BERSEMPENA FESTIVAL SENTUHAN KASIH RAMADAN (FESKARA) 3.0
Sungai Buloh, 26 Februari 2026 –
Program Ketuk-Ketuk Sahur anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) telah dilaksanakan dengan jayanya dalam tiga sesi iaitu pada 22 Februari 2026 (Sesi 1), 24 Februari 2026 (Sesi 2) dan 26 Februari 2026 (Sesi 3) bertempat di Surau Az-Zahrawi, Kolej Kediaman 2, UiTM Kampus Sungai Buloh.
Program ini dimulakan dengan lawatan ke rumah-rumah pelajar bagi mengejutkan mereka untuk bersahur, sekali gus menyemarakkan suasana Ramadan dengan semangat kebersamaan dan ukhuwah. Aktiviti diteruskan dengan sesi qiamullail secara berjemaah di Surau Az-Zahrawi yang merangkumi solat sunat, zikir dan munajat dalam suasana yang tenang dan penuh penghayatan. Para peserta kemudiannya menikmati juadah sahur sebelum menunaikan solat Subuh secara berjemaah, dengan penyertaan yang menggalakkan sepanjang tiga sesi mencerminkan komitmen mahasiswa dalam mengimarahkan bulan Ramadan.
Secara keseluruhannya, Program Ketuk-Ketuk Sahur bukan sahaja berjaya mengimarahkan Surau Az-Zahrawi pada waktu dinihari, malah menjadi platform dalam memupuk semangat kebersamaan, keprihatinan serta pengukuhan sahsiah diri dalam kalangan pelajar. Program ini diharapkan dapat diteruskan sebagai salah satu pengisian tahunan yang memberi impak positif kepada pembangunan rohani dan jati diri mahasiswa.
QUICK LINKS
E-Aduan Kecemasan