OBJEKTIF LATIHAN
OBJEKTIF LATIHAN
Memberi peluang kepada pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk membantu diri sendiri dan orang lain.
Memupuk nilai / sikap hormat-menghormati, menurut perintah, berdisiplin, bekerjasama, bertanggungjawab, berhemah, kejujuran dan keyakinan diri.
Menanam semangat kesedaran sivik, ketaatan dan cintakan negara serta penjagaan alam sekitar.
Mempertingkatkan ketahanan fizikal, mental dan daya kerohanian yang seimbang.
Silibus PISPA telah digubal bersesuaian dengan keperluan APM bagi melayakkan pelajar ditauliahkan sebagai seorang pegawai dengan pangkat Staf Muda (PA). Pihak APM menerusi Bahagian Pengurusan Latihan telah menetapkan sukatan pelajaran yang wajib diajar kepada anggota PISPA secara penuh selama empat semester.
Silibus ini merangkumi asas Pertahanan Awam, kursus kemahiran, kursus metodologi latihan dan kursus bakal pegawai yang perlu dipenuhi sebagai syarat pentauliahan.
Walau bagaimanapun, kaedah pelaksanaan sukatan pelajaran ini adalah tertakluk kepada pihak politeknik. Kaedah pelaksanaan boleh disesuaikan untuk memenuhi syarat akademik politeknik sama ada berkredit ataupun tidak dengan ketetapan oleh pihak APM.
BIDANG LATIHAN
Pengenalan Asas Pertahanan Awam
Kemahiran Pengurusan Pusat Pemindahan / FRLS
Metodologi Latihan
Bakal Pegawai
KAEDAH LATIHAN
Latihan dijalankan oleh Jurulatih APM atau Pegawai PISPA Politeknik yang berkelayakan dan pembantu jurulatih dalam bentuk teori dan praktikal.
Latihan dijalankan secara mingguan mengikut waktu kursus kokurikulum.
Kelas mingguan kursus kokurikulum ini dikira sebagai kursus wajib pentauliahan.
Kursus wajib juga boleh dilakukan secara anjal di Politeknik atau kursus penuh di PNPA atau ILPA mengikut kesesuaian semasa.
Penilaian dilakukan pada hujung semester oleh Jurulatih ILPA bagi kursus kemahiran untuk melayakkan pelajar PISPA mendapat sijil kursus wajib pentauliahan.
Pelajar PISPA yang telah lulus PISPA 1 tidak perlu hadir Kursus Asas Pertahanan Awam yang telah digariskan di dalam panduan ini bagi tujuan penerimaan sijil dan nombor keanggotaan.
Latihan luar atau simulasi digalakkan diadakan pada setiap semester bagi semua anggota PISPA mengikut kesesuaian semasa.
SILIBUS PISPA POLITEKNIK
Politeknik menawarkan kursus kokurikulum PISPA selama 2 semester kepada pelajar.
Pelajar PISPA wajib hadir sesi latihan bagi semester 1 dan semester 2 bagi memenuhi jam kredit yang ditetapkan.
Senarai Silibus PISPA Politeknik adalah seperti di dalam Jadual 6.1 dan Jadual 6.2.
PENTAULIAHAN STAF MUDA PERTAHANAN AWAM
Pelajar program diploma yang telah melengkapi Silibus PISPA dan kursus wajib APM akan ditauliahkan sebagai Staf Muda Pertahanan Awam.
Graduan yang menyambung pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda layak mendapatkan pengecualian kredit kursus kokurikulum SISPA tertakluk kepada pertimbangan Senat IPT masing-masing.
Graduan yang telah ditauliahkan, panggilan nama mereka disebut berserta pangkat Staf Muda Pertahanan Awam semasa penyampaian skrol dalam majis konvokesyen.