S2_STPM U2020
dengan cadangan skema
Welcome to Sports Science Class
dengan cadangan skema
BAHAGIAN A [30 markah]
Jawab semua soalan.
Tuliskan jawapan pada helaian jawapan yang disediakan.
1 Maklumat mengenai kadar nadi maksimum (KNM) dan kadar nadi rehat (KNR) bagi individu pelbagai umur ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Umur KNM KNR
Farah 20 200 60
Vincent 25 195 74
Kim Chong 25 195 65
Maniam 40 180 70
(a) Hitung kadar nadi Latihan (KNL) berintensiti kerja 80% berdasarkan formula Karvonen bagi Farah dan Maniam [4]
KNL bagi Farah:
KNM = 220 – umur
= 220 – 20
= 200
KNR = 60
Formula Kadar Nadi Latihan (KNL) = [(KNM – KNR) x 0.8] + KNR
KNL untuk intensity 80% = [(200 – 60) x 0.8] + 60
= [140 x 0.8] + 60
= 112 + 60
= 172dsm
KNL bagi Maniam:
KNM = 220 – umur
= 220 – 40
= 180
KNR = 70
Formula Kadar Nadi Latihan (KNL) = [(KNM – KNR) x 0.8] + KNR = KNL
KNL untuk intensity 80% = [(180 – 70) x 0.8] + 70 1
= [110 x 0.8] + 70
= 88 + 70
= 158dsm
(b) Berdasarkan KNL 80% iaitu masing-masing 171 dan 169 bagi Vincent dan Kim Chong, siapakah yang lebih cergas. [1]
Individu yang lebih cergas ialah Kim Chong
(c) Nyatakan tiga sebab bagi jawapan anda di (b). [3]
i. Kim Chong paling cergas kerana Kadar nadi latihan yang lebih rendah
ii. Sistem kardiovaskular bekerja pada daya fisiologi yang lebih rendah untuk menyampaikan darah beroksigen.
iii. Vincent kurang cergas sebab kadar nadi latihan yang lebih tinggi.
iv. Kadar nadi rehat Kim Chong lebih rendah berbanding Vincent.
2 Kepantasan larian seorang atlet pelari pecut dipengaruhi oleh kecergasan fizikal yang berasaskan kepada kesihatan dan kecergasan fizikal yang berasaskan kepada lakuan motor.
(a) Nyatakan dua komponen kecergasan fizikal yang dominan yang dapat meningkatkan kepantasan larian atlet itu. [2]
i. Kuasa otot
ii. Kekuatan otot
(b) Nyatakan tiga jenis aktiviti Latihan yang dapat meningkatkan kepantasan larian pelari pecut itu. [3]
i. Latihan rintangan
ii. Larian dalam air
iii. Larian jeda pecut / jarak dekat
iv. Latihan litar / Larian naik bukit / Latihan Spesifik mengikut jenis permainan / Lari naik turun tangga Latihan pliometrik / High Intensity Interval Training
(c) Butiran tentang aktiviti senaman untuk meningkatkan kepantasan larian atlet itu ditunjukkan dalam jadual di bawah. [2]
Aktiviti Senaman Jarak larian Jeda kerja Jeda rehat
P 100 meter 20 saat 60 saat
Q 40 meter 15 saat 45 saat
(i) Aktiviti senaman yang manakah dapat meningkatkan kepantasan larian atlet itu? [1]
Aktiviti senaman Q
(ii) Nyatakan dua sebab aktiviti Latihan di (b)(i) itu dapat meningkatkan kepantasan larian atlet itu. [2]
i. Jarak larian dekat
ii. Intensiti Latihan adalah tinggi
iii. Masa perlaksanaan aktiviti singkat.
iv. Sistem tenaga anaerobic.
#berikan 2 jawapan sahaja
3 (a) Namakan organel yang terlibat dengan fungsi yang diberikan di bawah. [4]
Fungsi Organel
Mengawal atur proses sel i. ______________________________
Membina lipid dan karbohidrat ii. ______________________________
Memproses protein iii. ______________________________
Menjana ATP iv. ______________________________
i. Nukleus
ii. Endoplasmik retikulum
iii. Ribosome
iv. Mitokondria
(b) Nyatakan tiga fungsi membrane sel. [3]
i. Kebolehtelapan terpilih (selective permeability) membran sel mengawal laluan bahan masuk dan keluar dari sel.
Ia membenarkan molekul tertentu masuk atau keluar sel sambil menghalang yang lain daripada melaluinya.
ii. Komunikasi / Isyarat Sel agar dapat menyelaraskan aktiviti selular:
Membran sel memainkan peranan penting dalam komunikasi sel dengan mengandungi reseptor yang boleh berinteraksi dengan molekul isyarat tertentu.
Komunikasi ini penting untuk menyelaraskan aktiviti selular.
iii. Membran sel membantu pelekatan antara sel yang akan membentuk tisu dan organ.
iv. Perlindungan sel daripada persekitaran luaran dan sokongan bagi mengekalkan bentuk dan struktur sel.
v. Pengenalan Sel (Cell recognition) yang membantu sistem imun membezakan antara sel badan dan penceroboh asing.
vi. Pengangkutan nutrien ke dalam sel dan penyingkiran sisa / bahan buangan daripada sel.
vii. Respirasi Selular: Membran sel menempatkan protein yang terlibat dalam rantai pengangkutan elektron dan sintesis ATP, yang penting untuk penghasilan tenaga selular. pertukaran bahan yang tidak sesuai keluar atau masuk
vii. Bertindakbalas kepada isyarat luar – menghasilkan isyarat baru untuk merangsang / menghalang aktiviti dalaman.
Membenarkan interaksi antara sel – agar bertukar bahan / maklumat
Transduksi tenaga – satu jenis tenaga di tukar kepada jenis tenaga lain
4 Proses pertukaran gas dalam tubuh badan manusia ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah.
(a) Nyatakan jenis respirasi yang berlaku di S dan T. [2]
S : Respirasi luaran
T : Respirasi dalaman
(b) Namakan X, Y, dan Z. [3]
X : Alveolus
Y : Sel darah merah
Z : Tisu
(c) Nyatakan dua cara hemoglobin membantu pengangkutan gas respiratori dalam tubuh manusia. [2]
i. Hemoglobin membantu mengangkut gas oksigen dalam bentuk oksihemoglobin yang bergerak melalui kapilari darah dan dihantar ke tisu badan.
ii. Hemoglobin membantu mengangkut gas karbon dioksida dari tisu ke alveolus dan disingkirkan dari tubuh.
Bahagian B [30 markah]
Jawab dua soalan sahaja
Anda boleh menjawab semua soalan tetapi hanya dua jawapan yang pertama yang akan diperiksa. Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada halaman baharu helaian jawapan.
5 (a) Nyatakan saranan bagi Latihan bebanan untuk meningkatkan daya tahan otot kaki berdasarkan pemboleh ubah frekuensi, intensity, ulangan, set dan jenis senaman. [5]
Frekuensi : 3 sesi seminggu
Intensiti : 60%
Ulangan : 8 ulangan
Set : 3 set
Jenis Senaman : Squat, leg press, latihan pliometrik
(b) Perihalkan lima penyesuaian fisiologi otot hasil daripada Latihan daya tahan otot itu. [10]
i. Pertambahan jaringan kapilari darah pada gentian otot
Lokasi pertukaran bahan antara kapilari darah dan sel.
Kapilari darah hanya setebal satu sel, dan menjadi tapak pemindahan oksigen dan nutrien lain dari aliran darah ke tisu lain dalam badan;
Ia juga mengumpul dan menyingkirkan bahan buangan karbon dioksida.
ii. mitokondria pada gentian otot
Mitokondria dikenali sebagai rumah kuasa sel (power house cell).
Ia adalah organel yang bertindak seperti sistem pencernaan yang mengambil nutrien,
memecah dan menghasilkan molekul yang kaya tenaga untuk sel.
iii. Pertambahan penyimpanan glikogen dalam otot.
Glikogen dihasilkan dan disimpan dalam sel-sel hati dan otot
Ia berfungsi sebagai simpanan tenaga kedua.
Glikogen otot dengan cepat diubah menjadi glukosa oleh sel-sel otot dan glikogen hati yang menjadi glukosa untuk digunakan di seluruh badan.
iv. Peningkatan jisim tulang pada gentian otot dominan.
Tulang padat adalah struktur utama dalam badan untuk sokongan, perlindungan, dan
pergerakan.
Tulang padat juga memberikan tuas mekanikal yang kuat, yang mana otot dapat menghasilkan pergerakan.
Fungsi ini disokong oleh sendi yang dihasilkan oleh tulang spongy dan tisu penghubung,
seperti tendon dan ligamen.
v. Peningkatan kekuatan dan daya tahan otot
Kekuatan otot dapat dicapai dengan menetapkan intensity bebanan tinggi dan ulangan rendah
Daya tahan otot meningkat pada intensity bebanan rendah dan ulangan tinggi.
6 Kulit terdiri daripada beberapa lapisan dan setiap lapisan mempunyai fungsi tertentu.
(a) Nyatakan tiga fungsi kulit manusia. [3]
i. Kulit berfungsi sebagai perlindungan daripada ancaman luar seperti patogen, sinaran UV dan bahan kimia.
ii. Berfungsi sebagai termoregulasi / mengawal atur suhu badan melalui proses perpeluhan dan mengembang atau mengecutkan salur darah.
iii. Kulit berfungsi menghasilkan Vitamin D apabila terdedah kepada cahaya matahari yang penting kesihatan tulang.
(b) Sebahagian daripada lapisan kulit ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah.
Namakan P dan Q dan nyatakan lokasi serta fungsinya masing-masing. [6]
P : Epidermis [1]
Lokasi : Seluruh tubuh [1]
Fungsi : Perlindungan kalis air dan mencipta tona warna kulit. [1]
Q : Dermis [1]
Lokasi : Lapisan kulit antara epidermis dan tisu subkutan. [1]
Fungsi : Menyokong dan melindungi lapisan yang lebih dalam, membantu termologi dan sensasi. [1]
(c) Perihalkan mekanisma penggelongsoran filamen dalam penguncupan otot. [6]
i. Mekanisma penguncupan otot berdasarkan teori pengelonsoran filamen ialah
Pembebasan Asetikolin apabila impuls tiba di persimpangan otot saraf
ii. Kalsium pula akan dibebaskan daripada retikulum sarkoplasma.
Kalsium diikat ke filamen aktin manakala filamen aktin diikat kepada filamen miosin.
iii. Pada ketika itu, miosin menarik filamen aktin menyebabkan filamen miosin terlepas daripada aktin selepas penguncupan.
7 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan homeostasis. [2]
Homeostasis ialah proses mengekalkan keseimbangan faktor fizikal dan kimia di persekitaran dalam tubuh.
Homeostasis merupakan satu mekanisma automatik untuk pengimbangan persekitaran dalaman badan.
(b) Perihalkan lima fungsi urinari. [10]
i. Mengatur jumlah dan komposisi darah seperti natrium, kalium dan kalsium.
ii. Mengawal tekanan darah.
iii. Mengatur homeostasis pH darah.
iv. Menyumbang kepada pengeluaran sel darah merah oleh buah pinggang.
v. Membantu mensintesis kalsitriol (bentuk aktif Vitamin D.
vi. Menyimpan sisa produk (terutama urea dan asid urik) sebelum ia dan produk lain dikeluarkan dari badan.
(c) Nyatakan tiga faktor yang menyebabkan urin berkurangan jika seorang atlet bersenam. [3]
i. Kehilangan air melalui perpeluhan
ii. Kehilangan air melalui pernafasan
iii. Pengambilan ubatan diuretic
iv. Kurang pengambilan air sepanjang latihan