Dengan ini, pihak admin Mweckscc mengeluarkan kenyataan rasmi bertarikh 23/07/2024 bahawa sekiranya orang awam di Malaysia mendapat apa-apa mesej atau pesanan ringkas dengan nada seperti ini "Assalamualaikum, tuan/puan/ustaz, maaf la ganggu. menurut maklumat yg saya terima, tidak boleh digunakan sijil SKM pakar rujuk industri perkhidmatan sokongan kaunseling (teknikal dan admin) tersebut, kerana pihak SKM telah membatalkan Sijil SKM tersebut. Jika tersebar, pihak lembaga kaunselor malaysia boleh menyaman individu terbabit. Saya sbg kaunselor berdaftar dengan lembaga kaunselor malaysia & pembekal latihan lembaga kaunselor malaysia, menasihati agar maklumat che qiim dalam mana2 siaran dirinya samada dalam wasap, website dan sebagainya untuk menggugurkan maklumat tersebut. Sy sampaikan ini sebelum pihak LKM ketahui hal ini.", SILA RUJUK TERUS KE PIHAK MWECKSCC. Ini kerana maklumat sahih berada ditangan kami. Dan, tindakan undang-undang boleh diambil kepada individu yang menyebarkan pesanan ringkas yang tidak tepat dan boleh ditafsirkan sebagai menimbulkan keraguan awam terhadap orang yang kompeten dan telah diiktiraf kelayakannya oleh agensi kerajaan.
Untuk pengetahuan awam, peneraju Mweckscc merupakan orang yang kompeten melaksanakan kerja-kerja teknikal dan pentadbiran bagi urusan membangun pusat operasi terapi kesihatan mental yang diusahakan sendiri. Selain itu, peneraju Mweckscc juga merupakan seorang terapis dan pakar runding kesihatan mental forensik. Bidang kerjaya peneraju Mweckscc berfokus kepada sains forensik kesihatan mental bagi mereka yang mengalami isu kesihatan mental khusus berpunca di workplace. Mweckscc tidak melaksanakan kerja-kerja kaunseling kerana kami tahu bahawa hanya yang layak melaksanakan kaunseling adalah pengamal kaunseling yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM).
Dengan kompetensi seorang pakar terlatih, maka pengalaman dan kepakaran peneraju Mweckscc diiktiraf pada tahun 2021 melalui Pensijilan Kemahiran Malaysia (PSKM), Kod Bidang CC-021-3 : 2016 Perkhidmatan Sokongan Kaunseling (Teknikal & Pentadbiran) yang melaksanakan kerja-kerja teknikal & pentadbiran pusat operasi kaunseling , terapi. BIDANG SKM INI BUKAN MELAKSANAKAN KAUNSELING @ MENJADI SEORANG KAUNSELOR SEPERTI YANG DISALAH TANGGAP OLEH SEBILANGAN MEREKA YANG TIDAK MEMAHAMI & TIDAK BERPUASHATI DENGAN SIJIL SKM YANG DILAKSANA DAN DIKELUARKAN OLEH PIHAK JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN MALAYSIA (JPK).
Taarif perkhidmatan sokongan kaunseling (teknikal & pentadbiran) membawa maksud sokongan atau bantuan untuk menjalankan kerja-kerja teknikal dan pentadbiran sesebuah pusat operasi kaunseling-terapi. Ia lebih menjurus kepada pengoperasi.
Taarif ini jauh berbeza dengan makna perkhidmatan kaunseling. Perkhidmatan kaunseling hanya boleh ditawarkan oleh kaunselor yang bertauliah dan berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM). Contoh perkhidmatan kaunseling adalah seperti kaunseling individu, kaunseling kelompok, kaunseling kekeluargaan dengan menggunakan prinsip-prinsip serta teori kaunseling.
Maka, kedudukan peneraju Mweckscc di dalam bidang kepakarannya adalah diletakkan dilajur perkhidmatan sokongan kaunseling (teknikal & pentadbiran) yang melaksanakan kompetensi terhadap kerja-kerja pengoperasian. Kerana itu, pengalaman dan kepakaran peneraju Mweckscc diiktiraf melalui Pensijilan Kemahiran Malaysia khas untuk teknikal dan pentadbiran & layak diiktiraf sebagai Pakar Rujuk Industri Bidang Perkhidmatan Sokongan Kaunseling (Teknikal & Pentadbiran) seperti layaknya beliau menerima anugerah Succesful People In Malaysia, dari BritishPedia United Kingdom (UK) dalam bidang kepakaran unik dan anugerah Bumiputera Business Excellence Awards (BBEA) bagi kategori Emerging Brand WellBeing Center. Pakar Rujuk Industri Berbeza Dengan Pakar Rujuk Akademik.
Satu laporan polis telah dibuat bagi melindungi kredibiliti peneraju Mweckscc selaku penerima Sijil Kemahiran Malaysia yang sah dikeluarkan oleh JPK pada tahun 2021 bagi kod bidang CC-021-3 : 2016 sebelum Noss bidang ini dibekukan pelaksanaannya serta merta oleh pihak JPK pada tahun ini (2024) tanpa mendapat maklumbalas "bekas graduan SKM JPK CC-021-3:2016". Untuk pengetahuan awam, peneraju Mweckscc tidak mengganggu mana-mana pihak di dalam industri menolong orang secara profesional malah menjalankan aktivitinya dengan kapasitinya tersendiri. Jangan terkejut sekiranya anda mendapat apa-apa panggilan atau pesanan ringkas melalui wasap atau emel yang cuba untuk memburuk-burukkan imej peneraju Mweckscc melalui apa cara sekalipun. Ingatlah, apa yang cuba dilakukan oleh segelintir orang diluar sana terhadap peneraju Mweckscc akan memakan dirinya kembali dengan keizinan Allah s.w.t. Orang yang cuba mengganggu peneraju Mweckscc adalah orang yang ditaarifkan sebagai individu yang telah hilang keupayaan dan kebolehan diri serta menganggap peneraju Mweckscc sebagai ancaman besar dalam industri perkhidmatan menolong orang secara profesional. Inilah realiti yang sedang berlegar diluar sana yang ingin menampakkan peneraju Mweckscc bukan orang yang kompeten di dalam membantu orang secara profesional.
Sekiranya mana--mana pihak yang tidak berpuashati dengan pengiktirafan kepakaran peneraju Mweckscc, silkan hadir ke pejabat operasi kami di Kscc Jeram untuk proses kecelikan akal dan hati budi.
Sekian, terima kasih.
*Untuk makluman awam, selepas peneraju Mweckscc mengambil Sijil SKM Bidang Perkhidmatan Sokongan Kaunseling (Teknikal & Pentadbiran) 2021, Pelaksanaan Bagi Noss Bidang Ini Baru Sahaja Dibekukan ( 2024 ) Oleh Pihak Jabatan Kemahiran Malaysia (JPK) Atas Aduan Individu Yang Tidak Bertanggungjawab. Pihak Mweckscc sedang menunggu jawapan sahih dari pihak JPK berhubung keabsahan (validity) sijil SKM yang telah diterima oleh pengasas Mweckscc dan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Singkirkan Hasad Dengki, Lonjakkan Kapasiti Diri Demi Manfaat Ummah !
Laman website JPK : https://www.dsd.gov.my/index.php