Assalamualaikum kami ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan projek kerja khusus berasaskan Bahasa Melayu Komunikasi. Alhamdulillah, syukur kami ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya kami dari kumpulan tiga dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Semua ini tidak akan berjaya jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa kami tidak memberi galakan dan dorongan kepada kami untuk menyiapkan tugasan.

Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana kami tidak menyangka bahawa kami telah melakukannya dengan baik. Kami sekumpulan telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang kami hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan mengenai kesalahan bahasa yang berlaku di dalam e-novel terutamanya dalam kesalahan ejaan dan penggunaan singkatan perkataan. Selepas itu, kami terpaksa membaca e-novel untuk mengkaji dan memahami dengan lebih mendalam kerana ada diantara kami yang merupakan pengalaman pertama untuk membaca e-novel. Kami juga menghadapi masalah untuk memilih tajuk pada mulanya kerana skop tajuk agak besar tetapi selepas mendapat nasihat dan penerangan oleh Puan Sharipah Nur Mursalina, kami akhirnya dapat memilih tajuk dengan tepat. 

Banyak perkara yang telah kami pelajari semasa melakukan tugasan ini. Antara perkara yang kami pelajari ialah terdapat banyak kesalahan ejaan dan penggunaan singkatan perkataan. Hal ini sangat   berguna   kepada   kami   kerana   disamping   dapat   menyiapkan   tugasan,   kami   juga   boleh mengulangkaji pelajaran-pelajaran yang telah diajar pleh Puan Sharipah Nur Mursalina untuk peperiksaan akhir pada hujung semesta nanti. Kami juga dapat mempelajari bagaimana untuk mengkaji sebuah e-novel. Pada mulanya kami berasa susah untuk membuatnya tetapi selepas diberikan tunjuk ajar oleh Puan Sharipah Nur Mursalina, kami berasa yakin untuk menyiapkan tugasan ini. 

Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan pertolongan pensyarah   kami   telah   berjaya   melakukannya. Tugasan   yang  telah   diberikan telah   berjaya  kami siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan projek kerja kursus berasaskan ilmu Bahasa Melayu Komunikasi yang diberikan telah berjaya kami siapkan. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah kami iaitu Puan Sharipah Nur Mursalina Bt. Syed Azmy.