DI AKHIR PEMBELAJARAN, PELAJAR DAPAT:
1. MEMERIHALKAN MAKSUD KESEIMBANGAN ALAM
2. MENYATAKAN KITAR SEMULAJADI YANG MEMBANTU DALAM MENGEKALKAN KESEIMBANGAN ALAM
3. MENERANGKAN BAGAIMANA KITAR SEMULAJADI DAPAT MEMBANTU DALAM MENGEKALKAN KESEIMBANGAN ALAM
Kesimbangan alam bermaksud keadaan semua sumber yang diperlukan untuk kesinambungan hidup supaya dapat dibekalkan secara berterusan melalui interaksi yang berlaku dalam alam semulajadi. Interaksi ini berlaku antara organisma atau organisma dengan persekitaran.
Interaksi-interaksi ini penting dalam mengekalkan keseimbangan alam. Melaluio interaksi sebeginilah sumber alam dapat dikitar untuk kegunaan berterusan. Antara kitar semulajadi yang penting ialah kitar nitrogen, kitar air dan kitar karbon.
Kitar Nitrogen & Kepentingannya
■ Tumbuhan tidak dapat menyerap nitrogen di atmosfera (udara) atau dari tanah untuk mensintesiskan protein secara langsung.
■ Tumbuhan hanya boleh menyerap nitrogen daripada sebatian nitrat dalam tanah melalui akarnya untuk mensintesiskan protein.
Terdapat empat proses utama dalam kitar nitrogen, iaitu:
Pengikat nitrogen
Pereputan (penguraian)
Penitritan
Pendenitritan
Kepentingan Kitar Nitrogen
Video 1: Kitar Nitrogen
Video 2: Kitar Karbon
Karbon dalam bentuk karbon dioksida dalam atmosfera digunakan oleh tumbuhan untuk membuat makanan melalui proses fotosintesis. Haiwan kemudiannya mmeperoleh makanan dalam bentuk sebatian karbon daripada tumbuhan atau haiwan lain. Karbon dikembalikan ke amosfera dalam bentuk karbon dioksida semula apabila tumbuhan dan haiwan menjalankan proses respirasi atau mati atau mereput. Karbon juga dikembalikan ke atmosfera melalui proses pembakaran.
Kitar air melibatkan proses pengaliran air di antara permukaan Bumi, laut dan atmosfera.
Proses kitaran air:
Video 3: Kitar Air
Rajah 1: Kitar Air