PROSEDUR MENDAPATKAN PERKHIDMATAN MWECKSCC
PROSEDUR MENDAPATKAN PERKHIDMATAN MWECKSCC
Langkah 1 : Waris @ penjaga menghubungi pihak Mweckscc untuk merujuk isu yang dialami oleh klien.
Langkah 2 : Waris @ penjaga bertemu dengan pihak Mweckscc untuk konsultasi awal isu klien. Konsultasi awal dijalankan selama 1 jam. Konsultasi bersama waris boleh dijalankan melalui online (sekiranya jauh luar dari KL, Selangor). Konsultasi awal ini memberi fokus :-
(1) Latar belakang isu klien secara terperinci termasuk sekiranya ada rujukan dari pihak hospital.
(2) Pemberitahuan berkaitan pakej perkhidmatan yang disediakan untuk dipilih oleh klien.
Langkah 3 : Waris @ penjaga serta klien berbincang dalam masa 1 minggu samada untuk meneruskan perkhidmatan atau sebaliknya. Mohon lakukan solat hajat dan istikharah khusus bagi mengukuhkan hati untuk mendapatkan khidmat kepakaran Mweckscc.
Langkah 4 : Sekiranya waris @ penjaga dan klien telah bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan pakar kami, akan menyusul perbincangan lanjut. Sebut harga dikeluarkan kepada klien untuk persediaan diri klien.
Langkah 5 : Waris @ penjaga @ klien melakukan deposit awal untuk komitmen sesi.
Langkah 6 : Klien hadir ke sesi Coaching Kesejahteraan Emosi dan dibimbing oleh pakar Mweckscc. Klien akan melaksanakan solusi yang telah dirinya persetujuan untuk dilaksanakan dalam masa 40 hari (self improvement). Sesi follow up percuma diadakan selepas 40 hari (self commitment ) klien. KOMITMEN dan KERJASAMA KLIEN SANGAT PENTING BAGI MENJAYAKAN SESI.
Langkah 7 : Setelah selesai sesi Coaching Kesejahteraan Emosi, waris @ penjaga @ klien melaksanakan baki bayaran perundingan dan laporan sesi akan dikeluarkan dalam masa 7 hari.