Desasiswa Indah Kembara dengan jayanya telah menjadi tuan rumah dalam pelaksanaan Anugerah Sanjungan Desasiswa 2023/2024 (ASD) sidang ini dengan bertemakan “Kelestarian”. Acara penuh berprestij ini berlangsung di Eastin Hotel, Pulau Pinang pada 29 November 2024.
Dengan penuh penghormatan, pihak Majlis Yang Dipertua Majlis Penghuni Desasiswa ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mantan Majlis Penggawa atas segala jasa, bakti, dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Pada 11 Januari 2025, Parlimen Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (PM USM) telah bersidang bagi Siri 1 SA 2024/2025 bagi memperkukuh peranan sebagai platform utama dalam membawa suara mahasiswa serta memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan warga kampus.
USM KUBANG KERIAN, 19 Januari 2025 - Sukan Antara Desasiswa (SUKAD) Fasa 1 kembali menghangatkan semangat kesukanan di kalangan desasiswa-desasiswa utama Universiti Sains Malaysia (USM).
USM INDUK, 28 Februari 2025 - Barisan kepimpinan Majlis Yang Dipertua (MYDP) USM telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Sains Malaysia.
GEORGETOWN, PULAU PINANG, 13 Mac 2025 – Majlis Yang Dipertua Majlis Penghuni Desasiswa (MYDP MPD) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) telah berganding bahu untuk menyantuni kakitangan perkhidmatan awam yang bertugas pada syif malam di sekitar Pulau Pinang melalui Program Sahur On The Street.
GEORGETOWN, PULAU PINANG, 13 Mac 2025 – Barisan kepimpinan Majlis Yang Dipertua (MYDP) USM berkesempatan menyertai program Kembara Ramadan 2025 bersama YB Menteri Pendidikan Tinggi, bertempat di Universiti Sains Malaysia.
USM PULAU PINANG, 17-19 Februari 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan Perutusan Naib Canselor bagi tahun 2025 yang disampaikan oleh Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed di ketiga-tiga kampus.
USM, PULAU PINANG 16 April 2025 :- Sambutan Hari Raya Perdana anjuran Majlis Penghuni Desasiswa 2025 telah berlangsung dengan cukup meriah di Dewan Utama Desasiswa Universiti Sains Malaysia.
USM KUBANG KERIAN, 2 Mei 2025 - Sukan Antara Desasiswa (SUKAD) Fasa 2 kembali menghangatkan semangat kesukanan di kalangan desasiswa-desasiswa utama Universiti Sains Malaysia (USM).
USM PULAU PINANG, 11 Mei 2025 – Debat Piala Naib Canselor (DPNC) 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gilang gemilang pada malam kemuncak yang berlangsung di Dewan Pelinggam Cahaya, Pusat Pengajian Seni, Kampus Induk Universiti Sains Malaysia.
USM PULAU PINANG, 11 Mei 2025 :- Hari terakhir Sukan antara Desasiswa Fasa III sidang akademik 2024/2025 yang telah berlangsung selama 3 hari di kampus induk Pulau Pinang melabuhkan tirai penutupannya bertempat di Kompleks Sukan Azman Hashim petang tadi.
USM PULAU PINANG, 29 Mei 2025 :- Bertemakan “Legenda”, pentas akhir gelanggang Sayembara Warisan Pantun (SANTUN) 2025 anjuran penuh oleh Majlis Penghuni Desasiswa Aman Damai (MPDAD) menyaksikan pertembungan dua pasukan hebat iaitu Desasiswa Bakti Fajar Permai USM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM, (Kumpulan B)) yang berlangsung di Balai Pese’ban Agung, Pusat Pengajian Seni, USM pada 25 Mei 2025 baru-baru ini.
USM, PULAU PINANG, 23 Mei 2025 :- Pembukaan pesta sukan berprestij USM, Temasya Olahraga Tahunan (TOT) Kali Ke-48 berlangsung meriah malam tadi dalam suasana nyaman penuh gemilang.
NIBONG TEBAL, 14 JUN 2025 – Penganjuran Festival Musabaqah Al-Quran (FMQ) 2025, yang diadakan di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat dalam seni Al-Quran, tetapi juga memperkukuh perpaduan mahasiswa dalam menghayati nilai-nilai Islam selari dengan pembangunan Insan MADANI.
KOLEJ kediaman universiti bukan sekadar tempat berteduh bagi mahasiswa, tetapi lebih daripada itu. Ia merupakan sebuah ruang pembentukan sahsiah, pembangunan kepimpinan, dan wadah melahirkan generasi berilmu yang seimbang dari segi akademik serta peribadi.
MYDP KONGSI ARTIKEL BERSAMA MALAYSIA GAZETTE