Welcome to Sports Science Class
Bahagian A [30 markah]
Jawab semua soalan.
Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada halaman baharu helaian jawapan.
1 Jadual bagi mikronutrien, unsur, dan fungsi diberikan di bawah.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan mikronutrien? [1]
(b) Nyatakan P, Q, R, dan S. [4]
(c) Mengapakah atlet sering mengalami kekurangan mikronutrien berbanding individu bukan atlet? [1]
2 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kemahiran motor? [2]
(b) Nyatakan empat klasifikasi kemahiran motor yang diperlukan oleh seorang atlet. [4]
3 Seorang atlet lompat bergalah terjatuh semasa melakukan latihan. Penilaian awal menunjukkan atlet itu telah mengalami patah pada tulang radius.
(a) Nyatakan tiga tanda yang dapat dilihat pada bahagian yang tercedera itu. [3]
(b) Nyatakan tiga perkara tidak boleh dilakukan pada bahagian yang cedera itu. ` [3]
4 Seorang atlet remaja telah mengambil satu hidangan makanan satu jam sebelum menjalani latihan berlari sejauh 10 km seperti yang diberikan di bawah.
(a) Nyatakan satu sistem tenaga yang dominan bagi latihan di atas. [1]
(b) Mengapakah hidangan di atas tidak sesuai diambil oleh atlet itu sebelum bersukan? Berikan dua alasan anda. [2]
(c) Sekiranya atlet tersebut tidak mengambil sebarang makanan sebelum latihan, perihalkan proses penjanaan tenaga dari sumber tisu adipos. [3]
5 (a) Nyatakan tiga tanda awal stres haba yang dialami oleh seorang atlet. [3]
(b) Nyatakan tiga strategi yang berkesan untuk mengurangkan risiko stres haba atlet itu. [3]
Bahagian B [30 markah]
Jawab semua soalan.
Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada halaman baharu helaian jawapan.
6 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan pemindahan pembelajaran dalam proses kawalan motor? [1]
(b) Perihalkan tiga jenis pemindahan pembelajaran dalam kawalan motor. [6]
(c) Jelaskan empat ciri pergerakan dalam kawalan motor. [8]
7 Dalam satu pertandingan bola sepak, seorang pemain telah mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) gred ketiga dan tidak dapat meneruskan permainan.
(a) Jelaskan tiga faktor intrinsik yang meningkatkan risiko kecederaan di atas. [6]
(b) Nyatakan lima faktor ekstrinsik yang menyebabkan kecederaan kepada pemain bola sepak itu. [5]
(c) Jelaskan dua cara yang boleh mengurangkan risiko kecederaan di atas. [4]