Instructor: Dr. Daniel Gloor
Walaupun ramai orang Kristian membaca Alkitab setiap hari atau mendengar pembacaan teks Alkitab pada hari Ahad, Alkitab sering tidak difahami, dan dengan itu, sering disalahtafsir. Kekurangan pemahaman dalam Alkitab atau kekeliruan dalam teks Alkitab tidak semestinya dikaitkan dengan kekurangan usaha untuk memahami teks Alkitab. Alkitab telah ditulis pada zaman yang berbeza dan dalam konteks sejarah dan budaya yang berbeza. Alkitab juga ditulis dalam bahasa yang berbeza: Ibrani dan Aram untuk Perjanjian Lama dan Yunani untuk Perjanjian Baru. Memandangkan para pembaca Alkitab di Malaysia tidak berasal dari tanah asal Alkitab, mereka sering berjuang untuk memahami gambaran dan ungkapan yang digunakan oleh para penulis Alkitab. Kekecewaan sering dialami berkaitan dengan teks-teks syair atau teks-teks ajaran teologi kerana para pembaca tidak dapat masuk ke dunia teks atau jalan hujah yang digambarkan. Tambahan pula, para pembaca muda berjuang untuk memahami teks Alkitab yang kurang berkaitan dengan dunia mereka. Memandangkan ramai orang Kristian berasa terasing daripada Alkitab, Alkitab tidak lagi diberikan keutamaan dalam kehidupan ramai orang Kristian. Mereka lebih suka membaca buku-buku rohani atau mendengar khutbah rohani di you tube daripada berjuang dengan teks-teks Alkitab.
Kursus ini tidak akan menyelesaikan dan mengatasi semua cabaran yang kita hadapi berkaitan dengan Alkitab pada masa kini. Kursus ini hanya cuba memperkenalkan salah satu jalan untuk menjelaskan teks Alkitab secara lebih berfaedah dan menimbulkan minat untuk menggali teks Alkitab. Syarat yang utama untuk merealisasikan projek ini adalah sikap para pelajar. Para pelajar patut bermotivasi untuk meneroka bidang yang baharu dan bersifat ingin tahu. Hanya jika kita penuh dengan keghairahan untuk menyelidiki teks-teks Alkitab, kita akan memperoleh mutiara yang amat bernilai untuk kehidupan (rohani) kita dan para pengikut Yesus yang lain.
Menyedari kepentingan Alkitab untuk kehidupan harian dan identiti kita sebagai orang Kristian dan umat TUHAN Allah;
Menyelidiki Alkitab secara teratur dengan tidak mengecualikan pimpinan Roh Kudus dalam tugas yang suci ini;
Menyesuaikan diri dengan tiga belas langkah yang dijelaskan dalam kursus ini sebagai salah satu jalan untuk mendekati dan menyelidiki teks;
Memahami tujuan dan cara setiap langkah dan kaedah pendekatan tersebut;
Mengembangkan keyakinan dan kemahiran untuk menjelaskan, mentafsirkan, serta menerapkan teks-teks Alkitab.
Garis Panduan Kuliah/Kursus (𝟏4 𝐜𝐥𝐚𝐬𝐬𝐞𝐬)
Kuliah ini mempunyai 9 pelajaran dan akan berlansung daripada 20 Mei 2024 - 24 Mei 2024
Setiap langkah dalam buku ‘Penjelasan tentang dan Pentafsiran teks-teks Alkitab’ akan dibaca dan dijelaskan.
Setiap langkah disertai dengan latihan di bilik kuliah. Kadangkala latihan dibuat secara peribadi (individu) dan pada masa yang lain ia dibuat dalam kumpulan yang kecil.
Beberapa langkah disertakan dengan kerja rumah untuk mendalami apa yang sudah dipelajari di bilik kuliah. Kerja rumah perlu dihantar pada masa kuliah yang berikutnya.
Selepas tiga belas langkah dijelaskan, cara pendekatan teks-teks Alkitab akan diulang kaji pada 24hb Mei untuk memastikan kefahaman para pelajar.
Satu kertas kajian patut ditulis untuk memastikan pelajar menggunakan 13 langkah tersebut secara berfaedah.
Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, penglibatan para pelajar dalam kuliah penting. Para pelajar sangat digalakkan untuk menanyakan soalan-soalan supaya ketidakfahaman dan kekeliruan mereka diatasi.
a. Kerja Rumah (Untuk TEE-STS)
1. Kerja rumah bertujuan untuk mendalami apa yang dipelajari di bilik kuliah. Ia juga menolong para pelajar untuk menyedari apa yang belum jelas dan patut dijelaskan semula.
2. Panjangnya kerja rumah bergantung kepada jenis tugas.
3. Kerja rumah perlu dibuat pada waktu malam lalu dihantar pada hari esoknya.
4. Kalau kerja rumah tidak dihantar pada hari esoknya, markah “0” akan diberikan.
5. Kerja rumah perlu ditulis dalam bahasa Malaysia baku.
b. Kertas Kajian (untuk HOE)
1. Tarikh penghantaran kertas kajian akan ditentukan kemudian.
2. Kertas kajian terdiri dari empat bahagian:
(1) Struktur teks (1ms)
(2) Konteks kesusasteraan (1-2ms)
(3) Penjelasan teks (6-7ms)
(4) Pentafsiran/Penerapan teks (2-3ms)
3. Kertas kajian dijangka akan mencapai tuntutan kursus dan ditulis dalam bahasa Malaysia baku.
4. Kertas kajian perlu disertai dengan nota-nota kaki dan bibliografi. Dalam bibliografi pelajar hanya mencatat buku-buku dan laman-laman sesawang (websites) yang dirujuk sahaja.
5. Kertas kajian yang dihantar lambat, “20” markah akan dipotong.
6. Kertas kajian yang diciplak akan diberi markah “0” dan amaran akan diberikan kepada pelajar.
1. Tujuh kerja rumah : 50%
2. Kertas kajian : 40%
3. Penglibatan dalam kuliah : 10%
Alkitab. Edisi Studi, Jakarta: Lembaga Alkitab Indonesia, 2012.
Baker, David L., Satu Alkitab. Dua Perjanjian, Jakarta: bpk, 2010.
Beck, John A., Atlas Alkitab, Grand Rapids: Discovery House, 2023.
Bruggen, Jakob van, Membaca Alkitab, Surabaya: Penerbit Momentum, 2009.
Carson, D. A., Kesalahan-kesalahan eksegetis, Surabaya: Penerbit Momentum, 2009.
Douglas, J. D., (penyunting), Ensiklopedi Alkitab Masa Kini, Jilid I dan II, Jakarta: Yayasan Komunikasi Bina Kasih, 2011.
Gloor, Daniel A., Latar Belakang Sosio-Ekonomi Perjanjian Baru, Kota Kinabalu: Sabah Theological Seminary, 2021.
Gloor, Daniel A., Latar Belakang Politik Perjanjian Baru, Kota Kinabalu: Sabah Theological Seminary, 2017.
Gloor, Daniel A., Latar Belakang Agama dan Falsafah Perjanjian Baru, (cetakan yang kedua), Kota Kinabalu: Sabah Theological Seminary, 2016.
Gloor, Daniel A., Penjelasan tentang dan Pentafsiran teks-teks Alkitab, (cetakan yang kedua), Kota Kinabalu: Sabah Theological Seminary, 2015.
Jagersma, H., Dari Aleksander Agung sampai Bar Kokhba, Jakarta: bpk, 2009.
King, Philip J. dan Stage, Lawrence E., Kehidupan Orang Israel Alkitabiah, Jakarta: bpk, 2012.
Klein, William W., Blomberg, Craig L., dan Hubbard Jr, Robert L., Pengantar Tafsiran Alkitab, (dua jilid), Malang: Literatur Saat, 2012.
Malina, Bruce J., Asal-Usul Kekristenan & Antropologi Budaya, Jakarta: bpk, 2011.
Rowley, H. H., Ibadat Israel Kuno, Jakarta: bpk, 2013.
Scheunemann, Rainer, Panduan lengkap penafsiran Alkitab, Yogjakarta: Andi, 2009.
Schumann, Olaf, Agama Yahudi, Jakarta: bpk, 2018.
Sitompul, A. A. dan Beyer, Ulrich, Metode Penafsiran Alkitab, Jakarta: bpk, 1998.
Stedman, Ray C., Petualangan Menjejalajah Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, (dua jilid), (cetakan ke 23), Jakarta: Duta Harapan Dunia, 2003.
Sutanto, Hasan, Hermeneutik. Prinsip dan Metode Pentafsiran Alkitab, (cetakan yang kedua), Malang: Literatur Saat, 2007.
Kursus bermula: 20 Mei 2024
Tarikh Tutup Pendaftaran: 24 Mei 2024.
Cara membayar yuran:
1. Pemindahan dalam talian:
House of The Epiphany
Public Bank A/C NO: 3210211803
Yuran:
(a) CCM (Credit = RM120; Audit = RM100)
(b) Dip CM (Yuran: Credit = RM240; (tidak ada Audit)
(c) ADip.CM (Yuran: Credit = RM240; (tidak ada Audit)
* Credit - perlu hantar "assignment"
* Audit - hanya untuk CCM; tidak perlu hantar "assignment"
Butir-Butir Penting:
Sila hantar pendaftaran anda sebelum tarikh penutup pada 3 Mei 2024 dan hantar bukti pembayaran (bank-in slip) dengan kadar segera.
Sila sertakan nama anda dan modul yang anda ambil semasa anda menghantar bukti pendaftaran kepada HOE Helpdesk, melalui Whatsapp ke +6010-2928320 ataupun melalui email kepada DOK.christianeducation@gmail.com.
Semua peserta digalakkan membayar yuran kursus selewat-lewatnya sebelum sesi kedua berlansung. Kami menghargai kerjasama anda dalam membantu menjayakan kursus ini dengan lancar.