Skop tugasan merujuk kepada keseluruhan aspek kerja yang perlu dilakukan oleh seseorang dalam jawatan tertentu. Skop dan deskripsi tugasan adalah dua perkara penting untuk memahami dengan jelas apa yang perlu dilakukan.

1. Pengarah: 

a. Melakukan pembahagian tugasan, membantu memberi idea atau pendapat dalam melaksanakan tugasan.

b. Menguruskan pentadbiran aktiviti dan membuat kerja penyeliaan pada proses tugasan.

c. Memastikan semua ahli dapat melakukan bahagian tugasan yang diberikan.

d. Merancang dan memeriksa tugasan.

 

2. Media:

a. Membantu dari segi media untuk mendapatkan maklumat yang lengkap dan tepat sepanjang proses tugasan.

b. Mengurus dan menyelaras semua tugasan berkaitan dengan media.

c. Menyediakan google form untuk tugasan.

d. Mengurus aduan/komen/pandangan masyarakat di media-media cetak dan elektronik.

 

3. Editor:

a. Bertanggungjawab untuk mengedit dan menyusun bahan video dalam pelbagai format seperti program TV dan video digital lain.

b. Memilihan klip video terbaik, penyusunan urutan yang logik, penggunaan kesan visual dan bunyi yang kreatif, serta penyelarasan dengan audio. 

c. Memastikan kualiti teknikal dan artistik video, memotong dan menggabungkan klip, serta menyesuaikan pencahayaan dan warna jika perlu.

d. Bekerjasama dengan pengarah, dan ahli lain untuk memahami keperluan tugasan, memberi cadangan kreatif, serta menyesuaikan hasil akhir mengikut rubrik tugasan.

 

4. Bahagian Maklumat dan Bahan Ilmiah:

a. Menguruskan dan menyelaras semua bahagian yang melibatkan maklumat atau bahan ilmiah dari sumber luar dalam tugasan.

b. Menyediakan nasihat dan bantuan teknikal berkaitan dengan bahagian maklumatdan bahan ilmiah dari sumber luar.

c. Menyelaraskan, mengumpul dan menyedia bahan-bahan ilmiah dan maklumat.