PERATURAN PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM
PERATURAN PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM
Jenis Pakaian (Lampiran 5)
Pakaian Istiadat No.1
Pakaian kerja No. 2 bush jacket
Pakaian kerja No. 3
Pakaian operasi No. 4
Pakaian operasi No.4a celoreng digital
T-Shirt oren dan seluar pakaian seragam No.3 atau No.4 (separuh pakaian seragam)
T-Shirt oren / putih dan seluar sukan hitam / biru gelap (pakaian sukan)
2. Bagi tujuan berkawad atau acara majlis dan istiadat, aksesori berikut boleh dipakai oleh anggota:
Jambul (Hackle)
Mafla (Muffler)
Anklet
Sarung tangan putih
Selempang putih
Selempang oren untuk ketua platun
SPESIFIKASI PAKAIAN SERAGAM
Pakaian Seragam No. 1 (Istiadat) dan (Mess Kit)
Tatacara Pemakaian
Pakaian ini dipakai oleh semua pegawai APM apabila terlibat dalam sesuatu acara istiadat sama ada pada peringkat jabatan, negeri mahupun persekutuan. Pakaian ini digunakan dalam acara-acara berikut:
Majlis-Majlis Rasmi Kerajaan Persekutuan/Negeri
Majlis Pembukaan Perasmian Dewan
Majlis Penerimaan Pingat Kebesaran
Perbarisan istiadat dan acara-acara lain yang menetapkan pemakaian pakaian ini.
Majlis makan malam rejimental (Mess Kit)
2. Pakaian Pakaian Seragam No. 2 (Bustunik)
Tatacara Pemakaian
Pakaian ini dipakai oleh pegawai APM apabila menjalankan tugas rasmi jabatan atau keadaan tertentu. Tugas-tugas tersebut adalah seperti berikut:
Menghadiri temuduga
Menghadiri mesyuarat
Hadir ke acara perbarisan
Dalam semua bentuk lawatan / majlis rasmi sebagai contoh menghadiri seminar atau menerima lawatan orang kenamaan.
3. Pakaian Seragam No. 3 (Pakaian Pejabat)
Tatacara Pemakaian
Pakaian ini dipakai oleh Pegawai dan anggota Pertahanan Awam apabila menjalankan tugas rasmi atau keadaan tertentu. Tugas-tugas tersebut adalah seperti berikut:
Menjalankan tugas rasmi seharian
Menghadiri mesyuarat
Menjalankan aktiviti latihan dalam kelas
Menjalankan tugas pejabat
4. Pakaian Seragam No. 4 (Operasi) - Pegawai Tetap dan Anggota Pasukan
Tatacara Pemakaian
Pakaian ini dipakai oleh Pegawai dan anggota Pertahanan Awam apabila menjalankan tugas am atau latihan atau operasi.
LENCANA DAN PANGKAT
Lencana bahu mengikut pangkat untuk Pegawai Kehormat, Pegawai Bersekutu dan Pegawai Pasukan hendaklah dipakai di atas Epaullette atau shoulder cord berwarna emas yang dikancing di bahu dengan butang logo Pertahanan Awam saiz sederhana. Pemakaian pangkat adalah merujuk kepada Lampiran 6.