Desasiswa Indah Kembara dengan jayanya telah menjadi tuan rumah dalam pelaksanaan Anugerah Sanjungan Desasiswa 2023/2024 (ASD) sidang ini dengan bertemakan “Kelestarian”. Acara penuh berprestij ini berlangsung di Eastin Hotel, Pulau Pinang pada 29 November 2024.
Anugerah ini telah berjaya meraih perhatian daripada Majlis Penggawa dan Majlis Yang Dipertua Majlis Penghuni Desasiswa Universiti Sains Malaysia, sekali gus mencerminkan komitmen teguh dalam mengangkat prestasi serta kecemerlangan komuniti Desasiswa.
Bersama-sama kita meraikan usaha dan dedikasi yang membawa kegemilangan dan semoga ia menjadi pendukung semangat buat semua ahli MPD agar dapat meningkatkan kualiti jati diri pelajar Universiti Sains Malaysia.
Majlis Yang Dipertua Majlis Penghuni Desasiswa
Sidang Akademik 2024/2025
Universiti Sains Malaysia