Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM dihatiku.
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) merupakan sebuah badan perwakilan pelajar yang dilantik dalam kalangan pelajar bagi mewakili kolej kediaman. Pelantikan ahli JPK dilakukan melalui sesi temuduga yang dipengerusikan oleh Pengetua dan turut dinilai oleh Staf Residen Kolej.
JPK memainkan peranan penting dalam membantu pihak URHP dan Hal Ehwal Pelajar dalam menyampaikan maklumat dan arahan terkini kepada semua penghuni kolej. Selain itu, JPK juga bertanggungjawab untuk merancang dan menganjurkan aktiviti pembangunan pelajar yang merangkumi aspek akademik, kerohanian, pembangunan diri dan kesukanan.
Sekian, terima kasih.
MENGGERAK NADI, MENYATU ASPIRASI
Yang Menjalankan Amanah
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK)
Sesi 2025/2026
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Sungai Buloh & Selayang
QUICK LINKS
E-Aduan Kecemasan