Politeknik Malaysia pada ketika ini giat bekerjasama dengan pasukan badan beruniform. Antaranya adalah kerjasama dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JPBM) bagi penubuhan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA), Askar Wataniah, Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) dan Bridged Bomba.
Sejajar dengan itu, untuk mencapai salah satu daripada lapan teras pembangunan kemahiran insaniah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu teras kesukarelawanan di manapara pelajar akan diterapkan nilai-nilai positif apabila menyertai mana-mana pasukan badan beruniform agar dapat melahirkan golongan pelajar yang mantap dari segi akademik, fizikal, mental dan kemahiran insaniah.
Keseimbangan semua aspek ini menjadi tunjang kepada kepentingan penubuhan PISPA di Politeknik Malaysia. Penubuhan ini dapat memberi manfaat kepada pelajar itu sendiri, jabatan, politeknik, masyarakat dan negara.
Sehingga kini, PISPA telah ditubuhkan di 28 buah politeknik seluruh Malaysia. Dengan kerjasama ini, banyak aktiviti telah dilaksanakan samada peringkat kebangsaan atau politeknik pada setiap tahun. Antara aktiviti yang dijalankan ialah kem tahunan (Malaysian Civil Defence Annual Camp, MalPCiDAC), pentauliahan, kursus asas, kursus kemahiran, kursus metodologi latihan dan kursus bakal pegawai.