Bertempat di sebuah dewan di utara, telah berlangsung Kursus Kapsul Terapi Emosi Diri yang melibatkan kakitangan sebuah agensi. Kursus ini dikendalikan oleh Pakar Runding Kesihatan Mental Forensik, MWECKscc. 3 hari 2 malam memberikan kesan mendalam kepada peserta. Mereka belajar seoptima mungkin akan hal ehwal terapi pengurusan tekanan, anxiety, kemarahan diri dan sebagainya. Merasai sendiri bagaimana menggunakan terapi kesihatan mental untuk meredakan emosi negatif diri yang sering mengganggu prestasi kerja dan kehidupan mereka. Syabas dan tahniah kepada anda semua.
"CHE QIIM, pengisian kursus ini tepat kepada kami. Apa yang disampaikan sememangnya realiti yang sedang berlaku di tempat kerja kami. Kedapatan pekerja di organisasi kami sudah mengalami BURN OUT", ujar salah seorang peserta bagi Kursus Terapi Minda (MENANGANI BURN OUT DI TEMPAT KERJA). Seramai 30 orang kakitangan agensi ini telah mendapat FAEDAH yang MAKSIMUM di dalam pengisian yang super ini. Mereka telah menjalani Ujian Saringan Minda Sihat dan juga Inventori Burn Out bagi menilai tahap stres, anxiety, depresi dan burn out diri mereka di tempat kerja. Semoga ilmu yang disampaikan menjadi asbab diri peserta bertambah sihat mental di tempat kerja secara jangka panjang. Tahniah !
26/10/2022 (Rabu) menjadi titik tolak seterusnya kerjasama antara penyelidik universiti dengan pihak industri (Mental Wellness Ecotourism Malaysia (MWECKscc) & Ben Fadzil Hypnosis-Hypnotherapy School (BHHS) bagi menjayakan kajian khusus di bidang kesihatan mental. Insyallah, ianya bakal memberikan manfaat pada warga kerja organisasi kerajaan, swasta mahupun agensi GLC di Malaysia. Tahniah kesemua team yang terlibat !
02/09/2022 bertempat di Dewan Ibnu Al-Jazari telah berlangsung program kesihatan mental murid. Pakar Runding Kesihatan Mental Forensik dan pelatih TKM MWEC terlibat secara langsung bagi menyampaikan ilmu kesihatan mental kepada para pelajar. Kedapatan para pelajar yang mengalami gangguan tidur, anxiety yang boleh menjejaskan prestasi pembelajaran mereka. Pelbagai pertanyaan yang diluar jangka telah diajukan kepada pakar MWEC. Semoga program ini menjadi EYE OPENER kepada seluruh pelajar dan pendidik institusi ini.
14/10/2022 bertempat di Mental Wellness Ecotourism Center Malaysia (MWECKScc) telah berlangsung pengisian Penjagaan Kesihatan Mental Bagi Pendakwah (Siri 1) secara ONLINE. Pakar Runding Kesihatan Mental Forensik MWEC telah dijemput untuk memberikan ceramah kepada para pendakwah Negeri Sabah dan Sarawak. Pengisian secara interaktif dua hala menjadi fokus utama bagi memastikan isi kandungan ilmu dapat difahami oleh para pendakwah. Syabas kepada kesemua pendakwah yang kekal sehingga ke akhir program walaupun secara atas talian !.
Bertempat di Negeri Sembilan, telah berlangsung latihan kemahiran Kapsul Terapi Emosi Untuk Kesihatan Mental Di Tempat Kerja dibawah kendalikan pakar kami. Kebanyakan para peserta tidak pernah didedahkan ilmu pengurusan mental di tempat kerja secara praktikal. Dengan bimbingan pakar kami, para peserta dapat mengenali, memahami dan mengaplikasi terapi kesihatan mental kepada diri samada di tempat kerja mahupun untuk kehidupan diri. Semoga ilmu yang dibekalkan ini memberikan manfaat kepada seluruh kakitangan organisasi ini dengan impak optima!
Mengurus Masalah adalah suatu keseronokan. Kepada pekerja yang menganggap bahawa masalah di tempat kerja adalah satu masalah, maka keseronokan bekerja menjadi semakin hari semakin berkurangan. Tiada lagi rasa untuk membuat kerja dengan rasa seronok. Murung di tempat kerja, sentiasa sedih, hiba dan rasa diri tidak dihargai oleh majikan boleh menyumbang kepada penurunan prestasi kerjaya dan kehidupan. Kerana itu, pakar kami telah dijemput ke sebuah organisasi swasta untuk berkongsi ilmu keseronokan mengurus masalah. Input yang padat dan dapat membuka ruang minda pekerja untuk lebih menghargai kesihatan akal dan nyawa diri di tempat kerja. Syabas dan tahniah kepada penganjur!
19/10/2022, bertempat di Pejabat Urusan YADIM Pulau Pinang telah termetrai jalinan kerjasama industri di antara pihak MWEC Malaysia dengan YADIM Pulau Pinang di dalam bidang CARE & COMMUNITY (DAKWAH KESIHATAN MENTAL).
Dakwah Kesihatan Mental masih lagi baharu pada diri seorang pendakwah. Pendakwah masa kini bukan hanya memerlukan kemahiran berdakwah yang telah sedia ada, namun memerlukan kepada kemahiran membantu memulih kesihatan mental-emosi mad'u. Kerana itu MWECKScc dicari orang mahupun organisasi kerana kepakaran khusus dilapangan kesihatan mental. Tahniah atas kerjasama mengembang ilmu kepada komuniti Malaysia. DAKWAH KESIHATAN MENTAL SATU KEWAJIPAN.
TERAPIS KESIHATAN MENTAL PROFESIONAL (1 TAHUN)
Menjadi Usahawan Terapis Kesihatan Mental Profesional di bawah bimbingan MWECKscc adalah sesuatu yang luar jangkauan dari biasa. Anda dilatih secara intensif menguasai ilmu TeRAS (Terapi Rahsia Sihat Mental) dan yang berkaitan dengan kesihatan mental terkini.
Program pembelajaran profesional ini tidak ditawarkan oleh mana-mana universiti tempatan dan ianya hanya ditawarkan di bawah Pusat Pelancongan Kesejahteraan Mental (MWEC). Program ini mengikut Standard Kemahiran Kerjaya Baharu (SKKB,CQTC) dan merujuk juga kepada Sistem Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) agar selari dengan kehendak industri di bidang Care & Community.
Pelatih TKM MWEC dilatih secara profesional untuk menguasai 30% TEORI dan 70% AMALI sehingga menjadi usahawan di bidang ini dan dapat membuka pusat terapi tersendiri. USAHAWAN TERAPIS SATU KEPERLUAN MASA DEPAN bersama PAKAR KAMI mulai SEKARANG !
Bertempat di Ibu Pejabat, MWEC) Malaysia telah lahir pasukan Coach Kesihatan Mental (CKM) terlatih dibawah bimbingan Che Qiim Training & Consultancy selaku pakar di bidang kesihatan mental forensik. Mereka merupakan golongan usahawan yang melibatkan diri secara serius di bidang Care & Community. Pembelajaran yang menjangkau hampir 1 tahun mengajar mereka erti kesabaran menuntut ilmu CKM.
Pengalaman demi pengalaman dikongsi kepada pelatih bagi memantapkan ilmu dan kemahiran sebagai seorang Coach Kesihatan Mental. Silibus pembelajaran mengikut Standard Kemahiran Kerjaya Baharu (SKKB) yang dibangunkan oleh Che Qiim Training & Consultancy dengan merujuk kepada keperluan NOSS (National Occupational Skills Standards (NOSS).
Apa yang menarik disebalik pembelajaran CKM ini adalah para pelatih dibekalkan ilmu dan kemahiran coaching & terapi kesihatan mental secara 70% Amali & 30% Teori. Para pelatih boleh terus mengamalkannya dilapangan kerjaya masing-masing. Hasil daripada pembelajaran CKM ini, para pelatih dapat membina perniagaan mereka di dalam bidang kesihatan mental. Para pelatih berpeluang untuk ke Persijilan Kemahiran Malaysia (Tahap 3) bagi Perkhidmatan Sokongan Kaunseling (Teknikal & Pentadbiran). Ruang dan peluang ini terbentang luas dibawah MWEC MALAYSIA.