PAKAIAN
PAKAIAN
APM akan membekalkan pakaian seragam No.3 dan No.4 kepada anggota PISPA yang telah berjaya menamatkan Kursus Asas Pertahanan Awam sebagai inventori kepada Politeknik tertakluk kepada inventori semasa APM.
Anggota PISPA yang terlibat dalam latihan bersama APM atau aktiviti kokurikulum PISPA Politeknik dikehendaki memakai pakaian seragam mengikut garis panduan atau arahan serta pekeliling pemakaian pakaian seragam yang masih berkuatkuasa.
Pakaian bagi tujuan pentauliahan dan pelbagai istiadat APM hendaklah diuruskan oleh pihak Politeknik melalui alternatif yang bersesuaian. Pihak Politeknik boleh mendapatkan bantuan daripada pihak APM bagi pembekalan pakaian yang diperlukan.
Penyediaan pakaian seragam No. 1, No. 2, Mess Kit dan Aksesori bagi Pegawai Kehormat / Bersekutu Politeknik adalah melalui alternatif yang bersesuaian.
PENGANGKUTAN
Pihak pengurusan PISPA Politeknik boleh memohon bantuan pengangkutan daripada PNPA / PDPA sekiranya pihak Politeknik mempunyai kekangan pengangkutan bagi tujuan aktiviti dan program PISPA.
PERALATAN LATIHAN
Bagi tujuan latihan dan kuliah, pihak pengurusan PISPA Politeknik boleh membuat pinjaman peralatan latihan dari PDPA atau pusat latihan pertahanan awam sekiranya peralatan di Politeknik tidak mencukupi mengikut silibus yang ditetapkan.
Senarai Peralatan Kursus Asas
Peti kecemasan (First Aids Kit)
Alat pemadam api
Selimut (Thermal blanket)
Pengusung kecemasan (Stretcher)
Tali karmental (Panjang 10m, Diameter 12mm)
Kain Segitiga (Triangular bandage)
Kain kasa (Gauze)
Pembalut Gulung (Roll bandage)
Patung latihan (Dummy)
Senarai Peralatan Kursus Pengurusan Pusat Pemindahan
Khemah bencana (Disaster tent)
Papan putih (White board)
Alat tulis
Kelengkapan memasak
Senarai Peralatan Kursus Metodologi Latihan
Projektor LCD
Pencetak
Alat tulis
Komputer riba
Senarai Peralatan Kursus Bakal Pegawai
Tongkat pegawai