, sama ada elektronik atau mekanikal, termasuk fotokopi, rakaman, atau apa jua sistem penyimpanan data dan maklumat tanpa kebenaran bertulis dari pihak SMK Seri Samudera.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang dicapai daripada laman portal ini.