Sungai Buloh, 02 Disember 2025 -
Annual General Meeting (AGM) Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) bagi sesi 2025/2026 telah diadakan di Auditorium 1 Khalid Yusoff, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Sungai Buloh. Program ini menghimpunkan penghuni kolej bagi membentangkan laporan aktiviti dan kewangan sesi lalu serta memperkenalkan barisan kepimpinan baharu.
AGM turut menjadi platform meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan kepimpinan pelajar, di samping mengeratkan hubungan antara pengurusan kolej dan mahasiswa.
Majlis menyaksikan pembentangan hala tuju oleh Yang Dipertua Kolej, Saudara Shameer Ihaping, berteraskan moto “Menggerak Nadi, Menyatu Aspirasi” dengan fokus kepada Juang, Prestasi dan Komited dalam menjamin kebajikan mahasiswa.
Program dirasmikan oleh Profesor Ir. Ts. Dr. Hj. Solehuddin Shuib, Penolong Rektor UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh, Selayang dan Teluk Intan yang turut menitipkan pesanan “Pimpinlah dengan hati. Apabila hati memimpin, setiap tindakan akan disulami ihsan dan tanggungjawab.”
AGM ini menandakan permulaan rasmi kepimpinan JPK baharu dalam meneruskan agenda kebajikan serta pembangunan mahasiswa kolej kediama
QUICK LINKS
E-Aduan Kecemasan