🏛️ KENYATAAN MEDIA RASMI TERKINI MWECKSCC
Mental Wellness Ecotourism Center Malaysia (MWECKSCC)
Tarikh: 10 Oktober 2025
Tarikh: 10 Oktober 2025
KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2025 – Mental Wellness Ecotourism Center Malaysia (MWECKSCC) mengambil maklum mengenai isu saman sivil yang sedang berjalan di Mahkamah Seksyen Kajang melibatkan pengasas pusat ini. Proses undang-undang berkenaan sedang dikendalikan sepenuhnya oleh barisan peguam Plaintif mengikut saluran perundangan yang sah. Defendan kini telah memasukkan kehadiran (Appearance) secara rasmi bagi tindakan ini.
Tindakan guaman ini berpunca daripada kenyataan bertulis yang dibuat oleh defendan seorang individu berlatarbelakangkan akademik (klinikal psikologis) di platform media sosial, yang menimbulkan salah faham dan kekeliruan terhadap kelayakan serta pengiktirafan profesional Pengasas MWECKSCC.
Kenyataan tersebut berunsur fitnah kerana menyentuh keabsahan peranan dan kompetensi seorang pengamal industri kesihatan mental forensik (workplace & community) yang beroperasi di bawah lajur industri serta mempunyai kelayakan khusus (nasional & antarabangsa).
Sehubungan itu, pihak MWECKSCC menghormati proses kehakiman dan tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung butiran kes tersebut sehingga keputusan rasmi diumumkan oleh Mahkamah.
Walau bagaimanapun, MWECKSCC ingin menegaskan pendirian organisasi bahawa fitnah, salah maklumat dan intimidasi terhadap pengamal industri yang sah bertauliah, dan diakui di peringkat antabangsa adalah tindakan yang tidak beretika dan boleh menjejaskan reputasi sektor kesihatan mental industri serta pembangunan tenaga kerja negara.
Sebagai sebuah pusat latihan industri yang memfokuskan kepada bidang Industrial Mental Health Forensic (Workplace & Community), Human Wellness, dan Eco-Tourism MWECKSCC menyambut baik langkah kerajaan untuk menggubal Rang Undang-Undang (RUU) TVET 2026 sebagaimana diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2026 baru-baru ini.
RUU ini bakal memperkukuh sistem pengiktirafan kemahiran sebenar rakyat Malaysia dalam pelbagai bidang termasuk kemahiran insaniah, terapi alternatif, pembangunan komuniti dan khidmat kesihatan mental, selaras dengan aspirasi Dasar Kesihatan Mental Negara .
MWECKSCC berdiri teguh menyokong kerjasama strategik antara kerajaan, agensi TVET, institusi pendidikan dan pusat latihan komuniti bagi membina tenaga kerja profesional yang bukan sahaja mahir secara teknikal, tetapi juga seimbang dari segi kesejahteraan emosi dan nilai kemanusiaan.
Kesedaran Industri dan Nilai Precedent
Kes ini turut dianggap penting kerana menjadi antara kes preseden pertama di Malaysia yang melibatkan pertikaian berkaitan kelayakan dan keahlian profesional dalam bidang kesihatan mental industri (workplace & community).
Keputusan dan hasil kes ini dijangka memberi panduan penting kepada komuniti pengamal industri, agensi kerajaan, serta institusi akademik dalam memperkukuh garis panduan etika profesional di masa hadapan.
Pihak MWECKSCC turut menegaskan bahawa pusat ini akan terus beroperasi seperti biasa dan mengekalkan tumpuan terhadap pembangunan modal insan berasaskan kesejahteraan mental dan ekopelancongan holistik sebagai sumbangan kepada agenda nasional “Malaysia Madani”.
Dikeluarkan oleh:
Perundangan Komunikasi Korporat
Mental Wellness Ecotourism Center Malaysia (MWECKSCC)
#MWECSCC #CheQiim #FitnahProfesional #KesihatanMental #IntegritiDigital #MahkamahKajang #DefamationLaw #EdukasiAwam#MentalWellness