04 | pemanasan global & penipisan lapisan ozon

HASIL PEMBELAJARAN

DI AKHIR PEMBELAJARAN, PELAJAR DAPAT:

1. MEMERIHALKAN PEMANASAN GLOBAL

2. MENGHUBUNGKAITKAN KESAN RUMAH HIJAU DENGAN PEMANASAN GLOBAL

3. MENYATAKAN MASKUD LAPISAN OZON

4. MENERANGKAN KEPENTINGAN LAPISAN OZON

5. MENYATAKAN BAHAN KIMIA YANG MEMUSNAHKAN LAPISAN OZON

6. MENYENARAIKAN SUMBER BAHAN KIMIA YANG MEMUSNAHKAN LAPISAN OZON

7. MENGENALPASTI KESAN PENIPISAN LAPISAN OZON KE ATAS HIDUPAN

PEMANASAN GLOBAL

  • Rajah menunjukkan perubahan suhu bumi dari tahun 1860 hingga 2020. Ini menggambarkan kepada kita bahawa suhu purata dunia telah semakin meningkat iaitu suhu Bumi menjadi semakin panas.


  • Keadaan ini dikenali sebagai pemanasan global. Peningkatan suhu bumi sebenarnya berkait rapat dengan kesan rumah hijau. Apakah maksud kesan rumah hijau?

Suhu purata Bumi telah meningkat sebanyak 0.8 °C sejak tahun 1880. Peningkatannya ketara pada kurun yang ke-20 dan ke-21. Dilaporkan pada tahun 80-an dan 90-an dalam abad ke-20 adalah antara tahun yang paling panas dalam tempoh 400 tahun yang lalu.

- Sumber NASA-

KESAN RUMAH HIJAU

Video: Kesan Rumah Hijau.

Apabila Bumi dipanaskan oleh sinar Matahari, sebahagian haba sepatutnya dipantulkan balik ke angkasa lepas. Namun disebabkan Bumi diselaputi lapisan atmosfera, maka sebahagian haba ini terperangkap dan mengakibatkan peningkatan suhu atmosfera. Keadaan ini dipanggil kesan rumah hijau.

Terdapat gas-gas tertentu yang menyerap haba dan mengakibatkan kesan rumah hijau yang dikenali sebagai gas rumah hijau. Antaranya ialah:

  • karbon dioksida
  • klorofluorokarbon (CFC)
  • metana
  • nitrus oksida

Kemajuan sains dan teknologi, pembangunan pesat serta pembukaan tanah secara besar-besaran menyebabkan peningkatan gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida. Ini menyebabkan kesan rumah hijau dan pemanasan global semakin serius.

APA ITU LAPISAN OZON?

Lapisan ozon.

  • Lapisan Ozon merupakan lapisan gas yang menyerap 95% hingga 99% daripada sinaran ultraungu (UV) yang dipancarkan oleh Matahari.
  • Lapisan Ozon ini amat penting untuk melindungi hidupan di Bumi daripada kesan buruk sinar ultraungu (UV).
  • Namun perkara yang membimbangkan kita ialah lapisan Ozon ini menjadi semakin nipis dan jumlah sinar ultraungu (UV) yang sampai ke muka Bumi turut meningkat

PUNCA PENIPISAN LAPISAN OZON

  • Penipisan lapisan Ozon disebabkan oleh sejenis gas dinamakan klorofluorokarbon (CFC).
  • Gas ini dicipta pada tahun 1928 untuk sebagai bahan pendingin kegunaan dalam barangan seperti peti sejuk, aerosol dan penghawa dingin.
  • CFC tidak larut di dalam air, maka kebanyakan CFC akan terus naik ke atmosfera. Apabila CFC sampai ke lapisan Ozon , atom klorin di dalam CFC bertindak balas dengan molekul Ozon lalu menguraikan molekul Ozon . Penguraian ini mengakibatkan lapisan ozon semaikn nipis. (Rujuk video disebelah)
  • Kesannya banyak sinar ultraungu dapat menembusi lapisan atmosfera dan sampai kepada kita. Apakah kesan sinar ultraungu kepada hidupan pula?

Punca dan bagaimana lapisan ozon menipis.

KESAN KEMUSNAHAN LAPISAN OZON

Kanser kulit

Sistem keimunan rendah

Mutasi organisma

Katarak mata

Hasil pertanian menyusut

Fitoplankton musnah