ALAM SEKITAR
SAINS SPM TINGKATAN 5 | BAB 3 : PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
SAINS SPM TINGKATAN 5 | BAB 3 : PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
TEMA: KESEDARAN PENGGUNAAN SUMBER ALAM SECARA MINIMUM
DI AKHIR PEMBELAJARAN, PELAJAR DAPAT:
MENGAMALKAN SIKAP YANG BAIK UNTUK MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR
Manusia adalah khalifah di muka Bumi ini yang harus memainkan peranan penting dalam pengurusan sumber alam yang tidak ternilai ini. Sebagai pelajar sekolah, bagaimanakah anda memikul tanggungjawab sebagai seorang yang cintakan alam sekitar?
Oleh itu, setiap daripada anda WAJIB menjalankan projek secara berkumpulan dengan menyediakan satu video kreatif tentang kempen kesedaran alam sekitar yang perlu dihasilkan agar pelajar mendapat kefahaman yang lebih jelas tentang usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam. Video kreatif ini perlulah dikongsikan bersama rakan sekolah anda dan juga pelajar di seluruh Malaysia. Pautan hendaklah dihantar menerusi Google Classroom yang telah disediakan dan juga diterbitkan menerusi Youtube.
Tema:
Kempen Kesedaran alam Sekitar
Tujuan:
Menghasilkan video kreatif (kempen) yang memaparkan kesedaran tentang penggunaan sumber alam secara minimum.
Tarikh Perlaksanaan:
17 Jun - 08 Julai 2019
Platform Projek:
YouTube
Pengenalan:
Satu cara yang dapat memupuk sikap bertanggungjawab terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alm sekitar adalah dengan mewujudkan kesedaran tentang penggunaan sumber alam secara minimum dan efektif. Hal ini dapat dilakukan dengan mengadakan kempen kesedaran bagi tujuan mengurangkan penggunaan, mengguna semula dan mengitar semula sumber alam.
Ahli kumpulan:
4 pelajar bagi setiap kumpulan
Langkah-langkah: