RUU TVET 2026: Menyusun Semula Naratif Profesionalisme Insan
dan Integriti Industri Kesihatan Mental Di Malaysia Dalam Kerangkas Masa Hadapan
Kuala Lumpur, 10 Oktober 2025 – Dalam pembentangan Belanjawan 2026, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan akan memperkukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui penggubalan Rang Undang-Undang TVET serta peningkatan peruntukan kepada RM7.9 bilion berbanding RM7.5 bilion tahun lalu. Inisiatif ini mencerminkan hasrat nasional untuk melahirkan tenaga mahir bertaraf global dalam bidang berkeutamaan tinggi di Malaysia.
Langkah ini seiring dengan pendekatan pengiktirafan kemahiran sebenar di lapangan (competency-based recognition) seperti yang diamalkan di negara maju seperti Jerman, Australia dan Korea Selatan, di mana profesional industri yang berpengalaman diiktiraf setaraf akademik.
Mengiktiraf Profesionalisme Industri
Sektor Human Health & Social Services kini berada dalam arus perdana TVET melalui kod standard NOSS seperti Q869-006-3:2024 (Hypnotherapy) serta beberapa submodul seperti Wellness Facilitation, Community Care Services dan Industrial Stress Management. Ini menandakan bahawa pengamal kesihatan mental industri bukan lagi golongan “self-claim”, tetapi kini diiktiraf secara rasmi sebagai pakar kompeten bertauliah industri.
Dalam konteks ini, Che Qiim, sebagai pengasas Mental Wellness Ecotourism Center Malaysia (MWECKSCC), telah lama menggerakkan model latihan Industrial Mental Health Forensic (Workplace & Community) — menggabungkan sains neuro-kognitif, aplikasi psikologi forensik, dan nilai spiritual Islami. Pendekatan ini terbukti berkesan dalam menangani isu tekanan kerja, konflik organisasi, serta pemulihan komuniti pasca-trauma di seluruh negara. Beliau juga mempunyai kelayakan industri melalui Malaysian Skills Certificate (SKM : Tahap 3) dalam bidang perkhidmatan sokongan kaunseling (teknikal & pentadbiran) di dalam kerja-kerja kompetensi membangunkan pusat operasi kaunseling-terapi kesihatan mental industri yang diusahakannya sejak 2010 sehingga mendapat kepercayaan pihak agensi dan organisasi. Terkini, beliau sedang menyiapkan Malaysian Skills Certificate dalam bidang kepakaran khusus iaitu Hipnoterapi (Tahap 3) dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.
Menolak Naratif Lapuk dan Fitnah Akademik
Kenyataan-kenyataan yang mempertikaikan keabsahan pakar industri bertauliah tanpa memahami dasar TVET baharu kini dianggap tidak selaras dengan arah reformasi negara. Tuduhan bahawa seseorang pengamal tiada “kelayakan profesional dan latihan klinikal” sebenarnya bercanggah dengan falsafah TVET — yang mengiktiraf pelbagai bentuk kepakaran berdasarkan kompetensi sebenar, bukan semata-mata ijazah akademik.
Cadangan RUU TVET 2026 membina jambatan baharu antara dunia akademik dan dunia industri, agar tiada lagi ruang untuk fitnah, intimidasi atau stereotaip terhadap pengamal profesional lapangan yang sah di sisi undang-undang dan diiktiraf melalui NOSS.
Kesimpulan
Seiring dengan peruntukan RM45 juta yang diumumkan untuk pengembangan TVET Digital & AI melalui Program IPT@Komuniti, Malaysia kini menegaskan bahawa pendidikan bukan lagi milik menara gading semata-mata, tetapi hak semua insan berilmu dan berbakti.
MWECKSCC berdiri seiring dengan visi kerajaan — menjadikan kesejahteraan mental sebagai aset ekonomi negara, serta memperkukuh integriti profesional industri kesihatan mental di Malaysia dan rantau ASEAN.
#RUUTVET2026 #MWECKSCC #TVETMalaysia #CheQiim #JPKMalaysia #NOSS #HumanHealth #WellnessIndustry #EkonomiInsan #ForensikTempatKerja #RUUTVETGlobal #IntegritiProfesional