KEANGGOTAAN
KEANGGOTAAN
Syarat-syarat menganggotai PISPA
Pendaftaran untuk menganggotai PISPA adalah tertakluk kepada syarat- syarat berikut:
Warganegara Malaysia.
Pelajar Politeknik yang berusia 18 tahun ke atas.
Sihat tubuh badan dan tidak cacat.
Tidak menyertai mana-mana pasukan badan beruniform yang lain.
Mendaftar Kokurikulum Badan Beruniform PISPA.
Bebas daripada sabitan dan perlakuan jenayah.
Mengajukan borang permohonan keanggotaan ke PDPA.
Keanggotaan PISPA Politeknik perlu didaftarkan semasa di Semester 1 seterusnya mengikuti kurikulum latihan seperti dijelaskan dalam bab 6 dengan jayanya.
Anggota PISPA akan didaftarkan sebagai Anggota Pertahanan Awam dan mendapat kad anggota setelah menyempurnakan dan lulus Kursus Asas Pertahanan Awam dengan jayanya
Seseorang anggota PISPA boleh dilucutkan keanggotaan apabila:
Melanggar apa-apa peraturan yang tertakluk dalam Akta 174
Melakukan mana-mana kesalahan seperti di Perkara 27 Kaedah-Kaedah Pertahanan Awam (Pasukan Pertahanan Awam) 1970.
Berhenti daripada pengajian di Politeknik.
Digantung atau diberhentikan daripada Politeknik mengikut peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan Politeknik.
Disabitkan dengan kesalahan jenayah dan salah laku berat mengikut undang-undang jenayah dan sivil.
Permohonan anggota untuk menarik diri daripada PISPA:
Mengemukakan surat permohonan meletakkan jawatan dalam tempoh 14 hari kepada Komandan Politeknik
Perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada Komandan PISPA Politeknik.
Boleh dipertimbangkan atas alasan mengalami masalah kesihatan setelah disahkan oleh pegawai perubatan. Walau bagaimanapun keanggotaannya sebagai anggota APM masih dikekalkan.
Memulangkan semula peralatan / uniform yang telah dibekalkan oleh pihak politeknik
PEGAWAI PENYELARAS PISPA POLITEKNIK
Pengarah Politeknik sebagai Komandan PISPA atau mana-mana Timbalan Pengarah/pegawai kanan tertinggi politeknik yang diperturunkan kuasa oleh Pengarah Politeknik.
Komandan PISPA Politeknik berkuasa melantik jawatan pegawai di dalam organisasi seperti di perkara di bawah
Komandan PISPA boleh mencadangkan Pegawai atau Pensyarah Politeknik berkaitan untuk menyandang jawatan Pegawai Bersekutu (PA) di dalam organisasi pengurusan PISPA dengan sokongan dan persetujuan bersama dengan APM.
Calon terpilih sebagai Pegawai Bersekutu (PA) tidak dibenarkan menganggotai mana-mana badan beruniform yang lain.
PELANTIKAN PEGAWAI KEHORMAT DAN BERSEKUTU
Pelantikan Pegawai Kehormat dan Pegawai Bersekutu APM hendaklah dicadangkan oleh pihak Politeknik/JPPKK atas sokongan APM negeri yangberkaitan dengan komposisi seperti berikut:-
Komandan : 1 Jawatan
Timbalan Komandan :1 Jawatan
Ajutan :1 Jawatan
Pegawai Latihan :1 Jawatan
Pegawai Akademik :1 Jawatan
Pegawai Logistik :1 Jawatan
Pegawai Pentadbiran :1 Jawatan
Nota : lantikan jawatan kuasa di peringkat politeknik boleh berubah mengikut keperluan politeknik masing-masing
SYARAT-SYARAT PELANTIKAN
Syarat-syarat pelantikan Pegawai Kehormat dan Bersekutu APM adalah seperti berikut: -
Melepasi tapisan keselamatan dan semakan rekod jenayah.
Mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan (jika perlu).
Terdiri daripada ahli akademik dan staf Politeknik / JPPKK.
Watikah pelantikan akan dikeluarkan oleh Ketua Pesuruhjaya APM.
Penamatan Pelantikan
Pegawai Bersekutu (PA) boleh ditamatkan perkhidmatannya oleh Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam dengan cadangan daripada Komandan atas sebab-sebab berikut:
Tidak mencapai tahap kecekapan yang dikehendaki.
Tidak mematuhi perintah yang sah daripada pegawai atasan pengurusan PISPA.
Tidak mematuhi disiplin dan peraturan yang ditetapkan serta pengabaian tugas sebagai Pegawai Bersekutu (PA)
Disabitkan dengan perbuatan salah laku jenayah.
Peletakan Jawatan
Seorang Pegawai Kehormat/Bersekutu (PA) yang ingin meletak jawatan dikehendaki memberi notis sebulan awal dari tarikh berhenti kepada Ketua Pesuruhjaya APM melalui Komandan (yang mana berkenaan).
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KEHORMAT DAN BERSEKUTU
Pegawai Bersekutu selaku Komandan
Memberi nasihat dalam aspek latihan dan bantuan daripada pihak JPPKK/Politeknik dalam mengendalikan latihan serta meningkatkan pencapaian akademik anggota PISPA.
Bertindak sebagai Pegawai Pemerintah bagi pengurusan PISPA Politeknik berkenaan.
Pegawai yang bertanggungjawab merancang peruntukan kewangan PISPA Politeknik
Timbalan Komandan
Bertanggungjawab mengurus semua aspek latihan, pentadbiran dan logistik melalui bantuan daripada pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan.
Membantu menjalankan tugas Pegawai Pemerintah dalam aspek pemerintah, pentadbiran, kawalan dan perhubungan.
Mendelegasikan apa-apa keperluan, tugas kepada mana-mana pegawai yang difikirkan perlu.
Menjadi perantara antara PISPA dengan pihak Politeknik dalam semua aspek.
Menentukan latihan anggota PISPA dapat dijalankan dengan lancar dan mengikut jadual latihan seperti yang telah dikeluarkan atau ditetapkan.
Ajutan
Bekerjasama dengan Pegawai PISPA Politeknik dalam pengurusan PISPA.
Mentadbir dan memantau segala urusan Pegawai dan anggota PISPA.
Memantau dan menyebarluaskan dasar-dasar yang dikeluarkan oleh APM dan arahan Komandan.
Menentukan dasar tatatertib dikemaskinikan dan dipatuhi oleh anggota PISPA.
Menentukan semua Perintah Tetap dikemaskini dan mendapat persetujuan daripada Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan APM Negeri dan dipatuhi oleh Pegawai Bersekutu / anggota PISPA.
Memberikan nasihat kepada Pegawai PISPA Politeknik tentang dasar-dasar yang dikuatkuasakan oleh Politeknik dari semasa ke semasa.
Bertanggungjawab atas kebajikan anggota PISPA di Politeknik.
Menjaga hubungan dengan lain-lain badan beruniform atau agensi luar untuk mendapatkan bantuan latihan dan pentadbiran
Pegawai Pentadbiran
Mengurus semua aspek rekod yang melibatkan sumber pejabat dan personel.
Berhubung dengan pihak Politeknik dalam semua aspek pengurusan pentadbiran.
Menyediakan anggaran belanjawan tahunan keseluruhan PISPA.
Bertanggungjawab kepada Komandan/Ajutan dalam hal-hal pentadbiran.
Pegawai Logistik
Berhubung dengan pihak Politeknik dalam semua aspek pengurusan logistik.
Menguruskan prosedur pembekalan dan peralatan termasuk pakaian seragam kepada anggota PISPA.
Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam hal-hal logistik.
Pegawai Latihan
Merancang dan menyediakan jadual Latihan.
Memantau pelaksanaan latihan dan aktiviti anggota PISPA berjalan mengikut jadual.
Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam hal-hal latihan dan aktiviti.
Pegawai Akademik
Merancang dan menyediakan Rancangan Mengajar Semester (RMS)
Mendapatkan jurulatih untuk PdP latihan PISPA.
Menyelaraskan rubrik pemarkahan PISPA Bersama jurulatih.
Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam hal-hal akademik.