05 | PEngawalan pencemaran alam sekitar

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

HASIL PEMBELAJARAN

DI AKHIR PEMBELAJARAN, PELAJAR DAPAT:

1. Menyatakan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

2. Menjanakan idea tentang pengawalan pencemaran alam sekitar

3. Menerangkan dengan contoh bagaimana pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dapat menyumbangkan kepada persekitaran yang bersih dan sihat

KEPENTINGAN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Mengekalkan keseimbangan alam semula jadi.

Memulihara kualiti udara yang tercemar.

Memulihara sumber semula jadi yang terancam.

Mengekalkan tahap kesihatan manusia.

Menjamin habitat spesies terpelihara.

Menjamin sumber ekonomi penduduk berkekalan.

Mengelak keadaan iklim dan cuaca melampau.

USAHA PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN DI NEGARA KITA

Pengawalan pembalakan dan mengadakan hutan simpan seperti Hutan Simpan Ayer Hitam dan Hutan Simpan Ampang di Selangor

Menukarkan kolam perlombongan terbiar kepada kawasan rekreasi contohnya Taman Tasik Kamunting dan Taman Tasik Titiwangsa.

Mewujudkan pusat - pusat perlindungan haiwan seperti pusat perlindungan orang utan di Sepilok, Sabah

Penggunaan tanah secara optimum seperti penanaman pokok koko di ladang kelapa.

Pemprosesan bahan buangan industri seperti penghasilan perabot menggunakan batang pokok getah.

Kitar semula dan guna semula sumber yang tidak dapat diperbaharui seperti logm aluminium dan besi.

PERNAHKAH ANDA MELIHAT ALATAN INI?

Tong sampah kitar semula

Pemendak elektrostatik

Eksos penukar bermangkin

Insinerator

Alatan-alatan di atas adalah di antara alatan yang di reka khas dan digunakan dalam langkah-langkah pengawalan pencemaran alam sekitar. Di manakah alatan-alatan ini digunakan dalam mengatasi atau mengurangkan masalah pencemaran? Jom lihat penjelasan dalam jadual di bawah.

LANGKAH-LANGKAH PENGAWALAN PENCEMARAN

SUMBER PENCEMARAN