06 | PENGOLAHAN SUMBER SEMULAJADI

HASIL PEMBELAJARAN

DI AKHIR PEMBELAJARAN, PELAJAR DAPAT:

1. Menjana idea tentang cara-cara yang sesuai untuk pengolahan sumber alam bagi mengekalkan keseimbangan alam semulajadi

2. Menerangkan dengan contoh kesan-kesan pengolahan sumber alam yang tidak terancang

3. Mewajarkan keperluan bagi pengurusan alam sekitar yang terancang

Pengolahan sumber alam yang tidak terancang & kesannya

1.0 | PENGOLAHAN SUMBER ALAM DARIPADA HUTAN

Sumber hutan: Pembalakan

Hutan merupakan sumber ekonomi yang amat bernilai dengan pelbagai jenis kayu bermutu tinggi. Kayu merupakan sumber untuk bahan pembinaan, pembuatan perabot dan kertas. Selain itu, kita juga memperoleh rotan dan ubat tradisional daripada hutan.

Kita haruslah mengolah sumber ini secara terancang agar tidak mengganggu habitat semula jadi dan keseimbangan alam di dalam hutan. Hal ini boleh dilakukan dengan membanteras pembalakan secara haram, menebang pokok yang tua sahaja serta menanam semula anak pokok yang baharu. Negara kita juga mempunyai banyak hutan simpan sebagai antara inisiatif untuk memelihara keseimbangan alam dan biodiversiti di dalam hutan.

KESAN PENGOLAHAN SUMBER HUTAN SECARA TIDAK TERANCANG

  • Kemusnahan habitat
  • Kepupusan spesies
  • Gangguan biodiversiti
  • Kehilangan sumber ekonomi
  • Hakisan tanah

Kemusnahan paya bakau menyebabkan hakisan tanah oleh ombak laut

2.0 | PENGOLAHAN SUMBER ALAM DARIPADA LAUTAN

Penternakan ikan di dlam sangkar

Manusia bergantung kepada ekosistem akuatik untuk membekalkan sumber protein. Sebagai langkah memelihara sumber alam semulajadi daripada lautan, negara kita menetapkan untdang-undang yang berkaitan dengan perikanan seperti melarang penagkapan ikan menggunakan bahan letupan, racun atau bahan pencemar yang lain. Selain itu, penternakan ikan, udang dan sumber laut lain juga digalakkan.

KESAN PENGOLAHAN SUMBER LAUTAN SECARA TIDAK TERANCANG

  • Pengurangan hasil tangkapan
  • Kemerosotan sumber ekonomi
  • Kepupusan spesies hidupan seperti penyu

3.0 | PENGOLAHAN SUMBER ALAM DARIPADA TANAH

Tanah boleh diusahakan untuk pertanian, perindustrian, perumahan dan rekreasi. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan telah membuka banyak tanah untuk diusahakan dengan tanaman seperti kelapa sawit dan getah. Kedua-dua tanaman ini mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada negara kita.

Pembukaan tanah baharu perlu memenuhi syarat yang ditetapkan untuk memelihara alam sekitar. Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar perlu diluluskan sebelum sesebuah kawasan dibuka. Sekiranya kawasan dibuka untuk pembinaan jalan atau rumah, sistem pengaliran air yang cekap perlu dilakukan untuk mencegah kejadian banjir kilat.

KESAN PENGOLAHAN SUMBER TANAH SECARA TIDAK TERANCANG

  • Kemusnahan habitat
  • Hakisan tanah
  • Banjir kilat
  • Tanah runtuh

Tanah untuh di Sungai Koyan Cameron Highland

4.0 | PENGOLAHAN SUMBER ALAM DARIPADA KERAK BUMI

Kolam terbiar kesan perlombongan bijih timah

Sumber asli seperti bijih timah akan meninggalkan kawasan tanah yang tandus dan tidak subur serta kolam yang dalam. Tanah yang terbiar boleh diusahakan untuk penanaman yang sesuai seperti pokok jambu batu dan pokok kelapa yang sesuai tumbuh di kawasan berpasir. Kolam yang terbiar pula boleh dijadikan taman rekreasi atau tempat menternak ikan, udang dan itik.

KESAN PENGOLAHAN SUMBER KERAK BUMI SECARA TIDAK TERANCANG

  • Tanah menjadi tidak subur
  • Menjejaskan sumber ekonomi negara

KEPERLUAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR YANG TERANCANG

  • Untuk mengelak pelbagai masalah seperti masalah ekonomi dan menjejaskan kesejahteraan hidup
  • Hutan perlu diuruskan untuk mengekalkan kompisisi atmosfera, tanah, suhu, cuaca dan keseimbangan alam
  • Penangkapan ikan yang terancang mampu memelihara ekosistem akuatik dan keseimbangan alam di lautan
  • Peraturan pembukaan tanah mampu mengelak berlakunya bencana seperti banjir dan hakisan
  • Supaya kita dan generasi akan datang dapat terus menikmati pelbagai sumber alam kurniaan Tuhan