Welcome to Sports Science Class
Bahagian A [30 markah]
Jawab semua soalan.
Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada halaman baharu helaian jawapan.
1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan sosialisasi ke dalam sukan? [2]
Sosialisasi ke dalam sukan merujuk kepada proses individu melibatkan diri dalam aktiviti sukan [1] melalui pengaruh persekitaran sosial seperti keluarga, rakan sebaya, sekolah dan media, [2] yang mendorong mereka untuk menyertai dan membentuk minat terhadap sukan.
Individu yang memilih melibatkan diri [1] hasil pengaruh agen-agen sosialisasi [2]
(b) Nyatakan empat faktor ekstrinsik yang mendorong kepada proses sosialisasi ke dalam sukan. [4]
Mendapat sokongan dan galakan daripada ibu bapa.
Pengaruh rakan sebaya.
Pengaruh jurulatih / guru / sekolah.
Pendedahan / liputan melalui media massa (TV, media sosial, internet).
2 Polarisasi dalam sukan menyebabkan dominasi kaum dalam sesuatu permainan.
(a) Nyatakan tiga kesan dominasi sesuatu kaum dalam sukan di Malaysia. [3]
Sukan dikuasai oleh kaum tertentu sahaja.
Kemajuan sukan terhalang.
Bakat kaum lain tidak dapat ditonjolkan
Ketidakseimbangan penyertaan antara kaum dalam pelbagai jenis sukan.
Mengurangkan minat sukan dalam kalangan kaum yang kurang dominan.
Wujudnya pendapat stereotaip kaum tertentu hanya sesuai untuk sukan tertentu.
(b) Nyatakan tiga cara untuk mengatasi dominasi kaum dalam sukan. [3]
Membuka peluang kepada kaum lain.
Memperkenalkan sukan kepada kaum lain.
Menyediakan peluang latihan dan kemudahan sukan secara saksama.
Melaksanakan program pembangunan sukan yang menyasarkan semua kaum.
Memberi pendedahan awal kepada pelbagai sukan di sekolah tanpa mengira kaum.
3 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan risiko? [2]
Pengurusan risiko bermaksud tindakan untuk mengenalpasti risiko dan pelan tindakan sama ada untuk menghindar atau mengurangkan risiko.
Pengurusan risiko merujuk kepada proses sistematik dalam mengenal pasti, menilai, dan mengambil langkah untuk mengurangkan atau mengawal risiko dalam sesuatu aktiviti, terutamanya dalam konteks sukan.
(b) (i) Nyatakan dua kaedah pengurusan risiko yang perlu dilakukan semasa menjalankan aktiviti rekreasi. [2]
Kaedah pengelakan risiko
Kaedah pengurangan risiko
Kaedah pemindahan risiko
Kaedah pengekalan risiko
#Pilih dua sahaja
(ii) Perihalkan kaedah pengurusan risiko yang dinyatakan di (b)(i). [2]
Kaedah pengelakan risiko
Menghapuskan / membatalkan aktiviti berisiko tinggi. Contoh: Membatalkan perlawanan semasa ribut petir.
Kaedah pengurangan risiko
Mengurangkan kemungkinan atau kesan risiko. Contoh: Menggunakan alat pelindung seperti pelindung lutut.
Kaedah pemindahan risiko
Memindahkan tanggungjawab risiko kepada pihak lain. Contoh: Mengambil insurans untuk atlet; bantuan perkhidmatan dari bomba, polis dll.
Kaedah pengekalan risiko
Menerima risiko dengan bersedia menghadapi akibatnya. Contoh: Membenarkan permainan diteruskan dalam keadaan risiko kecil tetapi terkawal.
4 Cikgu Luqman adalah seorang jurulatih yang sering berbincang dengan atlet untuk membuat keputusan tentang taktikal permainan.
(a) Nyatakan gaya kejurulatihan yang dipraktikkan oleh Cikgu Luqman. [1]
Gaya kejurulatihan demokratik.
(b) Nyatakan dua manfaat yang diperoleh atlet apabila Cikgu Luqman mempraktikkan gaya kejurulatihan yang dinyatakan di (a). [2]
Meningkatkan keyakinan diri dan motivasi atlet.
Mendorong pemikiran kritis dan kerjasama dalam kalangan atlet.
(c) Nyatakan satu gaya kejurulatihan yang bertentangan dengan gaya kejurulatihan yang dipraktikkan oleh Cikgu Luqman. [1]
Gaya kejurulatihan autokratik.
(d) Senaraikan dua situasi yang mempengaruhi gaya kejurulatihan Cikgu Luqman. [2]
Tahap kemahiran dan pengalaman atlet.
Umur dan tahap kematangan atlet.
Jenis sukan yang dijalankan (berpasukan atau individu).
5 Farid sedang bersedia untuk melakukan smesy dalam satu permainan badminton. Beliau sempat memerhatikan kawasan yang tidak dikawal oleh lawannya.
(a) Perihalkan satu gaya tumpuan yang sesuai dalam situasi yang dinyatakan di atas. [4]
Gaya tumpuan luar sempit (external narrow) adalah sesuai [1], di mana Farid menumpukan perhatian kepada satu aspek [1] atau kawasan tertentu di gelanggang lawan yang tidak dikawal.
Ini membolehkan dia membuat keputusan cepat dan tepat [1] untuk melakukan smesy ke arah kawasan tersebut dengan sasaran yang jelas. [1]
(b) Perihalkan satu gaya tumpuan yang sesuai yang digunakan oleh pihak lawan untuk menerima smesy Farid itu. [2]
Gaya tumpuan luas luaran (external broad) adalah sesuai, [1] kerana pihak lawan perlu memerhatikan pergerakan Farid, posisi badan, dan arah smesy untuk bertindak balas dengan pantas serta membuat jangkaan terhadap arah datangnya pukulan.
Bahagian B [30 markah]
Jawab semua soalan.
Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada halaman baharu helaian jawapan.
6 (a) Nyatakan tiga tujuan program latihan yang dirangka oleh seorang jurulatih sepak takraw kepada atlet. [3]
Meningkatkan prestasi fizikal dan kemahiran teknikal atlet.
Mempersiapkan atlet untuk menghadapi pertandingan dengan tahap kecergasan optimum.
Mengelakkan risiko kecederaan melalui latihan yang sistematik dan terkawal.
(b) Perihalkan tiga pemboleh ubah yang digunakan oleh seorang jurulatih sepak takraw semasa merancang program latihan itu. [6]
(i) Kekerapan (Frekuensi) Latihan
Merujuk kepada berapa kali latihan dijalankan dalam seminggu.
Contohnya, latihan dilakukan 5 kali seminggu untuk membina konsistensi dan peningkatan prestasi.
(ii) Tempoh (Durasi) Latihan
Menunjukkan berapa lama setiap sesi latihan berlangsung.
Sebagai contoh, sesi latihan dijalankan selama 2 jam setiap kali, termasuk pemanasan, latihan kemahiran, dan penyejukan badan.
(iii) Intensiti (Keamatan) Latihan
Tahap kekuatan atau beban latihan yang diberikan kepada atlet.
Latihan intensiti tinggi digunakan untuk meningkatkan daya tahan dan kekuatan semasa fasa persediaan pertandingan.
(c) Jelaskan tiga fasa latihan utama semasa merancang satu program latihan untuk satu musim pertandingan sepak takraw itu. [6]
Fasa Pra-Musim / Persediaan (Persediaan Umum dan Persediaan Khusus)
Fokus kepada pembangunan asas kecergasan fizikal seperti daya tahan, kekuatan, dan kemahiran asas.
Latihan lebih kepada pembentukan stamina dan teknik permainan.
Fasa Dalam Musim / Pertandingan (Fasa Pra Pertandingan dan Fasa Pertandingan)
Menumpukan kepada peningkatan prestasi, strategi permainan dan kemahiran spesifik sepak takraw.
Latihan dijalankan dengan intensiti tinggi tetapi tempoh yang lebih singkat untuk mengekalkan prestasi dan elak keletihan.
Fasa Pasca-Musim / Transisi (Pemulihan dan Penilaian)
Bertujuan untuk pemulihan fizikal dan mental atlet selepas musim pertandingan.
Melibatkan aktiviti ringan, pemantauan kecederaan, serta penilaian prestasi untuk penambahbaikan musim seterusnya.
7 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan motivasi yang diaplikasikan dalam sukan? [2]
Motivasi dalam sukan merujuk kepada dorongan dalaman atau luaran yang menggerakkan atlet untuk berusaha mencapai matlamat tertentu seperti meningkatkan prestasi, memenangi pertandingan, atau mengekalkan disiplin latihan.
(b) Jelaskan empat peranan motivasi dalam memperbaiki prestasi seorang atlet. [8]
(i) Meningkatkan Komitmen Terhadap Latihan
Atlet yang bermotivasi tinggi akan berlatih secara konsisten dan bersungguh-sungguh, sekali gus membantu meningkatkan prestasi fizikal dan kemahiran.
(ii) Membina Keyakinan Diri
Motivasi membantu atlet percaya kepada kebolehan diri, yang penting semasa menghadapi tekanan pertandingan atau cabaran dalam sukan.
(iii) Mendorong Daya Saing yang Sihat
Atlet bermotivasi cenderung untuk berusaha lebih keras bagi menyaingi pencapaian orang lain atau memperbaiki pencapaian diri sendiri.
(iv) Meningkatkan Fokus dan Ketekunan
Motivasi membolehkan atlet memberi tumpuan penuh terhadap matlamat dan tidak mudah berputus asa walaupun menghadapi kegagalan atau kesukaran.
(c) Nyatakan lima jenis ganjaran ekstrinsik yang dapat mendorong kejayaan seseorang atlet. [5]
Pingat dan trofi pertandingan
Wang tunai atau biasiswa sukan
Penajaan atau sokongan daripada syarikat korporat
Pengiktirafan media atau liputan akhbar
Peluang mewakili negeri atau negara dalam kejohanan besar
"A little progress each day adds up to big results" — Satya Nani