03 | PUNCA & kesan Pencemaran

HASIL PEMBELAJARAN

DI AKHIR PEMBELAJARAN, PELAJAR DAPAT:

1. MENGENAL PASTI PUNCA-PUNCA PEMCEMARAN TERHADAP ALAM SEKITAR

2. MENERANGKAN KESAN PENCEMARAN TERHADAP ALAM SEKITAR

PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Berikutan perkembangan sains dan teknologi yang pesat, kadar penggunaan sumber-sumber alam sangat membimbangkan. Jumlah bahan buangan yang mencemarkan alam sekitar juga berada pada tahap yang kritikal. Bahan buangan ini menyebabkan masalah pencemaran dan menjejaskan kesejahteraan hidupan dalam alam semesta ini.

Asap kenderaan.

1 - PENGGUNAAN BAHAN API YANG TIDAK TERKAWAL

Sejak petroleum ditemui, manusia telah mencipta pelbagai kenderaan, jentera dan mesin. Pembakaran bahan api fosil menjadi salah satu punca pencemaran alam sekitar yang serius dan ia menghasilkan pelbagai jenis bahan pencemar seperti:

  • Karbon dioksida
  • karbon monoksida
  • nitrogen dioksida
  • hidrokarbon
  • sulfur dioksida
  • asap

2 - PEMBUANGAN SISA INDUSTRI DAN KILANG

Banyak negara berhasrat untuk menjadi negara maju telah mengaplikasikan sains dan teknologi. Perkembangan ini menyebabkan bilangan kilang semakin bertambah. Akibatnya banyak sisa industri seperti:

  • bahan toksik
  • bahan radioaktif
  • asap
  • haba

Pembuangan sisa toksik tidak terkawal.

Eutrofikasi

3. PERTANIAN

Penggunaan baja kimia, racun serangga dan racun kulat tanpa kawalan bagi meningkatkan hasil pertanian akan mengakibatkan:

  • eutrofikasi
  • pencemaran tanah
  • pencemaran air

4. PEMBUANGAN SAMPAH SARAP

Peningkatan populasi manusia membawa kepada masalah pembuangan sampah sarap yang serius. Sampah sarap dibuang secara tidak teratur merangkumi bahan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi.

Pembuangan sampah tidak terkawal.

Pembuangan sisa kumbahan.

5. PEMBUANGAN KUMBAHAN

Air kumbahan dari kawasan perumahan mengandungi bahan buangan domestik seperti tinja manusia dan ternakan. Selain itu, terdapat juga detergen dan mikroorganisma berbahaya. Maka ia harus dikendalikan secara terancang supaya tidak mencemarkan air dan tanah.

6. PENGGUNAAN KLOROFLUOROKARBON (CFC)

Klorofluorokarbon (CFC) adalah sejenis bahan kimia yang digunakan dalam aerosol, penyaman udara, peti sejuk dan pembuatan sesetengah plastik. Sebatian kimia ini menguraikan lapisan ozon di stratosfera lalu menyebebkan penipisan lapisan ozon.

Penggunaan CFC dalam penyaman udara.

KESAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR

1. KESIHATAN MANUSIA TERJEJAS

2. KEMUSNAHAN HABITAT DAN ALAM SEMULA JADI

Kesan Pencemaran Alam Sekitar

3. KEPUPUSAN SPESIES

  • Kemusnahan habitat menyebabkan organisma kehilangan tempat tinggal dan kehilangan sumber makanan.
  • Hal ini akan mengganggu siratan makanan dan menjejaskan keseimbangan alam dan kepupusan spesies.
  • Perubahan komposisi kimia turut mengakibatkan kepupusan dan kematian organisma akuatik.

Antara haiwan yang diancam kepupusan di Malaysia.

3. KEPUPUSAN SPESIES

Kehilangan sumber hutan seperti kayu balak, kayu api, rotan dan pelbagai ubat asli.

Kehilangan sumber protein disebabkan kekurangan atau kepupusan spesies hidupan akuatik.

Pestisid, radioaktif atau toksik mencemarkan tanah. Kawasan dan hasil pertanian berkurang.