BERSEMPENA FESTIVAL SENTUHAN KASIH RAMADAN (FESKARA) 3.0
Sungai Buloh, 11 Februari 2026 -
Program Simfoni Al-Quran bersempena Festival Sentuhan Kasih Ramadan (FESKARA) 3.0 anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) telah berlangsung dengan jayanya di Surau Az-Zahrawi, Kolej Kediaman 2, UiTM Kampus Sungai Buloh.
Ceramah bertajuk “Rahsia Kejayaan Menurut Al-Quran” ini telah disampaikan oleh Imam Muda Hassan, yang mengupas secara menyeluruh konsep kejayaan berdasarkan perspektif Al-Quran. Beliau menekankan bahawa kejayaan sebenar bukan hanya diukur melalui pencapaian akademik, malah merangkumi pembentukan akhlak, disiplin diri serta kekuatan hubungan dengan Allah SWT. Penyampaian yang santai, jelas dan dekat dengan realiti kehidupan mahasiswa berjaya memberi kesan mendalam kepada para pelajar yang hadir.
Dengan bermulanya program ini, maka secara rasminya tirai Festival Sentuhan Kasih Ramadan (FESKARA) 3.0 telah dibuka, menandakan permulaan rangkaian aktiviti yang menggabungkan elemen kerohanian, kebajikan, kesenian Islam, dan pembangunan kepimpinan pelajar bagi meraikan bulan Ramadan 2026.
Secara keseluruhannya, program Simfoni Al-Quran ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan mahasiswa yang seimbang dari aspek intelek, emosi dan rohani, selaras dengan aspirasi universiti dalam melahirkan graduan yang holistik dan berdaya saing.
QUICK LINKS
E-Aduan Kecemasan