Teluk Intan, 11 Januari 2026 –
Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh dan Selayang telah berjaya dilaksanakan selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Januari 2026 dengan melibatkan pergerakan merentasi UiTM Kampus Sungai Buloh, Teluk Batik dan UiTM Kampus Teluk Intan, Perak. Program ini menghimpunkan barisan kepimpinan JPK, Sekretariat Kolej Kediaman, Staf Residen Kolej (SRK) serta Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar (URHP).
Sepanjang penganjuran, peserta terlibat secara aktif dalam siri Latihan Dalam Kumpulan (LDK), aktiviti pembinaan pasukan serta sesi pembentangan dan penyelarasan kertas kerja tahunan JPK yang memfokuskan kepada penyediaan takwim program dan perancangan strategik sesi 2025/2026. Sesi ini memberi ruang kepada setiap portfolio untuk membentangkan hala tuju, perancangan program berimpak tinggi serta menyelaras pelaksanaan aktiviti dan selari dengan KPI yang ditetapkan.
Majlis Penutupan Kursus Pengurusan Organisasi yang berlangsung di UiTM Kampus Teluk Intan menjadi kemuncak program dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan terbaik serta penegasan komitmen barisan kepimpinan JPK sesi 2025/2026 untuk mengaplikasikan perancangan strategik dan tadbir urus organisasi yang telah dipersetujui dalam pengurusan kolej sepanjang tempoh pentadbiran akan datang.
QUICK LINKS
E-Aduan Kecemasan