BAYARAN ELAUN DAN PERUNTUKAN KEWANGAN
BAYARAN ELAUN DAN PERUNTUKAN KEWANGAN
Anggota PISPA yang telah sah keanggotaannya layak menerima elaun jika mengikuti latihan atau aktiviti yang dianjurkan oleh APM samada diperingkat daerah, negeri atau kebangsaan tertakluk kepada kelulusan PPAN. Anggota PISPA yang mengikuti latihan kursus kokurikulum APM di Politeknik tidak layak menerima elaun.
Elaun jurulatih dan pembantu yang mengajar kursus kokurikulum PISPA akan dibayar oleh pihak Politeknik tertakluk kepada peruntukan kewangan semasa Politeknik.
Elaun jurulatih dan pembantu dalam pelaksanaan aktiviti PISPA yang dijalankan di luar jam kredit pengkuliahan tertakluk kepada peruntukan kewangan semasa APM dan Politeknik.
Pegawai Kehormat / Bersekutu (PA) tidak layak menerima elaun selain daripada yang ditetapkan mengikut garis panduan atau arahan serta pekeliling yang sedang berkuatkuasa.
PERLINDUNGAN INSURANS BERKELOMPOK
Setiap anggota PISPA disarankan mengambil insurans secara individu atau berkelompok apabila menyertai latihan dan aktiviti di dalam atau di luar kawasan politeknik.
Setiap anggota PISPA tertakluk kepada Peraturan dan Kaedah Pertahanan Awam yang sedang berkuatkuasa semasa menjalankan tugas rasmi.
Anggota PISPA tertakluk kepada Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) semasa menjalankan latihan dan tugas rasmi yang diuruskan oleh pihak APM.
MESYUARAT
Mesyuarat Penyelarasan PISPA yang berikut hendaklah diadakan :
Mesyuarat penyelarasan PISPA antara IPPA dengan JPPKK hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun.
Mesyuarat penyelarasan PISPA antara PNPA dengan Politeknik berkenaan sekurang-kurangnya sekali setahun.
Mesyuarat penyelarasan PISPA antara PDPA dengan Politeknik berkenaan sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.
Mesyuarat Pegawai PISPA di Politeknik masing-masing hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun.
Mesyuarat-mesyuarat lain untuk membincangkan perkara atau isu semasa boleh diadakan pada bila- bila masa mengikut kesesuaian.
TUGASAN
Anggota PISPA yang berdaftar dibenarkan terlibat dalam perkhidmatan sokongan untuk menjamin keselamatan, keharmonian, kesejahteraan, keamanan dan perpaduan setempat apabila diperlukan dengan sokongan Komandan PISPA tetapi dibawah penyeliaan PPAN, PPAD atau Ajutan.
Anggota PISPA yang berdaftar dibenar melibatkan diri bersama-sama anggota sukarela apabila diperlukan dalam Perkhidmatan Kecemasan 999 Pertahanan Awam, Pasukan Penyelamat Pantai dan lain-lain dengan kebenaran dan kelulusan pihak politeknik.
Bagi operasi bencana, penglibatan PISPA terhad di Zon Hijau atau semasa pemulihan dan pemindahan yang berisiko rendah dan ianya tertakluk kepada kelulusan pihak APM dan politeknik.
Nota: Sebarang aktiviti luar bersama-sama APM tertakluk kepada SOP semasa yang ditetapkan oleh Politeknik.
LAIN-LAIN PROGRAM
Anggota PISPA digalakkan menyertai majlis, istiadat atau program pada peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri atau daerah yang dianjurkan oleh KPT, APM ataupun oleh agensi-agensi yang lain tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan politeknik atau Komandan PISPA Politeknik.
Program Pentauliahan hendaklah dianjurkan bersama pada setiap tahun oleh pihak APM dan JPPKK melalui penggiliran penganjuran oleh mana-mana politeknik yang dipersetujui. Kaedah penganjuran hendaklah diselaraskan oleh pihak APM dan kos yang berkaitan hendaklah ditanggung bersama-sama oleh pihak yang terlibat mengikut kadar yang dipersetujui tertakluk kepada peruntukan kewangan semasa.
Program/latihan seperti kem tahunan, perhimpunan dan lain-lain boleh dianjurkan bersama pihak APM dan JPPKK jika dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Kaedah penganjuran hendaklah diselaraskan oleh pihak APM dan kos yang berkaitan hendaklah ditanggung bersama-sama oleh pihak yang terlibat mengikut kadar yang dipersetujui tertakluk kepada peruntukan kewangan semasa.
PEMAKLUMAN
Pihak pengurusan PISPA Politeknik dikehendaki memaklumkan kepada PPAD perkara-perkara berikut pada:
Awal Semester
Maklumat PISPA
Takwim dan Jadual Latihan
Maklumat Logistik
Akhir Semester
Laporan Latihan / Kursus / Aktiviti / Penilaian
Pencapaian