PROSEDUR PENUBUHAN
PROSEDUR PENUBUHAN
Bagi menubuhkan PISPA, prosedur berikut hendaklah dipatuhi:-
Jabatan / Unit Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan Politeknik Malaysia perlulah membuat permohonan bertulis dengan mengemukakan surat dan borang permohonan (rujuk Lampiran 1) yang telah disokong oleh Pengarah Politeknik kepada Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri (PPAN) dan satu salinan kepada JPPKK.
Permohonan daripada Politeknik akan dinilai, diproses dan disokong oleh PPAN berdasarkan keperluan PISPA Politeknik, kemampuan kewangan, pejabat pengurusan, logistik, peralatan dan jurulatih sebelum dimajukan kepada Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA) untuk kelulusan dan rekod.
Sekiranya permohonan tersebut tidak disokong oleh PPAN, surat maklumbalas permohonan penubuhan PISPA perlu dikembalikan kepada pihak Politeknik berkenaan.
Permohonan yang berjaya perlu dimaklumkan oleh IPPA secara bertulis berserta sijil penubuhan kepada Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA) yang berkenaan dan satu salinan surat makluman akan dihantar kepada JPPKK.
PNPA akan memaklumkan kelulusan permohonan kepada pihak Politeknik untuk melaksanakan latihan dan aktiviti serta membuat pemantauan terhadap PISPA di Politeknik.
Permohonan yang telah diluluskan akan didaftarkan dengan satu nombor pendaftaran bagi Politeknik berkenaan seperti berikut:
X : Kod negeri yang berkenaan, contoh: B untuk Selangor
PISPA – POLY : PISPA Politeknik
600 : No. Fail Bahagian Pengurusan Angkatan IPPA
XX : Nombor mengikut urutan, contoh: 01, 02 dan seterusnya
A : Politeknik - Kategori Institusi Pendidikan Tinggi
Contoh:
A / PISPA – PSAS / 600 – (13) A
B / PISPA – PSIS / 600 – (08) A
C / PISPA – POLISAS / 600 – (06) A
Permohonan penubuhan PISPA adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
Politeknik yang diiktiraf dan berdaftar di bawah KPT.
Politeknik yang menawarkan program pengajian pelajar yang mengikuti pengajian Diploma tidak kurang daripada tiga (3) tahun.
Politeknik yang menawarkan program pengajian pada peringkat Diploma yang diiktiraf oleh badan akreditasi yang berkaiatan.
Politeknik yang bersetuju menubuhkan PISPA hendaklah mematuhi tanggungjawab seperti di perkara 2.4.2.(b)
STRUKTUR ORGANISASI PISPA
Struktur organisasi PISPA di Politeknik boleh beroperasi mengikut kapasiti berikut:
Kompeni
Setiap kompeni PISPA terdiri daripada:-
1 Ketua Kompeni (Pegawai Bersekutu)
Penolong Ketua Kompeni (Pegawai Bersekutu/Staf Muda)
3 Ketua Platun (Anggota PISPA)
96 anggota PISPA
2. Platun
Setiap platun PISPA terdiri daripada 33 anggota iaitu:-
1 Ketua Platun (Anggota PISPA)
32 anggota PISPA
Skuad
Setiap skuad PISPA terdiri daripada 10 - 12 anggota iaitu:-
1 Ketua Skuad (Anggota PISPA)
9 – 11 anggota PISPA
Nota:- Setiap tiga (3) skuad akan dijadikan satu (1) platun dan setiap tiga (3) platun akan dijadikan satu (1) kompeni.
JAWATANKUASA PISPA
Jawatankuasa PISPA hendaklah ditubuhkan di peringkat kebangsaan dan negeri bagi menggerakkan latihan, kegiatan dan pentadbiran PISPA.
Jawatankuasa di peringkat kebangsaan hendaklah dianggotai oleh:
a) Pengerusi Bersama
Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (Komander JPPKK)
b) Timbalan Pengerusi Bersama
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM
Pengarah Kanan Akademik (Tim. Komandan JPPKK)
c) Ahli-ahli
Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan APM
Pengarah Pertahanan Awam Negeri (PPAN)
Pengarah Bahagian Kurikulum JPPKK
Tim. Pengarah Bahagian Kurikulum JPPKK
Pengarah Politeknik / Komandan PISPA Politeknik
Komandan Pusat Latihan
d) Urusetia
Ketua Cawangan Pasukan Sokongan BPA IPPA
Bahagian Kurikulum (Penyelaras PISPA JPPKK)
Sekretariat PISPA Politeknik Malaysia
Deskripsi Tugasan:-
Jawatankuasa ini merancang dan membuat keputusan perkara-perkara dasar di peringkat kebangsaan.
2. Jawatankuasa di peringkat negeri hendaklah dianggotai oleh:
a) Pengerusi Bersama
Pengarah Pertahanan Awam Negeri (PPAN)
Pengarah Politeknik / Komandan PISPA Politeknik
b) Ahli-ahli
Timbalan Pengarah Pertahanan Awam Negeri
Timbalan Komandan PISPA Politeknik
Ajutan PISPA Politeknik
Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD)
c) Urusetia
Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri
Penyelaras PISPA Politeknik
Deskripsi Tugasan:-
Jawatankuasa ini merancang dan menyelaras perkara- perkara dasar di peringkat negeri.
3. Jawatankuasa di peringkat Sekretariat PISPA hendaklah dianggotai oleh:
a) Pengerusi
Komandan Sekretariat PISPA Politeknik Malaysia
b) Timbalan Pengerusi
Timbalan Komandan (Akademik)
Timbalan Komandan (Operasi)
c) Ahli-ahli
Pegawai Akademik
Pegawai Sumber & Data
Pegawai Komunikasi & Promosi
Pegawai Latihan & Pembangunan
Pegawai Logistik
Pegawai Penyelaras Zon
d) Urusetia
Penyelaras PISPA JPPKK
Deskripsi Tugasan:-
Jawatankuasa ini merancang dan menyelaras perkara-perkara dasar di peringkat Politeknik Malaysia
4. Jawatankuasa di peringkat politeknik hendaklah dianggotai oleh:
a) Pengerusi
Komandan PISPA Politeknik
b) Timbalan Pengerusi
Timbalan Komandan PISPA Politeknik
c) Ahli-ahli
Ajutan PISPA Politeknik
Ketua Kursus Kokurikulum Politeknik
Pegawai Penyelaras PISPA Politeknik
Urusetia
PISPA Politeknik
Deskripsi Tugasan:-
Jawatankuasa ini merancang dan menyelaras perkara- perkara dasar di peringkat politeknik.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
a) Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA) Malaysia
Menerima dan mengesahkan penubuhan PISPA, pegawai dan anggota PISPA.
Merancang peruntukan belanjawan PISPA.
Merancang dan menyedia perolehan peralatan dan logistik PISPA.
Meneliti cadangan dan mengesahkan lantikan pegawai PISPA Politeknik.
Merancang dan melaksanakan program-program PISPA pada
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Mengemaskini, mengesahkan dan menyebarkan dasar-dasar serta arahan tetap mengenai pengendalian, pengurusan dan latihan PISPA.
b) Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA)
Menentukan latihan dan aktiviti PISPA berjalan dengan teratur.
Mengadakan hubungan rapat dengan Politeknik berkaitan kegiatan PISPA.
Menyedia dan memberi bantuan logistik, latihan dan penilaian kenaikan pangkat anggota PISPA.
Mengumpul, merekod dan menyimpan maklumat anggota PISPA.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
a) Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti
Menetapkan dasar penubuhan dan perkembangan PISPA dengan kerjasama APM.
Melantik Sekretariat PISPA.
Bekerjasama dengan APM untuk merancang dan melaksanakan program PISPA di peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui
penyelarasan dan pemantauan oleh Bahagian Kurikulum, JPPKK.
Meluluskan bajet tahunan pengurusan dan pelaksanaan program PISPA kepada Politeknik berkaitan.
b) Politeknik
Mencadang pelantikan Pegawai PISPA Politeknik.
Menyokong permohonan
penubuhan Pasukan PISPA Politeknik.
Menyelaras aktiviti-aktiviti PISPA pada peringkat Politeknik.
Menyediakan perancangan bajet tahunan pengurusan latihan, peralatan dan logistik PISPA.
Bekerjasama dengan PNPA untuk merancang dan melaksanakan program PISPA di peringkat negeri.
Menyediakan pejabat / tempat pengurusanPISPA.
Merekod dan menyimpan maklumat PISPA.
Mempromosi fungsi dan peranan APM & PISPA di peringkat politeknik.