Welcome to Sports Science Class
(a) mentakrifkan inventori
Inventori adalah jumlah peralatan yang terdapat di dalam bilik / stor simpanan pada waktu-waktu tertentu.
Pemilik atau petugas di bilik simpanan mahupun pengurus sukan perlu mengetahui jumlah peralatan yang ada di rak simpanan atau bahagian simpanan bagi memudahkan menggantikan peralatan yang baru / telah hilang.
Inventori merupakan item untuk membolehkan mana-mana pengurusan atau pentadbiran itu tidak terjejas operasinya.
(b) memerihalkan kepentingan inventori dalam pengurusan stor sukan.
Kepentingan Inventori
Sebelum segala peralatan diganti atau dibeli, pengurus sukan perlu meneliti kepentingan atau keperluan alat-alat.
Inventori peralatan sukan akan dapat:
Membantu pengurus sukan melihat keadaan peralatan yang sebenar sebelum membuat keputusan membeli.
Inventori adalah cara yang terbaik untuk mengelakkan pembaziran pembelian
Mendapat maklumat terkini berkaitan peralatan dalam bilik simpanan secara terperinci dan tepat.
Menjimatkan kos operasi organisasi sukan.
Memastikan operasi / aktiviti sukan seperti latihan berjalan secara berterusan dan optimum.
Memenuhi keperluan organisasi apabila diperlukan.
Mengurangkan risiko kerosakan peralatan jika pengurusan inventori dibuat secara sistematik
Mengelakkan risiko kecederaan atau kemalangan berpunca daripada keadaan peralatan yang tidak selamat digunakan.
Inventori Peralatan
Berupa senarai peralatan yang disimpan untuk kegunaan operasi organisasi
Terdapat 2 jenis inventori :
inventori operasi sukan (peralatan, kelengkapan stadium) jangka hayat alat adalah panjang.
inventori habis guna (supplemen, vitamin, peralatan kecemasan dsbnya)
Individu dalam organisasi yang membantu perjalanan organisasi.
Contoh adalah - kakitangan pengurusan, atlet dan sebagainya.