(A BITE TO GIVE)
BERSEMPENA FESTIVAL SENTUHAN KASIH RAMADAN (FESKARA) 3.0
Sungai Buloh, 26 Februari 2026 –
Program Munchy Bites & Co. (A Bite To Give) bersempena Festival Sentuhan Kasih Ramadan (FESKARA) 3.0 anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh dan Selayang telah berlangsung dengan jayanya di Dapur HEP, Kolej Kediaman 1, UiTM Kampus Sungai Buloh pada 23, 25 dan 26 Februari 2026.
Program jualan makanan ini dilaksanakan sebagai satu inisiatif kebajikan dan keusahawanan pelajar sepanjang bulan Ramadan. Pelbagai menu makanan telah disediakan dan dijual kepada warga kolej kediaman, dengan penglibatan aktif ahli jawatankuasa dalam aspek penyediaan, pengurusan kewangan serta operasi jualan. Lebih bermakna, 100% keuntungan hasil jualan telah disalurkan kepada rumah anak yatim terpilih sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap kebajikan mereka.
Pelaksanaan program ini bukan sahaja memberi pendedahan praktikal kepada mahasiswa dalam bidang pengurusan dan keusahawanan, malah turut menyemai nilai empati, tanggungjawab sosial dan semangat bersedekah selaras dengan penghayatan bulan Ramadan.
Secara keseluruhannya, Program Munchy Bites & Co. (A Bite To Give) diharapkan dapat menjadi platform berterusan dalam menggalakkan budaya memberi dan memperkukuh jati diri mahasiswa yang prihatin serta berintegriti.
QUICK LINKS
E-Aduan Kecemasan