Welcome to Sports Science Class
Bahagian A [30 markah]
Jawab semua soalan.
Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada halaman baharu helaian jawapan.
1. Carta organisasi bagi Kelab Bola Sepak SMK XYZ ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah
(a) Apakah jawatankuasa yang diwakili oleh P dan Q? [2]
(b) Nyatakan satu tanggungjawab utama bagi setiap jawatankuasa yang terdapat dalam carta organisasi di atas. [4]
2 Pemboleh ubah kardiovaskular semasa rehat bagi seorang individu yang sedentari dan seorang individu yang aktif ditunjukkan dalam jadual di bawah.
(a) Mengapakah keluaran jantung bagi individu aktif itu lebih tinggi berbanding individu sedentari walaupun kadar nadi rehat bagi individu aktif itu adalah rendah? [1]
(b) Hitung isi padu strok bagi individu sedentari di atas. [2]
(c) Nyatakan tiga faktor fisiologi yang menentukan tekanan darah bagi seseorang individu. [3]
3 Sistem respiratori manusia ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah.
(a) Nyatakan jenis respirasi yang berlaku di P dan Q. [2]
(b) Nyatakan fungsi respirasi yang berlaku di P dan Q. [2]
(c) Nyatakan dua proses yang berlaku semasa seseorang individu bernafas. [2]
4 Piramid aktiviti fizikal memberi panduan tentang pelbagai jenis aktiviti yang boleh menyumbang ke arah pembentukan kecergasan dan kesihatan seseorang individu.
(a) Dengan merujuk kepada piramid aktiviti fizikal di atas, nyatakan dua pemboleh ubah yang diaplikasikan dalam aktiviti senaman untuk kecergasan. [2]
(b) Nyatakan dua aktiviti yang disarankan untuk dilakukan oleh atlet pada aras empat piramid aktiviti fizikal itu. [2]
(c) Nyatakan dua cara yang digunakan oleh atlet untuk menentukan intensiti latihan pada aras tiga piramid aktiviti fizikal itu. [2]
5 Iskandar adalah seorang atlet muda yang mempunyai berat badan sebanyak 80 kg dengan ketinggian 170 cm. Pemeriksaan komposisi tubuh Iskandar menunjukkan bahawa peratusan komposisi lemak tubuhnya adalah lebih tinggi berbanding peratusan komposisi otot.
(a) Hitung indeks jisim tubuh Iskandar. [2]
(b) Jelaskan dua kesan peratusan komposisi otot yang rendah. [4]
Bahagian B [30 markah]
Jawab semua soalan.
Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada halaman baharu helaian jawapan.
6 Sistem otot rangka yang efisien adalah penting dalam meningkatkan prestasi atlet bagi sukan berbasikal lebuh raya.
(a) Jelaskan dua jenis kontraksi otot yang berlaku semasa berbasikal. [4]
(b) Jelaskan dua ciri bagi setiap fiber otot yang dominan dalam sukan berbasikal itu. [6]
(c) Nyatakan lima adaptasi otot hasil daripada latihan berbasikal yang berpanjangan. [5]
7 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kecergasan fizikal? [3]
(b) Jelaskan tiga rasional kapasiti kecergasan fizikal berasaskan kesihatan perlu didahulukan sebelum memberikan tumpuan kepada kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor. [6]
(c) Jelaskan tiga komponen kecergasan fizikal berasaskan lakuan motor yang perlu dilatih untuk meningkatkan ketangkasan bagi seorang pemain badminton. [6]